Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Saturday, 8 August 2026

Kenduri @Batu Caves

Pagi tadi saya berkira-kira samada hendak memenuhi undangan kenduri kahwin atau tidak. So pepagi lagi saya dah masak nasi lemak buat sarapan. Saya buat sambal tumis ikan bilis yang dibeli di KK, Sabah tempoh hari. Apa-apa pun kita isi perut dulu.

Sambal bilis in the house.

By pukul 11:00 pagi hubby ajak bersiap kerana undangan kenalan haruslah dipenuhi. Lagipun tuan rumah pernah menjadi guru anak-anak saya semasa di sekolah rendah dahulu. Dan anak bongsu saya pernah menjadi rakan karib anaknya semasa di tadika back days.

Posing satu sebelum turun dari rumah.

Kami keluar rumah dalam pukul 11:30 pagi dan tiba di tempat kenduri dalam pukul 12:15 tengahari. Depa buat kenduri di Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2. Semasa kami tiba, dewan kenduri masih tenang so kami dapat tempat duduk yang agak selesa. 

Dengan tuan rumah (di tengah) sebagai bukti hadir. Ambik gambar laju-laju sebab takut mengganggu tetamu yang datang.

Kami tidak berlama-lama kerana hubby dah plan untuk mengopi di Melawati Mall sambil jenjalan santai cari baju jogging dan beli buah sebelum pulang ke rumah.

Spanish latte & Pistachio Cake for makcik...hubby belanja dessert lepas makan nasi kenduri. Nampaknya selepas ini makin membulatlah diriku ini.

Doorgifts.... terimakasih tuan rumah.

Terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan. Semoga pengantin berbahagia hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Sunday, 5 July 2026

Pantai Geting & Nasi Berlauk Malam Sebelum Balik KL

27hb Jun 2026 (Part2)

Selepas menghadiri kenduri kahwin cucu saudara hubby di rumahnya di Lundang/Langgar KB, kami terus check-in di Hotel Perdana dan berehat sebentar sebelum keluar semula. Destinasi seterusnya ke Pantai Geting, Tumpat. 

Bila balik KB, haruslah mencari pantai hanya untuk duduk lepak menyedut udara pantai sambil melihat laut dan alam sekitarnya.

Pantainya agak bersih.

Suasana Pantai Geting menghampiri senja.

One for the memory...

...and another one.

Sebelum gerak balik kami singgah beli sate ikan buat bekal makan atas kereta. Depa jual 3 cucuk RM1. Hubby beli RM5 sempena mengimbau kenangan makan sate ikan masa kecik-kecik dulu. Childhood food katanya.

Sate ikan... childhood memory hubby.

Kami gerak balik dari Pantai Geting sebelum Maghrib. Dalam masa 30 minit kami dah tiba di Restoran Nasi Berlauk Malam di Jalan Langgar, KB untuk dinner. Dari KL lagi kami dah pasang niat nak pekena nasi berlauk dengan ike bekok. Alhamdulillah tercapai hajat.

Restoran Nasi Berlauk Malam SD.

Enjoying nasi berlauk malam.

Ike bekok yang yummy. Harga RM14 seekor.

Esoknya pepagi lagi kami turun sarapan di kafe hotel sebelum bersiap untuk check-out pada pukul 10 pagi. 

Menu sarapan saya as always... salad sayur dan buah serta telur separuh masak.

Kita top up semangkuk mee kari.

Usai sarapan kami terus check-out dari hotel. Kami tiba di Airport KB pada pukul 11:00 pagi dan terus serah balik kereta sewa. Selepas daftar masuk kami mengopi di kafe balai pelepasan sementara menunggu waktu flight pada pukul 12 tengahari.

Semasa menunggu untuk boarding terserempak pulak dengan sahabat Gojezes KB84. Depa balik KB untuk menziarahi kakak sulong yang meninggal pada malam Jumaat yang mulia.

Dengan Lina dan kakak ke-4 nya.

