Tuesday 30 June 2009

Pesan nenek saya



Baru-baru ni pihak sekolah mengarahkan guru-guru yang dah melepasi tahap matang...ehem,ehem. dah 40+ ler tuh membuat medical check up. Kliniknya kat Setiawangsa. Saya kena pergi sendiri sebab hubby ada meeting. Sebenarnya boleh je pergi masa cuti sekolah hari tu tapi asyik sibuk memanjang sampai last minutes. Nasib baik cikgu Zalina pun tak buat check up lagi. Kami sama-sama tak tau jalan so redah aje lah. Alhamdulillah rupanya senang jer nak cari klinik tu. Resultnye? Heh..heh.

Masa nilah baru nak teringat pesan nenek saya dulu-dulu.

1 Bangun awal pagi (eloknya sebelum subuh) dan terus mandi. Ingat lagi nenek saya selalu masakkan air panas untuk mandian saya sebab masa tu tak ada water heater. Cucundanya ni penakut air. Selalu sejuk maklumlah kat kampung hawa sejuk memang menyengat hilang ke tulang. Itu kata sayalah. tapi nenek saya boleh jer mandi, air telaga pulak tuh. Kata nenek saya mandi pagi menyegarkan badan. Nanti awet muda.

2 Lupa pulak, Immediately lepas bangun tuh (sebelum gi mandi) terus buat stretching ( ie. duduk berlunjur lepas tu hulurkan jari tangan ke jari kaki) Ni kena slow motion.Kalau belum biasa jangan paksa nanti patah pulak pinggang tuh. Nenek saya bukan setakat sentuh jari tapi sampai boleh sentuh tumit. Kata nenek , ini supaya badan tidak lenguh-lenguh. Saya? Sampai sekarang pun tak dapat sentuh lagi. Kalau duduk bersila boleh ler.

3 Tidur awal. Alhamdulillah kami memang tidur awal. Rasanya pukul 9.30pm kami semua dah dibuai mimpi. Tak ada benda lain nak buat pun. Bukannnya ada TV atau internet macam sekarang. So tido jelah. Nanti tak ada masalah kalau nak bangun tahajjud.

4.Pakai kain batik bila nak makan. Nenek saya memang sentiasa berkain batik. Saya dipaksa berkain batik bila nak makan jer. Masa berumur 5 tahun nenek belikan saya kain batik version kecik. Dia ajar saya pakai. So sejak berumur 6 tahun lagi saya dah expert berkain batik. Bila nak makan kena ikat kain tu ketat-ketat especially kat pinggang. Kata nenek saya ini akan mengempiskan perut. Nanti pinggang akan ramping sentiasa.

5 Selalu berjalan kaki. Kalau boleh laju-laju. Saya memang respect nenek saya dalam bab ni. Dalam usia 80 tahun nenek saya masih kuat berjalan kaki. Nenek saya berjalan kaki lebih kurang 2 km setiap hari ke kebun getahnya untuk menoreh getah seluas setengah ekar. Masa kecik dulu saya selalu tercungap-cungap mengikut nenek saya berjalan. Kami tak ada kereta masa tu. Means of transport? Basikal atau motorsikal jer. Nenek saya tak suka naik motor. Bising katanya. Lebih baik berjalan kaki. Lebih sihat.

6 Makan makanan segar. Nenek saya memang pakar dalam bab nih. Makanan dia memang sentiasa segar. Seingat saya nenek saya jarang pergi kedai runcit. (pasaraya memang tak ada lagi masa tu). Beras dari bendang yang diusahakan. Lauk dari kolam ikan kat kampung. Nenek saya bela ayam sendiri. Sayalah tukang bagi makan ayam nenek. Kalau nak makan telur, sayalah tukang masuk reban cari telur ayam. Makan daging hanya masa kenduri kahwin atau masa hari raya korban jer. Itu pun kami sembelih dan masak ramai-ramai ngan orang kampung.

7 Amalkan makan ulam atau sayur mentah. Nenek saya suka tanam sayur untuk buat ulam. Paling nenek saya suka daun cekur dan ulam raja. Kadang-kadang nenek saya cari pucuk mengkudu, pucuk betik dan pucuk putat. Masa kecik dulu nenek paksa saya makan pucuk-pucuk tu. Sumpah, pahit weh. Kata nenek benda pahit ni elok untuk perjalanan darah. Tapi nenek tak benarkan saya makan timun, tembikai dan mana-mana hasil pokok menjalar.Kata nenek, ini kategori makanan sejuk kalau makan nanti urat saya kembang, cepat masuk angin.

