Monday 11 March 2019

Bateri Unser lagi...



Tetiba dapat mesej dari anak bujangku. Padahal sebelum tu dah bagitahu dah Umi ada kat rumah. Alhamdulillah ada sahabat sejati tolong setelkan. Depa bawa jumper tapi masih tak boleh hidupkan enjin. Sah, bateri kong lagi. Maka terpaksalah tinggalkan unser tu kat tempat kerja dan sahabat sejati tolong hantar bujangku sampai depan rumah.

Esoknya pergi semula kat tempat parking unser tu. Panggil mekanik terdekat untuk tengokkan punca masalah. Sungguh bagai dikata, bateri memang kong habis. Padahal saya baru je tukar bateri tahun lepas. Tarikh tukar pada 10 April 2018. Maknanya baru masuk 11 bulan usianya. Pelik jugak. Padahal masa ganti bateri hari tu beriya-iya mekanik tu kata bateri ni jenis yang bagus, made in Germany. Hmm.....{Ceritanya di sini}

Depa letak tarikh 10/4/2018 dengan jelas.

Nak tak nak terpaksalah ganti bateri baru semula. Kami ambik yang brand Yokohama semula. Rasanya sebelum ganti bateri baru hari tu saya guna yang yokohama juga. Still dispute juga bila tarikh sebenar saya ganti bateri baru. Hmm... ntah lah. Yang penting kereta itu selamat digunakan.

Kod N570 tu size bateri gamaknya..

Harga asal kat kotak RM489, harga kedai RM378, kami bayar RM350.

Sejak dah pindah milik kereta kepada anak bujang ni asyik ada masalah je. Benarlah kata orang, lady driver ni sangat berbeza dengan orang lelaki. Depa ni main belasah je bawa kereta. Saya bawa unser tu bertahun-tahun tak ada masalah pun. 

PS: Asalkan sanggup bayar sendiri sukahati hangpa lah labu....

Saturday 9 March 2019

Nilai-Semenyih-Kajang-KL-Gombak-Ampang.

"Umi free tak esok? Iman ada event kat Hotel Majestic....."

Sejak dah tak bekerja ni masa selalu menyebelahi saya. Selagi tidak mengganggu urusan ulang-alik Ampang-Nilai, bila-bila masa sahaja saya boleh selitkan dalam perancangan perjalanan saya. Minggu lepas grup cikgu pencen buat planning untuk program ziarah kami. So kami set masa dan tempat untuk berjumpa pada minggu ini. Kali ini kami buat ziarah di Semenyih pulak.

Asalnya kami plan untuk berkumpul di Masjid Bandar Seri Putra pada pukul 10 pagi. Saya gerak dari Nilai maka terselamatlah dari jalan jam. Yang datang dari Gombak memang tak sah kalau tak mengadap jalan jam di Ampang dan TBS. Sementara menunggu depa sampai saya pi melepak rumah kak Izan dulu. 


Rumah yang kami gi ziarah ni terletak di kawasan pangsapuri. Alhamdulillah kawasan perumahan ni nampak bersih. Sesuai untuk mereka yang baru nak memulakan keluarga. 


Selepas selesai program ziarah kami sambung melepak di rumah kak Izan semula. Kebetulan ada diantara kami yang belum pernah sampai ke sana maka haruslah tidak melepaskan peluang kunjung mengunjung pulak. Seperti biasa sekali sekala berjumpa haruslah diselitkan dengan acara makan-makan. Walaupun sekejap tapi terisi dengan suasana ukhuwah. 


Borak punya borak tak terasa masa berlalu pantas. Saya terpaksa beredar untuk ke Kajang pulak. Menggunakan google map, saya ikut jalan kampung. Mulanya cuak juga sebab saya tak biasa dengan jalan sempit dan berpusing-pusing. Alhamdulillah akhirnya connected dengan hiway LEKAS. Saya tiba Kajang pukul 2 petang. Singgah solat zohor dan suap makan sushi ngan cucu sebentar, lepas tu terus gerak ke KL. Eventnya bermula pukul 3 petang tapi kami tiba sedikit lewat sebab tersalah masuk lorong.

Depa buat hi-tea. Saya hadir ala-ala menjaga cucu sementara mummy berurusan dengan tuan rumah. Alhamdulillah tuan rumah pun bawa maknya untuk jaga cucu maka kita duduk semeja sambil borak-borak santai. 