Sempat berwefi sebelum ambik tempat duduk dalam flight.😁

Kami selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 1:30 tengahari. Singgah beli burger KFC sebelum ambik kereta dan bayar parking RM85 @palang keluar. Kami tiba di rumah semula pada pukul 3:30 petang. Home sweet home.❤️

Semoga perjalanan ini dilimpahi rahmat olehNya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Kenduri Kahwin Cucu Saudara @KB

 27hb Jun 2026

Selepas 3 minggu saya dan hubby balik ke KB lagi. Kalau sebelum ini kami balik untuk kenduri kahwin cucu saudara sepupu hubby sebelah mak mertua saya, kali ini kami balik untuk kenduri cucu saudara sebelah bapa mertua pulak. Nenek dan datuk mereka semua sudah tiada, yang tinggal hanya hubby sebagai datuk saudara yang paling bongsu. Kiranya kami ini (plus dua orang kakak hubby) adalah generasi yang terakhir. 

Kami turun dari rumah Ampang dalam pukul 8:00 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 9:15 pagi. Kami parking kereta di aras P3, kemudian terus masuk ke balai pelepasan untuk sarapan ringan sementara menunggu flight Air Asia ke KB pukul 11:00 pagi. 

Taklah ringan mana... saya makan roti kaya butter & iced chocolate sementara hubby ambik nasi lemak & kopi O.😁

Kami selamat mendarat di airport KB pada pukul 12 tengahari, ambik kereta sewa dan terus ke tempat kenduri cucu saudara hubby. Depa buat kenduri di rumah.

Hubby dan anak saudaranya, bapa pengantin.

Saya suka bubur kacangnya yang manis lemak berkrim. Kita lupakan diet buat sementara waktu.

Dengan pengantin yang cantik menawan.

The family: anak saudara hubby dan cucu-cucu saudara.

Usai makan kami terus ke Hotel Perdana untuk check-in dan berehat. Kami dapat bilik di tingkat 5, luas dan selesa.

Hotel sediakan sejadah dan telekung sembahyang. Tapi saya tetap guna telekung sendiri.

Selepas berehat kami turun mengopi di kafe hotel. Hubby teringin nak makan satar. Saya pilih cucur udang.

Satar nampak menarik dari luar namun...

...realiti selepas dibuka daunnya. Jauh meleset daripada satar yang dibayangkan. Agak menghampakan disitu.😔

Teh tarik for makcik, Americano for hubby as always.

Cucur udang 10/10. Sedap.👍

Kek... kita tengok sahaja.

Pastri pun kita buat cuci mata.

Air teh-O-ais limau... free untuk pelanggan hotel. Depa letak di lobi. Tuang je seberapa banyak kita nak... tapi beware of sugar... tersangat lah manisnya.

Bagi mengakhiri hari yang yang berbaki kami meneruskan perjalanan ke pantai pulak. (Cerita di episod yang lain).

Alhamdulillah, done aktiviti santai hujung minggu kali ini. Santai tak santai tapi kita enjoy sahaja. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki yang sentiasa melimpah ruah. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Friday, 26 June 2026

Kenduri Kahwin Cucu Abe Zu @KB

Sejak hubby pencen ni setiap kali terima jemputan kenduri kahwin kami akan cuba penuhi melainkan ada hal-hal yang menghalang. Lagi pulak kalau jemputan adalah dari keluarga terdekat, walau jauh nun di pantai timur tetaplah kita penuhi. Sambil-sambil tu bolehlah ambik peluang untuk break away sekali. Kali ini kami dapat jemputan sempena pernikahan cucu pertama sepupu rapat hubby. Depa buat kenduri pada hari Jumaat 5hb Jun 2026. Seminggu sebelum hari kejadian hubby dah beli tiket flight, booking kereta sewa dan hotel. Kami bertolak pada hari Khamis tengahari dan tiba di Kota Bharu dalam pukul 3 petang, ambik kereta sewa dan terus check-in di hotel Perdana KB.

Lepak minum di Old Town White Coffee KLIA2 sebelum boarding di Gate J8.

