Ahad 23hb Mac 2025
Hari ini hari ke-7 (terakhir) kami di Tokyo, Jepun. Seperti sebelum ini, 30 minit sebelum waktu check-out pihak Apa Hotel bagi notifikasi dari dalam TV. By pukul 10:00 pagi kami dah turun ke lobi sambil menunggu anakanda yang tiba dalam pukul 10:30 pagi. Usai check-out kami tinggalkan beg (left luggage) di lobi hotel sementara nak keluar jalan-jalan sekitar Asakusa buat kali terakhir.
 |
Beg dah bersusun di lobi hotel. |
 |
Kenangan dalam lif hotel. Bilik kami di tingkat 8. |
Cuaca hari ini semakin panas dan bila anakanda ajak berjalan-jalan sekitar Asakusa, saya dah mula cuak. Tetiba datang rasa malas nak buang masa dalam cuaca panas di bulan Ramadhan ini. Tapi kita layankan sahaja posing sana-sini bila ada tempat teduh dan beli sedikit buah tangan untuk bawak balik Malaysia.
Kami ke Asakusa Temple dengan berjalan kaki sahaja. Pengunjung sangat ramai, rata-ratanya tourists. Banyak kedai menjual cenderahati dan street food disepanjang jalan. Dengan cuaca yang panas, tengahari pulak tu, kita yang tengah posa ni memang cari pasal melihat orang lain senang hati menikmati makanan hingga menjilat jari. Kami hanya berjalan laju-laju melihat keadaan yang mirip di Jalan TAR. Malas nak bersesak-sesak dalam lautan manusia, kami hanya bergambar kenangan di mana perlu sahaja.
 |
Asakusa Temple. |
 |
Panas...
|
 |
One for memory. |
 |
Cantik pulak pokok limau ni. |
 |
Last memory.... Bye Asakusa. |
Dari Asakusa kami tarik beg sorang satu, naik train di Asakusa Station dan turun di stesen Nihombashi. Di Nihombashi kami cari locker untuk simpan luggage sementara menunggu waktu untuk ke airport malam nanti. Kami ambik 3 locker muat untuk 3 beg besar. Lupa pulak berapa harga untuk satu locker bila semua benda anakanda yang uruskan. Sebenarnya stesen ni dah on the way nak ke airport, so mudahlah kalau nak tinggalkan beg di situ buat sementara waktu. Kami cuma perlu singgah semula on the way nak ke airport malam nanti.
Lepas simpan beg kami naik train semula dan turun di Myoden Station, Chiba dan berjalan kaki untuk ke rumah sewa anak menantu. Rumahnya terletak dalam bandar dan dekat dengan Aeon Ichikawa Myoden Shopping Centre. Kami singgah beli sedikit kudapan buat bekal ke airport nanti sebelum duduk berehat di rumah sewa anak menantu. Alhamdulillah saya sempat tidur sementara menunggu waktu berbuka.
By pukul 5:30 petang kami keluar berjalan kaki ke kedai makan Nepal Indo Restaurant Prince yang terletak dalam kejiranan di situ. Kami order nasi biryani, nasi goreng dan roti nan untuk berbuka. Tak tahu dah berapa kali kami makan nasi biryani sejak seminggu di Jepun ini. Sepatutnya bila di Jepun kita cuba makanan Jepun, tapi setelah mencuba tetaplah kita akur dengan tekak Melayu asli yang hanya boleh telan menu serumpun.
 |
Depan kedai Nepal Indo Restaurant Prince. |
Usai berbuka kami balik ke rumah untuk solat Jamak Maghrib dan Isya' sebelum naik train dan turun di Stesen Nihombashi untuk ambik beg dan meneruskan perjalanan ke Haneda Airport. Urusan check-in dan drop beg sangat laju.
“Ummi… Amira dah bersalin…” Baby yang sepatutnya lahir selepas raya Aidilfitri tetiba nak keluar tiga minggu lebih awal, tak menyempat tunggu nenek balik. Apa-apa pun, Alhamdulillah Mummy dan baby sihat. Dan Nenek dan Tok Ayah pun terus excited nak balik Malaysia laju-laju.
 |
It’s a girl. |
 |
Flight Air Asia pukul 23:55 ke KL on schedule. |
 |
Bersedia depan pintu pelepasan. |
 |
Jom balik laju-laju. |
 |
One for the memory. |
 |
Bye baby... baik-baik di tempat orang dan sentiasa taat pada suami selagi dalam landasan shariah. |
Kami masuk ke departure lounge dan order air panas sementara menunggu waktu boarding pada pukul 10:30 malam.
 |
Teh-O untuk makcik dan Americano untuk hubby. |
Flight Air Asia berlepas on time dan saya hanya tidur sepanjang perjalanan. Saya bangun untuk bersahur dengan sebiji kurma, air kosong (RM3) dan secawan teh tarik (RM10) beli atas flight. Alhamdulillah kami mendarat di KLIA2 pada pukul 6:30 pagi dengan selamat. Urusan imigresen pun laju, nak ambik luggage pun laju. By pukul 7:30 pagi kami dah keluar dari airport.
Anak sulong dah siap menunggu untuk menjemput kami balik rumahnya di Cyberjaya. Kami tumpang mandi dan bersiap untuk ke hospital melihat cucu baru. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin. 🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}?
Sekian .😊