Mekca takde mood, baru bangun tido.

Makanannya boleh tahan juga, nampak menarik dan sedap. Tapi saya tak berapa selesa nak makan. Kita orang nan-ado ni tak berapa up-to-date dengan protokol hi-tea kat hotel ado-ado gitu. Saya cuma menjamah sepotong kek coklat dan sekeping sandwic. Tak berani nak jamah kuih-kuih berkolestrol tinggi, almaklumlah pabila kita dah diusia senja ni haruslah pandai memilih menu sihat.



Masa kat dalam kafe tu Mekca buat muka moyok takde mood sebab baru bangun tidur dalam kereta. Bila dah keluar ke kawasan lobi barulah nak ceria berjalan sana-sini. Sementara tunggu ambik kad parking kita biar je dia suka hati melawat kawasan. 

Abaikan makcik gemokss. 

Hotel Majestic ni kenakan bayaran parking flat rate RM15 sekali masuk. Masa mula-mula sampai tu kita terus je masuk parking. Lepas tu baru nampak signage kena ambik kad parking di lobi hotel sebelum beredar. 

Dari Hotel Majestic tu kami gerak ke Gombak pulak. Kebetulan malam sebelum kami terima berita pemergian ayah kepada kawan baik Iman di Madinah. Jadi dah alang-alang ada masa, kita teruskan ziarah ke sana pulak. Alhamdulillah rasa bertuah sangat mengingatkan arwah ayahnya berpeluang menghembuskan nafas terakhir di bumi Anbiya' dan disemadikan di perkuburan al Baqi'.

Kawan baik Iman sejak sekolah menengah.

Alhamdulillah, tak terasa seharian berada di atas jalanraya. Saya gerak dari Nilai pada pukul 9.30 pagi dan tiba di rumah Ampang dalam pukul 5.30 petang.... semuanya dengan izin Allah jua.

PS: Selagi ada peluang, buatlah kebaikan walaupun sebesar zarah.....

Friday 8 March 2019

Happy 28th Anniversary... .

Sejak hubby makin sibuk ni rasa macam dah takde masa untuk diri sendiri. Setiap hari ada sahaja hal-hal yang mendatang hingga melewati waktu hujung minggu. Sepatutnya waktu hujung minggu bersama keluarga tapi atas tuntutan kerja terpaksa juga korbankan masa. Alhamdulillah anak-anak semua dah besar dan memahami. Saya.... of course la paling memahami dan pasrah bahawa hak masyarakat dan ummah lebih utama daripada hak sendiri. 

Dalam kesibukan dan up and down alam rumah tangga, sedar tak sedar usia pernikahan kami sudah memasuki tahun kedua puluh lapan. Alhamdulillah. 

2 Mac 2019 jatuh pada hari Sabtu. Biasanya pada tarikh-tarikh special begini kami akan keluar makan-makan. Malangnya walaupun hari Sabtu, hubby ada program sepanjang hari di luar kawasan. Jadi kita tunggu jelah hubby balik. Dan sebagai tanda kenangan kita buatlah juga kek simple homemade. Pabila dah mencecah usia emas ni kek pun kena patuhi menu sihat. Maka ber carrot cake lah kita.

Saya guna resepi paling mudah, main campak-campak je.

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 cawan karot parut
  • 1 cawan walnut cincang
  • 1 sudu teh esen vanila

Dalam mangkuk besar campurkan gula perang, minyak jagung dan telur. Gaul rata. Masukkan garam dan esen vanila. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk kayu manis. Kemudian campurkan dengan adunan tadi. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan karot parut dan walnut cincang tadi. Gaul rata. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven 160 darjah celsius selama 1 jam. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. 

Sementara itu boleh buat cream cheese sebagai hiasan. 

  • 250g cream cheese (saya guna tortura)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil lemon juice (perah dari sehiris lemon)
Putar semua bahan hingga kembang. Lepas tu tuang atas kek yang dah sejuk tadi. Pastikan betu-betul sejuk. Lepas tu simpan dalam peti sejuk untuk mengeraskan lapisan kream cheese tu. Kemudian hias sesuka hati.