8 Jangan membazir. Nenek saya memang pantang tengok orang membazir. Dia akan pastikan kami makan hingga licin. Caranya? Nenek saya akan masak sedap-sedap ler. Nenek saya tak perlukan resepi canggih-canggih. Nasi panas dan ikan goreng pun sudah cukup membuka selera. Nenek saya masak dengan kasih sayang sebab tulah apa saja masakannya sentiasa sedap.

9 Sentiasa ceria dan berfikiran positif . Ini saya tambah jer. Sebabnya saya tak pernah tengok nenek saya bersedih ataupun bercerita kisah-kisah sedih tentang hidupnya. Nenek saya selalu buat lawak. Saya selalu tehibur bila bersama nenek. Nenek suka cerita pasal asal usul keturunannya dulu. Nenek juga suka cerita tentang raja-raja dan dewa-dewi dalam kayangan. Tapi saya dah tak ingat cerita2 tuh, macam tak masuk akal je. Tapi masa nenek saya cerita macam real lah pulak. Masa kecik dulu saya selalu bayangkan ada putera raja akan pinang saya. Tapi kata nenek putera raja tu tak akan mampu menyaingi jejaka yang bakal bertakhta di hati saya nanti. Jejaka itu nanti lagi macho, lagi handsome, tinggi, putih dan paling penting dapat menjaga saya bila nenek saya tiada. Masa tu saya tak faham. Tapi sekarang saya akui kebenaran kata-kata nenek.......(wow..my hubby mesti terangkat nih)

Sumpah....saya sangat rindu pada nenek saya.Nenek saya adalah kawan saya yang paling spoting. Nenek tak pernah marah atau meninggikan suara pada saya. Sayangnya saya hanya dapat full-time bersama nenek hingga umur 12 tahun saja. Lepas tu saya terpaksa meninggalkan nenek untuk sambung belajar. Tapi saya selalu bersama nenek saya time cuti sekolah. Nenek banyak berpesan dan memberi petua. Tapi sayang, banyak yang saya abaikan.

Bila saya dah dewasa begini baru saya dapat hargai segala petua nenek. Banyak yang saya tak ikut sebab saya rasa agak kolot ( padan muka saya....tidak mendapat ganjarannya sekarang.)

Sekarang saya baru masuk separuh usia nenek. Tak tahulah samada saya boleh mencapai usia nenek dalam keadaan yang tidak menyusahkan anak-anak. Nenek saya meninggal dalam usia 90an. Masih segar. Tapi malang saya tidak sempat dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir. Kata orang sehingga akhir hayatnya nenek suka bercerita tentang saya. Kata orang juga muka nenek sentiasa bercahaya bila bercerita tentang saya.....Alamak syahdu lah pulak.

Betullah kata orang... Kita hanya akan menghargai seseorang bila dia telah tiada. Kita selalu take for granted terhadap apa yang kita ada. Untuk arwah nenek saya, saya paparkan pesanannya di sini untuk panduan para pengintai blog saya. Kiranya mendatangkan kebaikan, mudah-mudahan ianya mengalir sebagai pahala untuk nenek saya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Saya? Mengikut laporan medical check up hari tu, terpaksa menukar kepada healthier diet....Harap-harap masih belum terlambat untuk mengikut pesan dan petua nenek saya....semula. Sob,sob.

Saturday 27 June 2009

Begitulah adanya..

Hari kad laporan baru semalam berlalu. Pengalaman tahun ini agak panas dari tahun-tahun sebelumnya. Tapi biasalah kan setiap manusia mahukan yang terbaik untuk dirinya.

"Ah lantaklah apa nak jadi dengan dia...I dah tak kuasa."

Itu adalah keluhan yang biasa kita dengar dari orang biasa bila dah rasa give up. Give up? Wow! Satu perasaan yang susah untuk digambarkan tapi amat mudah untuk dirasa apabila orang yang kita asuh dan didik untuk menjadi manusia seolah-olah tidak menghargainya. Lebih memburukan lagi keadaan bila keluhan kita yang dalam bentuk ucapan itu telah didengar orang. Keluhan kita telah disalah tafsir sebagai lahir dari perasaan benci. Lebih-lebih buruk lagi bila keluhan itu sampai pada ibubapa orang yang kita macam dah give up tu. Dan ibubapa tu pun datang jumpa kita.

