Sunday, 27 January 2013

Birunya hari ini....

Semenjak dua menjak ni ramai orang bercakap pasal kawen. Yang menjemput kenduri kawen pun ramai. Kalau ikutkan senarai jemputan kat papan kenyataan kat dapur saya tu memang berderet-deret. Nak-nak masa cuti Tahun Baru Cina ni.

Sudah banyak kali juga saya menghadiri majlis pernikahan anak2 saudara dan sahabat handai. Macam2 rupa majlis yang diadakan. Kadang2 nampak macam nak berlawan-lawan pulak menunjukkan kehebatan masing2 mengadakan majlis kawen. Mempunyai saudara dan taulan dari pelbagai latar sosio-ekonomi membuka minda saya tentang banyak perkara.

Sebelum ini setiap kali tiba musim kawen saya banyak berfikir tentang persiapan anak2 yang bakal berkawen, tapi semenjak dua menjak ni saya banyak berfikir tentang diri saya sendiri sekiranya anak2 berkawen. Faktor usia dan keadaan banyak mempengaruhi mood saya setiap kali menerima kad undangan kawen.

Tetiba hati saya jadi sayu. Sungguh, saya sangat rapat dengan anak2 dara saya. Kadang2 depa jadi macam mak2 pulak, membetulkan bila saya mula nyanyuk.... Adus... Kadang2 macam anak2 manja bila datang angin depa nak mengada-ngada. Tapi most of the time macam kawan2, sharing and caring almost everything.

Namun sampai masa saya harus akur. Sekelip mata, hanya dengan satu lafaz akad keramat seorang lelaki asing yang hadir entah dari mana, akan memadam hampir seluruh hak seorang wanita terhadap anak perempuannya sendiri. Betapa anak yang dikandung 9 bulan 10 hari, kemudian dilahirkan. Ditatang bagai minyak yang penuh, didodoi tidurnya, didakap sejuknya, dipapah tatihnya, diusap demamnya, disuap makannya, dibelai sedihnya, dipujuk tangisnya, diturut hendaknya, bertahun lama, sekelip mata juga akan berpindah milik menjadi hak orang lain. Saya dapat membayangkan, betapa pedihnya hati seorang ibu  bilamana akan terpaksa, meminta izin orang lain ke atas anak perempuannya sendiri.......
Jujur, saya belum bersedia melalui fasa itu.


Anak-anak dara pengarang jantung hati saya.

Namun sampai masa saya harus akur. Suatu masa dulu saya juga anak perempuan kepada ibu dan ayah saya. Keasyikan nak berumahtangga langsung menutup pemikiran saya tentang perasaan ibubapa.

"Hang dah sedia ka nak menikah?" Ringkas dan mudah soalan ayah saya apabila semua syarat yang ditetapkan telah saya penuhi dengan jayanya.
"Bila dah menikah nanti hangpa duduk la elok2...." ringkas dan mudah juga pesanan ayah saya.......

Mudah2an anak2 bujang saya tidak akan memedihkan hati bakal ibu mertua mereka nanti. Dan dalam masa yang sama masih mampu menjaga hati saya juga.
Wallahualam.

Wajah kita amanah kita.....

Kata orang kalau nak cantik mesti rajin. Pada saya cantik itu subjektif. Bak kata pujangga... "Beauty is on the eye of the beholder......