Kami berehat di hotel sementara menunggu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Depa buat akad nikah selepas Solat Isya'. Usai Maghrib kami keluar dari hotel untuk join solat Isya' berjemaah di masjid. Pertama kali saya bersolat fardu di sini. Saya pernah solat raya di sini lama dahulu, tak ingat tahun bila. Seronok sangat sekali-sekala dapat bersolat Jemaah di masjid besar. Usai solat depa baca surah al-Mulk ramai-ramai. Saya tak pasti ini adalah rutin bacaan setiap malam atau tertentu untuk malam Jumaat sahaja. Malu pulak nak bertanya dengan jemaah yang lain. Kemudian ada orang agihkan mee goreng buat semua jemaah. Sedekah malam Jumaat katanya.

Jemaah wanita tidak ramai. Ada dalam dua saf sahaja.

Majlis akad nikah sangat simple. Yang hadir cuma keluarga kami (pengantin perempuan) dan keluarga pengantin lelaki dan beberapa kawan rapat mereka. Imam bacakan khutbah nikah pendek dan majlis selesai tak sampai setengah jam. Kemudian kami bergerak ke rumah sepupu hubby untuk makan malam sebelum balik ke hotel semula untuk berehat.

Abe Zu, (sepupu hubby) dengan cucu perempuannya.

Akad nikah yang ringkas.

Keluarga yang hadir.

Esoknya, pepagi lagi kami dah berkemas dan turun sarapan di hotel sebelum bergerak ke tempat kenduri. Depa buat kenduri di sebuah villa berhampiran jalan PCB.

Sarapan bubur nasi as always. Saya suka bubur nasi di Hotel Perdana ini.

Salad & Pasta.

Kami tiba di tempat kenduri dalam pukul 12 tengahari. Walau tetamu agak padat kami dapat tempat duduk yang strategik. Makcik enjoy ambik makanan dan bergambar macam di rumah sendiri.

Dengan sepupu-sepupu hubby sebelah ibu.

Dengan Kak Dah, sepupu hubby yang sangat rapat.

Dengan Kak Yah, adik Kak Dah.

Dengan pengantin baru.

Pengantin di meja santapan. Makcik suka hati gi ambik gambar.

Barang hantaran.

Selesai semua urusan, kami terus gerak ke airport untuk pulangkan kereta sewa dan boarding flight untuk balik rumah. 

Terserempak dengan sahabat Gojezes KB84 di airport.

Alhamdulillah selesai memenuhi tuntutan seorang saudara, ie memenuhi jemputan perkahwinan. Semoga hubungan silaturahim ini sentiasa dipelihara. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 27 April 2026

Kenduri @Gabion Garden Hall, Setapak, KL

 25hb April 2026

Kami menerima jemputan kenduri kahwin anak sahabat hubby pada hari Sabtu. Pada hari yang sama kami berhajat untuk menghantar anak ke-4 bercuti ke Melbourne so hubby dah pesan awal-awal untuk duduk setengah jam sahaja sebelum gerak ke KLIA. 

Depa buat kenduri di Gabion Garden Hall, Setapak, KL. Kami keluar rumah lepas zohor sebab lepas tu nak terus gerak ke KLIA. Semasa kami tiba di tempat kenduri, hujan turun agak lebat so kami terpaksa mencari tempat parking paling dekat yang ada dengan pintu masuk dewan. Alhamdulillah rezeki menyebelahi kami. Selepas dua tiga kali pusing kawasan kami dapat parking kereta hampir dengan pintu masuk dewan.

Dengan bapa pengantin, berbaju Melayu warna peach.

Namun bak kata orang-orang lama, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Plan nak duduk setengah jam menjadi lebih dari satu jam bila duduk semeja dengan geng satu kepala walau tanpa dirancang. Sambil-sambil itu kita panjangkan pertemuan dengan kenalan lain yang sudah lama tidak berjumpa.

Dengan ibu pengantin, berdiri paling kiri, bertudung warna peach.



Tahniah kepada sahabat hubby atas pernikahan anak ke-3 mereka. Terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan dan menyediakan tempat yang cantik serta makanan yang sedap untuk tetamu. Semoga anakanda pengantin berbahagia hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Kenduri @Batu Caves

Pagi tadi saya berkira-kira samada hendak memenuhi undangan kenduri kahwin atau tidak. So pepagi lagi saya dah masak nasi lemak buat sarapan...