Sapu cream cheese dulu

Pepandailah labu.... hiris stawberry lepas tu susun sukahati.

Hubby balik dah malam tapi kita pepandai jelah hiburkan hati sendiri. Penat-penat belum sempat salin baju kita paksa potong kek. Yang penting setiap tahun ada kenangan tersendiri.

Layan jelah isteri mithali ini..

Kata orang, sebenarnya yang penting bukanlah acara sambutan tu sangat, tapi the thought that counts. Jadi kita fikir dan buat apa yang patut. Dan dalam kekangan masa yang ada ni kita makan kek karot sahaja, serta dinner dengan kari kambing special. All homemade.

PS: Pastikan makanan sentiasa ada sebab setiap kali hubby balik tak pernah tak makan di rumah. 

Thursday 7 March 2019

Upgrade dapur dan kabinet pulak

Saya bukanlah suka masak. Masak bila perlu sahaja. Masa anak-anak kecik dulu saya terpaksa masak sebab nak jimat duit. Pendapatan pun tak berapa kukuh maka kita berjimat cermat dimana boleh. 


Saya dah guna dapur gas ni sejak duduk di Selayang lagi. Rasanya dah lebih sepuluh tahun guna dengan penuh kasih sayang. Masa kat Selayang dulu saya selalu guna oven tu untuk masak kek dan kuih raya setiap tahun. Tapi sekarang saya dah beli oven elektrik untuk kemudahan anak-anak maka oven tu pun dah jarang digunakan. Lagipun sekarang saya dah kurang buat kuih raya. Semuanya main tunjuk-tunjuk sahaja. Maka saya jadikan oven tu sebagai tempat menyimpan dulang-dulang dan bekas untuk bakar biskut dan kek sahaja.

Dapur ni saya pilih sendiri, konon sebab dapur adalah jajahan takluk saya maka semua perkara dan keputusan berkaitan dapur adalah hak mutlak saya. Hatta reka bentuk dan susun atur barang dapur  pun dalam bidang kuasa saya. Alhamdulillah semua ahli keluarga saya dah maklum, jangan pepandai usik barang Umi. Tapi seronok la depa tak payah susah fikir hal-hal dapur. Semua Umi akan setelkan.

Baru-baru ni dapur gas tu dah mula buat hal. Satu mata tungku dah tak boleh pakai. Yang lain pulak macam nak tak nak je keluar api. Nak hidupkan api pun kena pakai lighter sebab ignition dah tak boleh jalan. Api pun keluar kecik je. Nak masak pun terpaksa tunggu lama.

"Ayah beli la dapur baru kat Umi....." Anak-anak selalu menyakat.

Seperti biasa hubby memang tak fikir sangat pasal hal-hal dapur. Dia cuma bagi duit, hah...pepandai la fikir nak buat macamana. Setelah dicongak, tambah tolak, maka saya ambik keputusan untuk tukar dapur baru. Dah lama saya berkenan dengan dapur yang tanam terus dalam table top tu. Nampak kemas dan mudah dicuci. Tapi terpaksa pulak cari orang nak buat table top baru. So first thing first kena pi beli dapur dulu supaya senang depa nak bajet untuk buat lubang.


Alhamdulillah ada kawan yang sanggup ambik kontrak buat table top dan pasang pintu kabinet sekali. Depa datang ukur dan buat sebutharga. Luas kawasan stove dapur saya tu cuma 4 kaki sahaja. Depa quote RM1200 untuk table top dan pintu kabinet siap pasang. Dapur kena beli sendiri ikut cita rasa sendiri. Saya beli yang biasa sahaja. Brand Livinox harga RM650 sahaja untuk satu set. Tambah wayar dan kepala gas jadi RM700. Terlupa pulak nak buat survey dahulu, so saya beli sahaja apa yang berkenan di hati. Ada je brand lain yang lebih canggih harga ribu riban tapi kita cuba dulu dengan yang simple. Dah tua-tua ni takut nak pakai yang canggih-canggih, kang tak reti nak guna. Yang penting api dapur boleh menyala dengan baik.

Tunggu simen kering dulu sebelum nak pasang tile.


