Friday, 15 May 2015

Life goes on..........

"Umi dah tengok ke gambar yang Iman bagi?"
"Dah.....tapi, betul ke umi nagging ?" 
"Mesti la....kalau tidak, tak kan la SPM Iman boleh dapat 9A. Dayah dapat 10A+...." Tak sangka pulak selama ni depa anggap saya ni a nagging mom..
Well, nasib baik it turned out to be a nice nagging. Walaupun saya rasa saya dah sangat baik. Konon tak suka nagging, tak suka berleter, tak suka marah-marah. Rupa-rupanya ada juga yang terbabas. Anak-anak lah yang merasai segalanya.  
Diam tak diam, nagging tak nagging dah besar gajah dah rupanya puteri sulung saya tu. Dari puteri kini dah jadi permaisuri. 
Alhamdulillah dengan sekali lafaz....
.....mereka selamat diijabkabulkan.
...tanpa drama airmata..
Puteri saya kini permaisuri dia..

"Pengantin perempuan patut dok belah kiri...." Dayah berbisik pada saya...
"Kenapa.." 
"Mak Ngah kata..."perempuan kan dari tulang rusuk kiri lelaki. So bila nikah kiranya bini dia baru keluar dari tulang rusuk tu la...sebab tu kena duduk sebelah kiri"..." Haha...lawak pulak. Saya sendiri pun tak pernah tahu ada peraturan pengantin perempuan nak kena duduk sebelah mana.. Adoyai...ada jugak macam ni eh?? Suka hati lah. Ikut je lah.
Baru betul... 

Sian Nina...lepas ni Kak Iman dah tak layan dah.....

PS: Hmm.... Saya sendiri pun suka duduk sebelah kanan Hubby....

Monday, 11 May 2015

Hari-hari Hari Ibu

"Umi tahu tak kenapa Alex Ferguson tak nyanyuk?" Anak bujang saya kalau bercakap memang asyik berkait pasal bola aje.

"Entah... Kenapa eh?" kisah pulak saya Alex Ferguson tu nyanyuk ke tidak.

"Sebab Alex Ferguson tu sentiasa berfikir. Sampai tua tua pun masih berfikir... Otak dia sentiasa berjalan sebab tu tak nyanyuk." Wah panjang jugak observation anak bujangku ini, saya memujinya dalam hati.

"Cuba Umi tengok orang tua kat kampung yang duduk saja tu... tak ada benda nak buat, tak ada benda nak fikir...last last mesti nyanyuk." Amboih..begitu sekali kesimpulan dia..

Malam tu saya tak dapat tidur. Sungguh! Saya mula berfikir. Ada logiknya juga kesimpulan yang dibuat oleh anak bujang saya itu. Apabila hubby mula komen tentang masalah nyanyuk ni pedihnya terasa hingga ke ulu hati. Menjelang usia emas ini saya seperti sudah mula merasakan kesan kenyanyukan ini. Tapi Alhamdulillah setakat ini saya masih ingat untuk pulang ke rumah.
Lupa pulak semalam hari ibu. Adoyai...Dah masuk kategori nyanyuk ke.??? Patut la semenjak dua menjak ni kat TV asyik cerita tentang kasih ibu. Tapi tak sempat nak menghayati pun. Sibuk je memanjang. Walaubagaimanapun pada saya sepatutnya hari-hari adalah hari ibu. Tapi kalau setiap hari nak sambut hari ibu jenuh pulak nak layan anak-anak bagi hadiah...:)
Alhamdulillah Allah kurniakan saya anak-anak yang sentiasa menjadi penyejuk mata.  
Nina's creation..
Habis semua adik beradik dia tolong sign..Siap buat signature ayah sekali.
Fresh red roses...my favourite. Anak-anak saya memang terbaek..

" Tak pe umi. Kalau umi sesat nanti Iman akan cari umi..." Saya tahu itu suatu gurauan. Tapi tetap membuatkan saya pegun seketika. Sungguh!....Dihujung usia hanya anak-anak lah penyejuk mata. Dan mereka tak akan terbayangkan pun apa umi terchenta ni bakal lalui di akhir usia nanti...:(

Sebenarnya banyak doa yang Nabi SAW sarankan untuk menghindarkan sifat nyanyuk ini. Antaranya seperti yang diriwayatkan dari Anas r.a., katanya Nabi s.a.w. sering berdoa:

 "Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati." ( H.R Bukhari & Muslim. ) 

Terdapat ulama yang menggalakkan membanyakkan bacaan Al-Quran dan banyakkan berfikir.