"Tak sangka cikgu al Amin boleh cakap macam tu...."

Itu adalah respon pertama yang biasa kita dengar tentang guru-guru al Amin bila ada salah laku. Seolah-olah guru-guru al Amin adalah maksum. Tapi to think positive, orang sememangnya memandang tinggi pada institusi al Amin. Kalau tidak tentu mereka tidak akan sanggup membayar yuran yang tinggi yang untuk servis yang tidak seberapa.Tentunya mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik dari al Amin.

"Cikgu tolonglah maafkan anak saya. Saya harap cikgu dapat bersabar dengan kerenah anak saya.."

Itu adalah pengharapan biasa ibubapa terhadap anak-anak mereka yang dihantar ke al Amin. Ibubapa yang kenal kerenah anak-anak mereka akan faham perasaan guru yang terpaksa berhadapan dengan kerenah itu.
" Kami selalu menganggap mereka seperti anak sendiri. Tak buat homework kami marah, tak dengar kata, kami marah, tak dapat result yang sepatutnya pun kami marah. Tapi kalau disebaliknya kami puji kami bangga. Kamilah orang yang paling bangga bila mereka berjaya. Tapi kalau mereka gagal bererti kami yang gagal.."

Itu adalah luahan guru yang jarang terucap. Terimakasih kepada ibubapa yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak mereka. Kami hanyalah insan biasa. Punya hati dan perasaan. Maafkan kami sekiranya berlaku perkara tidak seperti yang diharapkan.

Wednesday 24 June 2009

Alahai anak-anak al Amin

Akhir-akhir ni banyak kedengaran komen tentang warga al Amin. Isunya masalah disiplin murid-muridnya. Rasanya hanya segelintir sahaja yang membawa 'masalah'. Mungkin terlepas pandang isi hati dan perasaan mereka yang 'membawa' masalah nih. Sebenarnya ada beberapa perasaan yang tidak sihat yang melahirkan perangai-perangai yang tidak sihat. Kalau boleh faham luahan perasaan mereka (sekadar menyebut beberapa...) mungkin boleh sama-sama ambil perhatian.

1. Pengawas hampeh budget nak tegur orang tapi tegur dengan cara tak berhikmah langsung ! Bagi lah pengawas yg best sikit !

[Pengawas bukan perfect. Tak ada pula manusia boleh buat semua orang happy. Entah-entah mereka tak nak pun. Dah orang nak lantik agaknya terima je lah.]

2. Pengaruh internet. Myspace especially. Tak perasan ke semua budak ada myspace then mereka kawan dgn orang luar then bila kawan-kawan story, mereka nak la try jugak. Then hangout lah apa sume. Sebab tu terpengaruh.

[Ya. Dunia tanpa sempadan. Tapi perlu ada iman. Kena benteng diri. Jangan terjebak pengaruh tak baik. ]

3. Cikgu cikgu pilih kasih. Terasa oke !

[Wow betapa kasihnye cikgu pada sume orang. Orang yang menghargai kasih cikgu sahaja yang akan merasa kasih seorang guru. So kalau terasa tak dikasihi tuh pandai-pandailah semak balik perasaan tuh.]

4. Program tak cukup. Setakat qiam setahun sekali, ape lah sangat. Besides, semua orang cuma fun sebab dapat tido and borak dgn kawan je. Plus, ada je yang ponteng tak datang. sebab tak fun lah pasalll

[Setiap program ada kebaikan dan ada kelemahan. Kadang-kadang kebaikan tu bukan untuk sekarang. Buruk pada kita sekarang, mungkin baik pada masa depan. Baik pada kita sekarang, mungkin buruk pada masa depan.]

5. Program super extremly boring and tak kena dengan jiwa remaja, cehceh

[Kadang-kadang yang boring tu banyak manafaat. Yang enjoy banyak mudarat. Ya, jiwa remaja memang lain dari dewasa. Tapi yang dewasa pernah remaja. Yang remaja belum pernah dewasa. Kalau program tak berjiwa remaja bagi-bagi lah feedback.]

6. Assobiah kuat sangat. Skema dgn skema, hardcore dgn hardcore.

[Bukankah itu tabiat manusia. Mereka bergeng sesuai dengan mereka. Skema buat joke sure hardcore tak faham. Hardcore punye joke sure skema kata tak joke. ]

7. Suka pandang orang jahat sangat. Macam la dorang tu soleh sangat. BENCI. Solehah ape kalau takat baikkan diri sendiri. Weqk !