Lepas lima hari tunggu simen dah betul-betul kering baru depa datang pasang tile. Susah jugak nak dapatkan tile yang sama warna dan kualiti dengan yang sedia ada tapi depa cuba yang terbaik. Lepas dah siap pasang tile depa ukur semula saiz pintu kabinet supaya betul-betul fit bila nak pasang nanti. 

Warna kabinet yang paling hampir dengan yang sedia ada.

Seperti biasa bila dah upgrade satu benda akan berjangkit kepada benda lain pulak. Sementara dok tunggu depa ukur pintu kabinet dapur tu kita minta depa ukur area peti sejuk pulak. Mulalah buat planning baru untuk tambah kabinet keliling peti sejuk. Suka hatilah labu. As long as hubby bagi kad, kita cucuk jelah setakat yang masih dalam bajet. Depa quote RM1100 siap pasang.



Suka hati saya je buat design.

Akhirnya.....



Alhamdulillah semua selesai dalam masa sebulan. Lepas ni boleh lah rajin-rajinkan diri untuk memasak lagi.

PS: Dapur lama tu kita letak luar dulu. Lepas ni nak repair dan ganti bateri untuk ignition tu. (Rupa-rupanya ignition tu pakai bateri saiz gedabak tu. Huhu... makcik baru tahu selepas susah payah heret dapur tu keluar sorang-sorang.... Sabo jelah.

Saturday 2 March 2019

Terapi diri... di halaman sendiri

Diam tak diam dah setahun berlalu sejak saya meninggalkan title sebagai isteri dan ibu bekerja. Masuk tahun 2019 ni bermakna dah masuk tahun kedua saya 'dok saja'. Kata je dok saja tapi tak sempat duduk pun. Asyik sibuk memanjang.....

Sejak dah tak bekerja ni barulah ada lebih masa untuk berehat-rehat di halaman rinduku. Pabila dah ada masa ni mulalah sibuk nak mengubah-suai pasu-pasu dan pokok-pokok bunga yang berselerak selama ini. Jadi terpaksalah saya buat azam baru untuk lebih bertanggungjawab terhadap pokok-pokok ini. Selama ni saya cuma siram dan bubuh baja sekali-sekala sampai ada yang mati kelayuan. Maka bermulalah agenda mengalih dan menyusun semula pasu-pasu yang besar gedabak sekitar laman. Ada yang berat sangat tak mampu nak angkat, terpaksalah saya tunggu anak bujang balik kerja suruh tolong angkatkan. Memandangkan kita ni bukanlah pakar dalam landskap maka banyaklah agenda cuba jaya yang terpaksa di buat. Sekejap angkat susun kat sana, lepas tu angkat susun kat sini pulak. Tak kena dek pandangan saya angkat dan susun kat tempat lain pulak. By tengahari dah berpeluh sampai ke kaki. Apa nak dikata.... kita anggap sajalah sebagai exercise diri....

Saya memang suka pokok bunga putih atau kuning cair.

Pokok bunga melur kampung.

Pokok bunga melur kampung ni asalnya terselit-selit kat tepi pagar dan tumbuh menjalar sepanjang pagar. Walaupun saya suka dengan bunganya yang sangat wangi, saya tak berapa arif tentang penjagaan pokok bunga melur ni. Saya dah tanam sejak pindah ke rumah ni. Lepas tu biar je hidup sendiri. Saya cuma siram dan bubuh baja pabila perlu sahaja. Alhamdulillah pokok ni pandai hidup sendiri. Baru ni saya bagi nafas baru. Saya letak kayu pancang dan tarik batang-batang yang menjalar tu, belit pada kayu biar depa tumbuh menegak. Alhamdulillah dah nampak perubahan positif.

Selama ini saya cuma minat pokok-pokok berbunga putih dan kuning sahaja. Baru-baru ni terasa macam bertambah pulak minat pada warna-warna lain.

"Hidup kan penuh dengan warna-warni... jangan limitkan minat kita...."

Saya baru mula berjinak dengan bunga ros. Sebelum ni pernah juga tanam pokok bunga ros tapi asyik arwah saja sebab kurang belaian. Kata orang, pokok ros ni terlebih manja. Alang-alang penjagaan memang tidak menjadi. Kalau nak tanam juga haruslah kena lebih berdisiplin. Maka kita sahut cabaran dengan azam baru. Alhamdulillah berkat kesabaran, pokok-pokok ros saya dah mula menampakkan hasil.