P.S  Mohonlah pada Allah SWT agar kita semua dilindungi dari penyakit nyanyuk ini.  


Sunday, 10 May 2015

Selamat Hari Pekerja dan selamat berpesta buku....

Weekend baru ni terkebetulan dapat cuti berganda. Cuti Hari Pekerja pada hari Jumaat membawa ke cuti Hari Wesak pada hari Ahad sambung pulak cuti ganti hari Isnin. So banyak la angan-angan yang dah siap terpasang dalam kepala saya. Angan-angan je lah sebab belum tentu dapat direalisasikan. Almaklumlah.....hidup ini tidak akan terlepas dari rutin harian dan amanah lain yang dah terpikul regardless cuti atau tidak.

Dan... pepagi Jumaat yang kononnya cuti hari pekerja tu, saya dah keluar rumah ambik anak bujang kat sekolah. Rajin guru Tarbiyah kat sekolah tu buat program Qiyam tanpa mengira cuti atau tidak. Tak sangka pulak jalan menuju ke sana sangat sesak. Rupa-rupanya warga KL pakat balik kampung sempena cuti panjang. Dan sememangnya lah laluan ke Pantai Timur akan mengungguli carta kesesakan yang amat kritikal. So berfeeling-feeling balik kampung lah saya sensorang dalam kereta tu. Sempat pulak snap gambar di jalan raya sementara kereta terhenti. Bayangkan seluas-luas MMR2 tu pun tak mampu nak menampung kenderaan warga kita. Sungguh kaya rupanya orang kita. Punya kereta hingga melimpah keseluruh jalan raya....Owh! sungguh bosan dan tension saya menghadapi kesesakan begini sorang diri. Perjalanan yang sepatutnya hanya 10 minit menjadi 1 jam....Sungguh tidak adil. 
Exit UIAM dari MRR2. Sangat sesak..
Join sekali dengan kesesakan ke tol Gombak, padahal nak exit ke al Amin je pun.

Alhamdulillah on the way balik menuju ke Ampang jalan okay.  Terus bersiap untuk ke pameran buku PWTC pulak. Masuk KL jalan sesak semula. Penuh dengan bas lawatan dari luar KL. Nak masuk parking lot pun beratur panjang. So sempat lah pulak menghayati keindahan KL di tengahari.
First time menghayati keindahan bangunan PWTC ni...
Sesak dengan manusia pulak... 
Nampaknya hari ni memang hari sesak se Malaysia. Walau apa pun alasan manusia bersesak-sesak ke pameran buku ni, saya turut bangga kerana dapat bersama merasai suasana sesak ini. Sekurang-kurang ada niat nak bersama buku walaupun tak beli setabuk.......
Nina excited jumpa penulis buku, Ain Maisarah. 
Alhamdulillah anak-anak dara saya mewarisi minat membaca dari hubby. Anak bujang ikut gene saya gamaknya. Nak pi pameran buku pun nak kena paksa....

PS: Bila tah nak habiskan baca buku yang bertambun kat rumah nih...

Saturday, 9 May 2015

Lawatan ke Sasana Kijang Bank Negara

Hari Sabtu (25 Mac) baru ni berpeluang mengiringi pelajar Tingkatan 4 melawat Muzium Bank Negara. Dah bertahun dok KL tak pernah terfikir pulak nak pi muzium tu. Kebetulan hari tu hari sekolah ganti. So kami ganti dengan pi buat lawatan. Dah biasa sangat kalau buat sekolah ganti ramai yang malas datang sekolah. So alang-alang depa dah malas nak sekolah kita buat lawatan je lah. Semua tak yah belajar dalam kelas. Lawatan sambil belajar gitu...Sebenarnya program tu bawah Panitia Prinsip Akaun dengan kerjasama Panitia PSV. Alhamdulillah ahli panitianya rajin dan berdedikasi.

Alhamdulillah program berjalan lancar. Walaupun sepatutnya bertolak kol 8.30am. Tapi biasalah bas lewat sejam. Tiba sana dalam kol 10.00am just nice depa baru buka pintu. Waktu lawatan bermula kol 10.00am. Masuk percuma. Buka setiap hari kecuali Hari Raya Puasa.
Kami disambut dan dan diberi taklimat.
Sapa yang minat sejarah matawang Malaysia sangat sesuai untuk melawat tempat ni. Juga sesuai untuk mereka yang minat Ekonomi dan Finance. Tapi kena rajin membaca semua infomasi yang depa sediakan tu. Setakat nak tengok-tengok memang payah nak paham. Nak kena belek dan baca satu-satu. Muzium ni ada 3 aras. Depa bahagi kepada galeri-galeri mengikut katagori tersendiri.
Galeri kewangan Islam. 
Sapa yang rajin membaca boleh dapat banyak info tentang konsep perdagangan dan kewangan awal berasaskan Islam. Bermula dari Timur Tengah, konsep kewangan Islam ni mula tersebar ke Eropah seterusnya hingga ke seluruh dunia. Malaysia sekarang pun dah banyak menggunakan konsep kewangan Islam ni.
Ayat Quran berkaitan riba' dan pengharamannya.
Boleh flip dan baca semua ayat-ayat yang ada kaitan dengan riba'
Galeri Ekonomi bercerita tentang pencapaian Malaysia sejak zaman merdeka hingga kini. Cerita tentang macamana dasar ekonomi mempengaruhi pembangunan negara...
Getah...sumber ekonomi Malaysia.
Peralatan membuat duit syiling di Terengganu.
Masuk galeri Numismatik terasa macam kembali ke zaman silam. Macam-macam rupa duit syiling depa buat sebagai mata wang. Memang penat nak baca satu-satu....:(
Sejarah evolusi duit syiling...Nak kena baca semua benda baru boleh faham.

Evolusi duit kertas....
Setiap duit syiling dan wang kertas ada artifak budayanya sendiri.


Kenapa depa pilih artifak tertentu tu pun nak kena baca satu-satu juga...

Kat tingkat bawah sekali depa sediakan galeri kanak-kanak. Antara yang menarik minat saya ialah 'Terowong Sejuta Ringgit'. Sangat unik idea depa.
Terowong 1 juta ringgit. 
Dinding tu diperbuat daripada kaca. Dalam kaca tu depa susun duit kertas, katanya original, dari cetakan pertama hingga terkini. Jumlah duit tu RM1 juta. Fuh!
Boleh berangan je lah...



Plan asal nak melawat Galeri Seni sekali. Tapi depa tutup untuk renovation. Nampaknya belum ada rezeki nak tengok koleksi seni Bank Negara.....

PS: Umur panjang tahun depan boleh ke sini lagi bawa murid tingkatan 4 tahun 2016 pulak....

Monday, 4 May 2015

Projek Coconut shake Nina...

Dah lama berhajat nak makan coconut shake ni. Dengar cerita orang balik Klebang sedap benor pekena coconut shake. Biasanya kami beli kat pasar malam je. Tapi selalunya tak kena dengan selera. So semalam pi cari kelapa muda. Beli ais krim vanilla. Lepas tu bermula lah projek dua beradik tu.
Coconut shake in the making. 
Dari tengahari sampai ke malam asyik berputar je blender tu. Daripada dua biji kelapa muda dan satu tub ais krim boleh makan satu famili, berulang kali. Tah banyak mana depa guna air batu pun saya tak pasti. Suka hati depa lah ...
Masalahnya, bila banyak sangat telan air kelapa muda ni badan mula terasa seram sejuk. Takut pulak sakit urat saraf. Sejak menuju usia emas ni saya dah mula berhati-hati tentang apa yang bakal masuk dalam badan. Bak kata orang lama, badan nak pakai lama kena jaga betul-betul. Saya selalu mohon pada Allah, jika ditakdirkan umur panjang biarlah sihat hingga hujung usia.
So sebagai altenatif, Nina buatkan ice-cream pasu pulak. Boleh tahan juga kreativiti puteri bungsu saya ni....
Ice cream pasu Nina: layer dari bawah, vanilla icecream, milo tabur, cookies tabur
Last sekali tabur biskut oreo...

PS: Konon nak jaga takut sakit urat... belebih-lebih kalori la pulak. Adoyai.

Saturday, 2 May 2015

Jalan jalan Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Sabtu 28 Mac 2015... ikut hubby pi jenjalan lagi. Kebetulan hubby ada reunion dengan geng-geng A level zaman muda-muda dulu. Geng KPP zaman lebih 28 yang lampau. Saya ngan Nina ngekor je. Tak join langsung program depa. Pepandai lah kami membawa diri.....

Patutnya program start awal pagi. Tapi kami pi lepas asar sebab hubby ada training kat KL pagi tu. Awalnya cuak juga sebab tahu sangat tempat atas bukit ni pasti melalui jalan yang sempit dan bengkang bengkok. Alhamdulillah dari Ampang ke sana mengambil masa lebih kurang satu jam saja. Kami tiba dalam kol 6.30 pm. Terus check in. Geng-geng hubby ada yang datang awal semua dah siap check in. 
Kami dapat blok Gazania
Blok 7 tingkat 1 bilik nombor 7. Gitulah gamaknya...
 Putih suci...suasana favourite saya.
Rezeki kami dapat bilik ada balkoni. So boleh lah berehat sambil meninjau-ninjau pemandangan di luar jendela. 
Deretan rumah kedai ala-ala kat Perancis..Macam-macam kedai makan ada. Mostly western. Tinjau harga..hmm boleh tahan jugak la. Kalau nak jimat sila bawa bekal sendiri.
Lepas Maghrib kami keluar jalan-jalan konon nak merasai suasana malam di atas bukit. Hubby dah selamat berprogram dengan geng ex-KPP dia. So pepandai lah saya ngan Nina membawa diri. Alhamdulillah dapat juga lah merasa angin malam yang sepoi-sepoi bahasa walaupun dalam rintik hujan....
Jam tu macam tak gerak je, entah sejak bila... 
Tak ada apa pun nak tengok. Nampak lampu-lampu je. Tetiba hujan lebat. Alhamdulillah. Hujan rahmat. A very good reason untuk balik bilik. Tak de lah rasa rugi sangat.
Suasana sangat terang keesokannya..So lepas breakfast kami ambik peluang pi jenjalan disekitar kawasan Bukit Tinggi ni. Melihatkan binaannya tempat ni sangat sesuai untuk buat photoshoot. Sangat sesuai untuk mereka yang berjiwa muda yang seronok bergambar....
  'Wishing well' kata mereka. 
Banyak jugak nampak duit syiling dalam tuh. Tapi mesti berhati-hati takut tersasar akidah pulak..


.
Sebenarnya banyak tarikan pelancung di sekitar ni. Tapi macam dah malas nak bersuka ria. Faktor usia gamaknya. Cuma kebetulan pakej hotel ni include lawatan ke Rumah Teh Jepun dan Botanical Garden, so kami pi pusing-pusing kat kawasan tu je lah.
Mula-mula cadang nak pi naik shuttle bus tapi ramai pulak dok beratur. Akhirnya kami pi drive sendiri. Rupa-rupanya jauh juga perjalanan ke sana sebab ianya terletak di sebuah bukit yang lain. So terpaksa drive melalui jalan bengkang-bengkok lagi. Dari tempat parking terpaksa panjat lebih 70 anak tangga pulak. Boleh tahan juga excercise pagi tu.
Jauhnya nak menapak ke atas puncak tu.  
Pokok spesis Jepun. agaknya lah.. 


Kena mendaki lagi untuk ke Rumah Teh Jepun tu.
Unik juga hiasan bumbung ni. Pandangan dongak dari dalam rumah.
Pandangan keluar jendela...
Sesaja nak buang tebiat.....:) 
Mencari keharuman dalam taman.....
Antara specis bunga yang menarik minat saya. 
Teringin nak beli bawa balik dan tanam kat rumah. Hmm...berangan je lah. Tahu sangat tak de masa nak jaga....
Cantik...sayangnya tidak saya temui keharuman itu....hmmm.
Sebenarnya, ini tujuan asal kami ke sini.....:)

PS: Rasanya lepas ni saya tak mai sini dah kot. Cukup lah sekali....

Girls day out.....

Saya tak ingat bila last kami gurgirls ber- outing sesama. Sejak depa dah berumah tanggga ni terpaksalah tunggu kebenaran husband memasing...