Sunday, 13 July 2014

Nasi kerabu hitam..

"Umi ambik Amin kol 7.30 kat tangga besar..."
Hari Jumaat baru ni anakanda saya join iftar kelas dia. Alhamdulillah dapat guru kelas yang supporting. Layan je kerenah anak-anak murid. Berbuka kat Nandos Wangsa Maju. Solat kat Masjid Usamah lepas tu gerak ke Masjid UIA utk terawih dan iktikaf. Hmm...belum 10 malam terakhir dah nak beriktikaf. Suka hati hangpa lah.
So lepas ambik Amin pagi Sabtu terus singgah kat Pasar Tani Taman Melawati. Subhanallah punya la ramai manusia. Nak pilih ikan pun susah. Terpaksa menyelit-nyelit, berlanggar dan bergesel sana-sini. Adoyai....Perlu ke keadaan macam ni? Dah lama saya tak berebut-rebut macam tu. Bila tah last saya pi pasar tani. Dah tak ingat. Skill membeli secara berebut pun dah hilang. Sejak dah tua-tua ni saya lebih suka suasana tenang je....Amboi!
So lepas balik pasar terus bersilat kat dapur pulak. Siang ikan segala. Malas nak tunggu orang pasar tu siangkan. Ramai sangat orang dok beratur.
"Sedap juga kalau berbuka ngan nasi kerabu..." Berlapik je hubby menyatakan impian.
"Nak nasi kerabu hitam..." Sokongan anak dara ayah terpaksa menguatkan semangat saya.
Alhamdulillah pokok bunga telang pun galak berbunga.
Bahan-bahan nasi kerabu hitam segar dari taman herba saya..
(Serai, daun limau purut, pandan dan bunga telang- tumbuk dan tapis air untuk dapatkan warna biru)  
Hasil bantuan puteri2 saya maka terhidanglah impian hubby..
(Resepi main campak-campak je)
Sepinggan nasi kerabu hitam buat hubby.

P.S  Mencari ruang mencipta pahala di depan mata walaupun sekadar memberi makan keluarga berbuka puasa...Hmm.
       
(Petang ni Insyaallah nak tolong sibuk-sibuk angkat barang barang untuk iftar perdana sempena cuti Nuzul Quran pada hari Selasa ni.. )

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....