Friday, 18 July 2014

Umi...doakan tau!

8.40am. Handphone saya berdering.
"Umi...doakan Dayah tau. Nak exam kol 9.00 ni. Baru on the way nak gi exam hall. Umi doa tau."

9.40am. Handphone saya berdering lagi.
"Umi...doakan tau! Iman nak exam kol 10.00 ni sampai kol 12.00. Tengah nervous. Banyak nak kena hafal...doakan tau. Umi kena doa.."

Hari ni dua-dua puteri saya tu bakal bergelut dengan ujian dunia. Dah jadi tabiat depa minta saya doakan setiap kali nak masuk exam hall. Alhamdulillah mereka masih lagi berpegang dengan mustajabnya doa seorang ibu. Dan setiap kali juga saya akan doakan mereka secara specific walaupun mereka sentiasa hadir dalam doa-doa saya yang lain.

Hasil pembacaan saya berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT.

  • Doa orang tua kepada anaknya.
  • Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
  • Doa orang yang dianiaya.
  • Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa
  • Doa seorang pemimpin yang adil.
  • Doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.
  • Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Sungguh..peranan doa sangat besar. Kekadang saya sendiri sering lupa kuasa doa. Allah dah sediakan ruang untuk ibu menggunakan kuasa doanya. Cuma kita jangan salah guna kuasa.  Doalah yang baik-baik untuk anak-anak. Doakan supaya anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. After all mereka jua lah yang bakal mendoakan kita bila kita dah arwah nanti.

P.S Merebut peluang berdoa banyak-banyak dibulan Ramadhan ....

Wednesday, 16 July 2014

Keikhlasan yang tercalar...

"Waa, best gotong royong. Agak2 thn depan leh x kalo x letak status wajib tu? Rse lebih ikhlas nk dtg." Antara komen seorang sahabat yang agak terkesan di hati saya.

Sungguh apabila Allah menyeru umat manusia supaya ikhlas, kita dah patut tahu bahawa ikhlas adalah satu kata kerja yang bukan calang-calang. Bak kata satu perumpamaan..
"Ikhlas ibarat seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang gelap kelam". Sukarnya mempamerkan keikhlasan.

Mungkin ramai antara kita bila bagi hadiah pada seseorang pasti mengharapkan balasan. At least kita sendiri pun akan rasa bersalah kalau tak balas hadiah orang. Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang tu akan sayang kita macam yang kita mahu? Sikit-sikit pun pasti akan terselit rasa untuk dibalas dalam bentuk apa saja. Kadang-kadang mulut tak menyebut, tapi hati bercakap sorang-sorang. Betapa susahnya nak berada dalam landasan ikhlas tu, sampai kadang-kadang tergelincir sikit, kita akan senyap-senyap mengharap balasan dari manusia. Apabila perkara yang diharapkan tak menjadi, kita akan senyap-senyap rasa macam " Huh..is it worth it? Sesia je buat baik".
Bila difikirkan balik betapa ruginya kita membazir waktu membuat sesuatu perkara hanya mengharap simpati dari manusia lain.

Ikhlas adalah buah dan intisari dari iman. Seorang tidak dianggap beragama dengan benar jika tidak ikhlas.
Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” Surat Al-Bayyinah ayat 5.

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat". Surat al-Baqarah ayat 265.

Sebenarnya sekolah kami telah mengadakan gotong-royang untuk Iftar Perdana sempena cuti Nuzul Quran semalam. Program bermula seawal pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.00 malam. Setiap guru telah diberi tugasan untuk merealisasikan program tersebut. So ada yang bertugas untuk rewang, menyediakan bahan masakan, memasak, menyediakan tempat hidangan, menghidang, menyambut tetamu, mengemas, membasuh, dan banyak lagi tugasan yang telah diagihkan. Dan alhamdulillah kebanyakan guru telah melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya. Dan...setiap guru wajib menandatangai borang kehadiran dan mencatat masa hadir tugasan dan masa hadir iftar. Maka keikhlasan dalam beramal dibulan yang mulia ini pun mula dipersoalkan.....