[Bukan ke orang yang makan cili akan merasa pedasnye. Entah2 dia orang betul-betul baik? ]

8. Dunia makin maju, nak buat macammana kannnnn

[AlangkItalicah bagus kalau kita juga dapat majukan diri..kearah kebaikan.]

9. Pengawas kolot, WAHAHA

[Eermmm ye ke?]

10. Kantin kotor. eh tade kaitan ni, heeeee

[Tau tak pe..]

11. Guys hot sgt, girls cute sangat. sebab tu ada couple couple ni, HAHAHAHA


[Tapi hot-hot pun kena jaga juga. Cute jangan terlebih excited. Erm..ni nak kena bincang panjang lebar.]

12. Usrah? Makan, borak, makan, borak, jamuan..cikgu tak datang..haha bestnye.

[Setuju. Seriously...memang usrah kena ada perubahan.]

Friday 12 June 2009

tagged by dena

A: loves to laugh
B: crazy at times
C: cute
D: smart
E: has beautiful eyes
F: wild and crazy
G: sexy
H: gives good hugs
I: very hot
J: likes someone
K: is very athletic
L: very good kisser
M: easy to fall in love with
N: very trustworthy
O: has the best personality ever.
P: popular with all types of people
Q: has a smile to die for
R: will make a good boyfriend or girlfriend
S: likes someone
T: very opened minded
U: is loved by everyone
V: not judgmental
W: very sexy
X: never lets people tell you what to do
Y: nice butt!
Z: makes dating fun

I am

M: easy to fall in love with
A: loves to laugh
S: likes someone
N: very trustworthy
I: very hot
A: loves to laugh
H: gives good hugs

Thursday 11 June 2009

Sejarah dan Pengajaran...

Nampaknya cuti kami tak habis lagi. This time kami belajar sejarah pulak. seronok sebab hubby `pakar' sejarah. so destinasi kami ialah muzium negara. Itupun macam terpaksa dah kena bawa. Hubby jadi free tourist guide. Rupanya banyak pengajaran kalau kita fikir dan kaji. Sejarah berulang, kalau tak pelajari kesilapan kita akan ulangi kesilapan lama. Contohnya bagaimana negara dijajah. dsbnya.
Ramai tokoh2 perjuangan dan kemerdekaan. Tapi yang diagungkan cuma 4 atau 5 orang ahli pollitik. Malangnya... Kononnya, Malaysia merdeka tanpa pertumpahan darah. Rupanya ramai yang terkorban untuk perjuangan antaranya Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman. Heran, kat muzium tak banyak pula kisah mereka. Puas cari kisah mereka cuma ada list nama antara pejuang. Tapi tak ada pula cerita mereka. Macam mana kita nak kenal. Harapkan buku teks, itupun nak lulus periksa ajelah. Paling baguspun hafal siapa mereka...tapi apa perjuangan mereka, kenapa mereka terkorban, tak ramai yg betul2 faham. Merekalah idola sepatutnya....

Wednesday 10 June 2009

Cuti-cuti lagi




Indahnya ciptaan Allah

Alhamdulillah tercapai juga hajat nak tengok real sunset. After more than 40 years baru boleh tengok matahari tu betul-betul 'jatuh' tenggelam. Siap timing waktu azan maghrib lagi. Subhanallah...sungguh menakjubkan ciptaan Allah.

Kami se`family' baru balik holiday, I mean real holiday lah kot. Two days holiday away from a hectic KL life. Hubby tercinta bermurah hati bawa kita orang pi PD. Precisely somewhere near Teluk Kemang...exact apartment tu rahsia la pulak. Ummi memang enjoy habis. Apa tidaknya. Ni lah masa goyang kaki tak payah masak, kemas rumah, basuh kain baju, pinggan mangkuk, periuk belanga...and the list goes on. For two days only....pastu siaplah kena qadha balik kerja-kerja tuh. Tak pe at least ada holiday.



Ewah-ewah romantik lah pulak
Bukan apa, sebelum ni tak sempat nak duduk cam ni. Ada aje anak-anak menyibuk...oops bukan menyibuk, memeriahkan. This time anak-anak dah pandai bagi can kat ayahanda bonda menyemarak kasih di tepian pantai berlatar belakangkan 'sunset' dambaan ummi.....[wow cam dah lama je tak guna ayat-ayat cam nih..]

Malangnya kemera handphone...kualiti gambar tak bagus...Penat je berposing.. lebih-lebih pulak tuh...tak nampak handsome yang sorang tu...

Saturday 6 June 2009

Cuti Cuti Cuti

Cuti sekolah dah seminggu berlalu tapi rasa macam tak cuti jer. Cuti pun asyik gi sekolah jer. Dari hari Isnin hingga Jumaat asyik ulang-alik smk sg P jer sebab dok mengantar mengambik anakanda cun tu gi kelas tambahan. Weekend ni pulak dia ada seminar SPM berita harian kat UIA, kena mengantar mengambik lagi. Waduh-waduh asyik on the road aje.

Sibujang handsome tu pun kena gi sekolah juga. Bukan kelas tambahan tapi kelas pemulihan. Nak kena pulihkan otak dia biar boleh menghafaz. Mujurlah kena stay kat sekolah dari Selasa hingga Khamis. So tak payahlah kena mengantar dan mengambik dia. Tapi buat cerita lain pulak.. masa first day register tu tak pakai baju sekolah. Suka hati dia jer bergaya pakai baju melayu sorang-sorang. Ummi pun dengan amat perihatinnya balik ambik sepersalinan baju sekolah dan hantar balik ke sekolah. Petang tu pulak dia talipon menyatakan kelaparannya. Ummi penyayang ni keluar semula hantarkan makanan pulak.

Tapi yang paling best sekali ialah ayah pun turut bercuti selama cuti sekolah nih. So setiap hari asyik fikirkan 'destinasi percutian' kat sekitar KL nih. Merata tempatlah yang dah dilawati. Tapi half day trip jelah sebab nak allow masa nak mengambik orang yang kelas tambahan tuh.. kacau betul. Kalau tidak dah boleh ke Langkawi ke Pangkor ke ...Bali , Jakarta, London.... hahaha.

Tak pe, next week cuti lagi. Real cutilah kot....Oh tidak hari Rabu and Khamis ummi pulak ada kelas tambahan. Okaylah kot sebab sume kertas periksa dah habis tanda. Tinggal key in markah dalam komputer jer. Happy happy hols. Ayah nak bawa kita gi jalan-jalan lagi...wawi.

Wednesday 3 June 2009

That Day...

That day, in July 1998
I went down the memory lane
Barking and Dagenham Road
Smiles, tears and memories flowing deep down

The last that was July 1990
That day, I received my final year result
Yes, almost 17 years ago
BA Finance with Accounting

That day,
Just before I submitted my final PhD thesis at Southampton
I visited once again my alma mater
First, now slightly bigger but still shoddy yet memorable prayer room
Then, lecture hall, football field, library, main hall, canteen, union building, sports centre...
Looked around some lecturers' rooms
Most of them were no longer there

I was there just to say my `salam'
As a witness that as it used to be
A place where I have grown up
NELP, PEL, UEL...

I cherished those days
Beside lectures, tutorials and friends
I treasured Usrah and Islamic Society
Of course my first `mimbar' on fridays
Believe it or not I still enjoy Usrah
Of course in different form and with different people

I told my children
Iman, Hidayah and Mun'im
At that time only three
But now I have to include two more: Muhaimin and Husnina
Things they will never understand
Lessons learned
Experiences gained
Maturity earned

The most memorable
I met my wife in Barking
My `akad' was at Barking Muslim Community Centre
2nd. March 1991, that day
I showed my beautiful children
The place where their dad and mum tied the knot
That knot grows stronger as ever

Yesterday,
Hidayah has to complete her Form 1 assignment on family history
She has to go through odd photos
To include some in her assignment
My warning to her which she is well abiding as always
Please don't loose it!

Ideals and realities keep flashing
Rejoicing times that we have spent together
With those we called friends
Friends here we come again...

6.00 p.m.
20th. June 2007
IIUM Gombak
A few days before East London Reunion

Sepetang bersama layang-layang

Petang tadi tercapai juge hajat Nina. Suke Nina dapat smiley face. Itulah pilihan layang-layang tercantik agaknya. Amin dengan penuh excitement melayangkan.... senang je rupenya.
Tapi nampak gayanya bukan Nina yangbersuka-ria. Ayahandanya yang suka hati menaikkan lelayang tuh. Elok juga sebab kami sume bukannya biasa dengan lelayang nih. Eh gambar ummi tak ade...ohh ada bayangnya saje.
Tu dia layang-layang kami terbang tinggi diawan biru di Taman Metropolitan Kepong. Smiley face ceria selalu.



Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...