Tuesday 16 March 2021

Repair sofa pulak.

Dah lama saya dok bertahan dengan sofa kat rumah ni. Luaran nampak kemas dan cantik tapi bila duduk terasa dicucuk-cucuk dengan spring yang dah patah. Bahagian bawahnya pulak dah melendut dan tenggelam bila duduk. Nak buang sayang sebab rangka kayunya masih kukuh. Dah berkali-kali saya berusaha mencari orang yang boleh baik pulih sofa tapi asyik tak berhasil. Hasil carian google ada beberapa kedai di sekitar Ampang dan Gombak ni tapi semua mesej dan whatsap tidak berjawab. Maka terpaksalah bertahan selagi boleh. 

Luaran nampak tegap dan cantik.



Sementara itu saya letak papan kayu untuk mengurangkan kesan tenggelam tapi kesan tusukan spring masih terasa bila duduk.

Letak papan kayu untuk mengurangkan lendut.

"Beli jelah sofa baru.." berkali-kali jugak hubby mencadangkan untuk menggantikan sofa sedia ada. Ada juga kami pergi survey di kedai perabot tapi semuanya tidak berkenan di hati. Setiap kali hubby bagi cadangan setiap kali saya tolak bila memikirkan kayu sofa yang sedia ada yang masih kukuh. Sayang pulak nak belanja beli sofa baru kalau yang sedia ada masih boleh digunakan. Hubby patut rasa beruntung dapat isteri mithali ini. Akhirnya kami ambik keputusan untuk buat refurbish sahaja. Alhamdulillah kami jumpa kawan yang boleh buat servis membaiki sofa dengan harga yang berpatutan. Selepas berbincang sedikit sebanyak akhirnya sofa yang menghampiri usia 10 tahun siap dibaik pulih dengan kos RM1100. Kami masih kekalkan warna gelap sesuai dengan sifatnya sebagai tempat lepak anak beranak. 

Seperti baru.

Itu cerita tahun lepas... jadi bila sofa set ruang tamu yang lagi satu ni buat hal yang sama maka kami terus panggil depa untuk buat refurbish lagi. Alhamdulillah memandangkan masih dalam musim covid dan job pun agak kurang, depa sudi ambik dengan harga yang agak murah. Untuk sofa set 3+2 ini depa minta RM1800 sahaja, sekali dengan transport untuk ambik dan hantar semula.



Depa bawa kain contoh. Oleh kerana ruang tamu kami berkonsepkan warna natural maka saya pilih warna tanah yang sedikit gelap untuk keselesaan anak cucu bila pulang bertandang.



Depa tambah span pada semua kusyen dan letak kayu pada tempat duduk supaya tahan lama. Alhamdulillah kerja-kerja depa nampak kemas dan teliti berbaloi dengan harga yang ditawarkan.



Mudah-mudahan sofa yang ada ini dapat bertahan sehingga sepuluh tahun lagi. Lepas tu baru kita fikir semula apa yang patut dibuat seterusnya.

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...