P.S Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”


Pesuruh Jaya Sumpah pulak....

Lepas fasa medical check up dan segala bagai dulu tu datang pulak fasa mengisi borang. Banyak betul borang nak kena isi. Saya tengok pun naik serabut.
"Ni semua nak bagi keselesaan kat anak bini la..."
Ada pulak beberapa borang nak kena dapatkan cop akuan dari Pesuruh Jaya Sumpah pulak. Puas jugak la nak mencari Pesuruh Jaya Sumpah ni. Malas nak cari jauh-jauh. Kalau boleh nak cari kat sebelah rumah je. Search Mr Google, last-last jumpa la kat Wangsa Maju. Tingkat 6, Bangunan Lembaga Hasil mengadap Jusco Wangsa Maju. So pepagi lagi kami dah turun. Terus parking kat Jusco. Kami datang awal so parking sangat banyak. Pilih je mana-mana spot yang berkenan. Pastu jalan je pi bangunan tu. Naik lif pi tingkat 6. Hulur borang kat pegawai tu. Dia tak tengok apa pun. Terus ambik borang terus cop dan sign. Bayar RM4 untuk setiap borang. Siap. Senang amat.....

So sekarang secara rasminya hubby dah jadi pensyarah kat USIM pulak. Bye-bye KLMUC...huhu. Mudah-mudahan hubby lebih bahagia di tempat baru.

P.S Dah mula berangan menghias rumah di Nilai pulak...

Sunday, 13 July 2014

Nasi kerabu hitam..

"Umi ambik Amin kol 7.30 kat tangga besar..."
Hari Jumaat baru ni anakanda saya join iftar kelas dia. Alhamdulillah dapat guru kelas yang supporting. Layan je kerenah anak-anak murid. Berbuka kat Nandos Wangsa Maju. Solat kat Masjid Usamah lepas tu gerak ke Masjid UIA utk terawih dan iktikaf. Hmm...belum 10 malam terakhir dah nak beriktikaf. Suka hati hangpa lah.
So lepas ambik Amin pagi Sabtu terus singgah kat Pasar Tani Taman Melawati. Subhanallah punya la ramai manusia. Nak pilih ikan pun susah. Terpaksa menyelit-nyelit, berlanggar dan bergesel sana-sini. Adoyai....Perlu ke keadaan macam ni? Dah lama saya tak berebut-rebut macam tu. Bila tah last saya pi pasar tani. Dah tak ingat. Skill membeli secara berebut pun dah hilang. Sejak dah tua-tua ni saya lebih suka suasana tenang je....Amboi!
So lepas balik pasar terus bersilat kat dapur pulak. Siang ikan segala. Malas nak tunggu orang pasar tu siangkan. Ramai sangat orang dok beratur.
"Sedap juga kalau berbuka ngan nasi kerabu..." Berlapik je hubby menyatakan impian.
"Nak nasi kerabu hitam..." Sokongan anak dara ayah terpaksa menguatkan semangat saya.
Alhamdulillah pokok bunga telang pun galak berbunga.
Bahan-bahan nasi kerabu hitam segar dari taman herba saya..
(Serai, daun limau purut, pandan dan bunga telang- tumbuk dan tapis air untuk dapatkan warna biru)  
Hasil bantuan puteri2 saya maka terhidanglah impian hubby..
(Resepi main campak-campak je)
Sepinggan nasi kerabu hitam buat hubby.

P.S  Mencari ruang mencipta pahala di depan mata walaupun sekadar memberi makan keluarga berbuka puasa...Hmm.
       
(Petang ni Insyaallah nak tolong sibuk-sibuk angkat barang barang untuk iftar perdana sempena cuti Nuzul Quran pada hari Selasa ni.. )

Tenggelamnya Sebuah Memori

Dah banyak kali saya dok merenung-renung akan nasib kolam ni. Masa memula buat 4 tahun lepas bersemangat nak bela ikan bagai. Masa tu seman...