Mula-mula saya alihkan pasu dan letak di tempat panas. Sebelum ini saya letak kat tempat teduh sebab kengkonon nak bagi hawa sejuk. Setelah banyak membaca, baru tahu rupa-rupanya pokok bunga ros ni suka pada cahaya matahati, terutama diwaktu pagi. Maka bertungkus-lumuslah saya mengangkat pasu-pasu tu ke tengah halaman supaya mendapat cahaya matahari yang cukup. Saya siram setiap hari, pagi dan petang. Selepas beberapa ketika pokok bunga tu mula nampak segar. Kemudian saya buat pemasuan semula, buang akar-akar lama dan tambah tanah baja.

Fasa 1: Pokok bunga ros baru nak pindah pasu. Ada tujuh pasu semuanya.

Setiap hari saya akan trim dan buang daun-daun yang rosak. Memang sentiasa ada daun yang rosak, bewrwarna kuning dan bertompok-tompok hitam. Sungguh.... menjaga pokok bunga ros ini memerlukan disiplin yang tinggi dan penuh dengan limpahan kasih sayang. Setiap kali ada masa saya akan bersembang dengan mereka. Huhu.... nenek-nenek sangat.  

Fasa2: Sentiasa trim dan buang daun-daun yang rosak. Bubuh baja bunga dan siram setiap hari.

Tambah pokok kemboja sebab bunganya wangi.

Fasa3: Pokok dah mula mengeluarkan pucuk baru.


......Dan mula berbunga.

Alhamdulillah

Setelah melihat keindahan bunga-bunga yang mula mekar di halaman rinduku ini maka mulalah minat kepada pokok bunga ros ni merebak ke pokok lain pulak. Mengada pulak nak menambah koleksi pokok bunga. Baru-baru ni pi berjogging di Taman Tasik Perdana, terjumpa pulak pokok bunga hydrangea. Harga RM30 sepasu. Tak pasal-pasal saya angkut bawa balik sepasu. Kata orang, menjaga pokok hydrangea ni lebih rumit daripada menjaga pokok bunga ros. Tapi kita gagahi jua. Mudah-mudahan ia menjadi terapi yang indah.....

Tetiba tambah tanggungjawab nak jaga pokok hydrangea pulak

Sejak dah berjinak dengan bunga-bungaan ni, melarat ke pokok daun berkaler pulak. Sebelum ini saya suka pokok berdaun hijau dan mudah ditanam sahaja. Tiba-tiba pulak nak tanam pokok ati-ati. Tengok kat nursery bunga Keramat baru-baru ini macam cantik pulak. Depa jual RM8 sepasu. Saya beli lima pasu. Balik je terus tanam kat tanah.

Fasa 1: Lima pasu pokok ati-ati selamat dipindahkan kt tanah. 

Alhamdulillah pokok ati-ati ni mudah ditanam. Baru je tanam dah tumbuh subur. Semakin ditilik semakin banyak pulak idea dalam kepala. Maka saya pi tambah lagi koleksi pokok ari-ari ni. Cari kat Haji Nursery pulak. Depa jual RM5 sahaja untuk sepasu. Harga kat sini memang agak murah sikit berbanding di Keramat. Tapi agak jauh dari rumah saya. 

Fasa 2: Tambah lagi pokok ati-ati. Alih semua pasu pokok lidah jin tu.

Walaubagaimanapun saya masih belum dapat merealisasikan impian taman herba. Kawasan tepi rumah saya ni agak panas sepanjang hari. Kalau saya tak sempat nak siram maka mati kelayuanlah mereka. So baru-baru ni saya buat DIY projek baru. Berbekalkan pengalaman budak kampung masa kecik-kecik dahulu saya pacak beberapa batang besi terpakai dan ikat plastik hitam ala-ala kat nurseri bunga. Maka dapatlah mereka sedikit perlindungan dari terik mentari.

Haruslah perlukan penambaikan.

Beratur...pokok bunga telang, pucuk putat, belalai gajah, limau purut, kunyit, selasih, cili api, bayam brazil dan pandan.

Selepas ini bolehlah teruskan dengan projek DIY tanaman herba pulak. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk merealisasikan impian selama ini. 

PS: Terapi minda dan jasadi...

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya ...