Monday, 31 August 2009

Al Fatihah

Semenjak dua menjak nih saya asyik dapat berita kematian je. Mereka yang pergi tuh mostly yang dekat di hati saya. Awal bulan Ogos dulu saya dikejutkan dengan berita kematian cucu saudara suami saya. Masih baby lagi. Anak sulung. Umurnya baru 4 bulan. Puncanya tersedak susu kat nursery. Rasanya baru je pergi wedding day mak ngan ayah dia, belum sempat lagi nengok wajah suci baby tu.

Lepas tu berita kematian Ust Asri (Rabbani). Yang ni memang saya terkejut besar. Saya memang minat nasyid-nasyid arwah. Lebih terharu sebab TV asyik siar nasyid-nasyid kegemaran saya. Tapi paling tak tahan bila dengar laungan azannya. Subhanallah.....Allah knows best.

Kemudian berita kematian Prof Ismail pulak. Hubby saya selalu bercerita tentang arwah ni sebagai sumber inspirasi. Betapa kecacatan tidak menghalang kejayaan seseorang. Asalkan ada kemahuan di situ ada jalan.

Dan yang terbaru, sebelum subuh tadi abang ipar saya pulak pergi menghadap Ilahi. Arwah yang dikenali sebagai Pak Teh dikalangan anak-anak saya dan sepupu mereka agak rapat dengan kami. Saya agak terkilan sebab tak dapat balik melihatnya buat kali terakhir. Hubby saya saja yang balik. Itu pun kelam kabut cari tiket flight. Nak drive balik maklum sajalah..nun jauh di Kelantan. Lagi pun puteri sulung saya nak trial SPM esoknya....(ah! alasan-alasan.....).

Apa-apa pun berita kematian sebenarnya membawa tazkirah untuk saya (dan kita) bahawa hidup ini hanya sementara. Ajal tak mengenal usia. Baby ke, muda ke, tua ke, kalau dah sampai ajal akan pergi jua. Adus!.... sudah bersediakah saya.

Sunday, 30 August 2009

Seronoknya berbuka.

Hari ni dah masuk hari ke sembilan umat Islam berpuasa. Dah nak habis fasa keampunan (betul ke ni? Lupa) rupanya. Rasa macam laju pulak.

Tadi saya buat nasi kerabu versi Kelantan (Special request dari hubby. Biasanya saya masak je apa-apa menu yang terlintas dalam kepala saya, and hubby makan je apa yang saya masak, provided sedaplah) So pepagi lagi saya dah buat preparation. Alhamdulillah dengan pertolongan dua puteri comel saya, kami dapat sediakan juadah berbuka dengan jayanya. Nasi kerabu consist of nasi putih (malas nak buat yang biru hitam tuh), sambal kelapa, kuah tumis, ikan celup tepung, solok lada, ulam-ulam(dihiris halus), keropok dan yang paling penting budu. Lepas tu buat ayam goreng kicap kegemaran puteri bongsu saya pulak. Seronok tengok mereka berbuka.
Betul lah seperti hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Kegembiraan yang pertama ketika masa berbuka dan kegembiraan lain ialah ketika masa menemui tuhannya."

Alhamdulillah setakat ni saya sentiasa mendapat kegembiraan yang pertama itu. Tapi yang lebih penting mudah-mudah kita semua akan mendapat kegembiraan yang kedua juga....

Berkat berkeluarga juga saya berpeluang menambah pahala (alamak riak nih..astaghfirullah!) menyediakan juadah berbuka mereka setiap hari. Mudah-mudahan saya dapat benefit dari hadis Nabi s.a.w.

Sabda baginda s.a.w:
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya
sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak
dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.


Sungguh, Ramadhan merupakan institusi untuk kita kumpul banyak pahala. Itu janji Allah. So rebutlah peluang itu dengan banyak membaca al Quran dan bersedekah (bagi yang ada duitlah, kan best kalau semua orang Islam kaya..) serta apa-apa saja kebaikan lain yang biasa(?) kita buat diluar bulan Ramadhan, sebab pahalanya dilipatgandakan... (ewah.. tazkirah untuk diri sendiri sebenarnya.) Apa-apa pun moga puasa kali ini lebih baik dari yang sebelumnya....Amin.

Saturday, 22 August 2009

Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah saya masih dapat menyambutnya tahun ini. Lebih teruja kerana saya dapat bersolat terawih on the first night of Ramadhan. An opportunity yang Allah dah lama ambik daripada saya. For the past few years asyik ABC jer. Begitu juga dengan solat aidil fitri. Mudah-mudahan tahun ini saya dpt bersolat di pagi raya.

Semalam baru terima gambar terbaru cucu saya. Yes..cucu.! Am I that old? Subhanallah.... dah lama rupanya saya hidup. Thank you Allah for giving the chance mencari pahala di bulan Ramadhan tahun ini. Mudah-mudahan kita semua diberi pahala berlipat kali ganda sesuai dengan usaha kita.
Cucu sedara saya. Anak kepada anak kakak saya.
Anak-anak saya masih single....and available(?)

Friday, 14 August 2009

Sekolah saya.

Semalam baru habis bagi balik kertas periksa percubaan PMR murid-murid kelas saya. Mostly bermuka ceria sebab dapat result yang tak disangka-sangka. (improved la tu ). Saya pun turut gembira bila mereka gembira. Tapi yang sedihnya mereka yang masih gagal tu macam tak ada rasa kesal je. Macam tak ada rasa nak improve pun. Saya pulak yang tension tengok mereka macam tu. Akhirnya masing-masing mereka dapat habuan dua tiga kali ketuk. Ketuk-ketuk sayang supaya mereka insaf. Teringat pulak masa saya sekolah dulu. Selalu juga kena marah especially masa subjek sejarah. Saya memang selalu tension bila ada sejarah sebab cikgu asyik tanya soalan. Sapa tak dapat jawab kena denda. Adus..rasa macam tak nak pegi sekolah je. Hasilnya sekarang saya memang buta sejarah. Tu la tak dengar cakap cikgu lagi.

Sebenarnya zaman persekolahanlah yang banyak mengajar kita. Bukan setakat ilmu akademik tapi semua ilmu untuk hidup. Bagaimana nak mengawal emosi suka atau duka, cara berkawan dan mencari kawan yang baik, cara berinteraksi, berorganisasi, dan yang paling penting cara mendapatkan bekalan untuk akhirat. Saya rasa murid-murid saya lebih bernasib baik kerana mereka berpeluang mendalami ilmu akhirat tanpa batas. Al amin memang tersedia sebagai pusat ilmu. Cuma mungkin mereka kurang pandai menggunakan peluang yang ada. Dulu saya selalu memandang guru-guru saya sebagai idola dan sumber inspirasi saya. Tak tahulah samada murid-murid saya juga berpandangan begitu .....
Saya sangat bernasib baik kerana dapat belajar di sekolah saya dulu. Berasal dari keluarga yang kurang berada, saya menggunakan peluang yang diberi sebaik mungkin. Saya memang suka belajar ( Ewah.. nak riak lah pulak ) Saya akan tension kalau tak dapat markah tinggi dalam periksa. So saya akan cuba dapat apa saya nak dengan belajar bersungguh-sungguh. Hingga sekarang pun saya akan tension kalau students saya tak dapat markah tinggi. Saya memang panas hati kalau mereka main-main masa belajar. Pada saya asas kejayaan seseorang adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan mereka insaf......

[Terimakasih pada hubby sebab bawa saya dan anak-anak melawat ke sekolah saya dulu. Nostalgic lah pulak.....]

Saturday, 8 August 2009

Lega...

Alhamdulillah selesai sudah percubaan PMR. Saya yang tension mengalahkan murid-murid. Pagi tadi baru habis marking paper Mathematics. Keputusannya?.. Masih kurang memuaskan. Masih ramai murid yang buat silly mistakes, padahal semua tips saya dah bagi. Tak tau lah samada mereka lupa ke, panik ke, atau memang buat tak kisah. Panas hati juga bila ada kes budak tak mendengar kata nih. Lepas ni saya kena fikirkan macam mana nak improve kan markah mereka dalam PMR nanti. Harap mereka sedar diri bahawa menjawab periksa dengan cemerlang itu penting untuk masa depan mereka.

Ada juga kes yang enjoy sakan lepas habis periksa ni. Lepas tension gitu. Tak apalah bagi peluang, lepas ni nak kena study untuk PMR pulak.

Amboi.. sedapnya menjamu selera..licin. Lepas isi perut tuh jangan lupa isi minda pulak tau..
Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak murid saya di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan mereka insaf bahawa harta kekayaan ayahanda dan bonda mereka sekarang tidak menjamin kebahagiaan mereka dimasa depan. Semua orang wajib menuntut ilmu untuk kebahagiaan diri sendiri.

Thursday, 6 August 2009

al kisah...kek cokolat moist.

Sejak akhir-akhir ni ramai pulak jurujual dtg sekolah buat promosi. Daripada buku-buku pelajaran, buku-buku agama hingga buku kanak-kanak, offer pizza, promosi kuih raya dan yang terbaru promosi kek. Saya ni pantang ada orang offer kek, laju aje nak membeli maklumlah untuk anak-anak yang hantu kek kat rumah tuh. Mereka memang dah biasa makan kek. Dulu saya rajin buat kek [ kek biasa jer, masa tuh mereka makan jer apa yang saya masak, maklumlah kanak-kanak tak reti nak komen-komen lagi, sekarang dah pandai buat menu ikut cita rasa sendiri] Kebetulan pulak yang datang tuh offer kek chocolate moist secret recipe. Siap bawa sampel lagi. Memang cantik dan menarik keknya macam yang kat secret recipe tu ler, tapi saya tak pulak nak minta rasa.



" Kek ni biasa kita jual dengan harga RM35 satu. Tapi untuk minggu ni saja kita offer RM19.90 satu. Kalau akak oder hari ni kita kita akan hantar besok, akak akan dapat satu lagi free. Kiranya akak cuma bayar RM19.90 untuk 2 biji kek. Akak oder je sekarang. Esok dapat kek baru bayar." Hebat betul bunyinya.



Saya pun terus jer order. Tengok kawan saya pun oder juga. Rupanya dia pun hantu kek juga.



Esoknya nak dijadikan cerita si promoter tu datang bawa kek masa saya dan kawan saya tu tak ada. [Kami dua-dua ada kelas] Ada cikgu lain tolong bayarkan dulu.



Memanglah kek cokolat, tapi tak moist langsung. Topping pun tak ada. Bungkus ngan bekas plastik macam kek longgok kat pasar malam jer. Sumpah..saya memang panas hati. Rasa macam nak belasah jer budak promoter tuh. Ada ke patut, offer lain bagi yang lain. Tapi terpaksalah terima sebab dah dibayar. Kalau saya ada, masa dia datang hantar order tu memang saya tak teringin nak ambik.

Ini ler rupa kek kontroversi tu.



Saya memang tak nak halalkan dia berniaga macam tu. Ikutkan panas hati saya ni memang dia tak selamat dunia akhirat. Saya bukan berkira sangat dengan duit RM19.90 tu. Tapi saya panas hati sebab dia menipu.... I hate liars. Benci,benci.benci.


Tapi bila difikirkan balik may be itu cara dia berniaga. Halal ke tak halal ke dia peduli apa. Pokok pangkalnya ada orang yang spesies macam saya ni yang mudah kena kelentong. Sian saya or rather padan muka saya. Mudah-mudahan menjadi pengajaran untuk saya dikemudian hari. Terpaksalah saya halalkan urusniaga tu kat dunia ni. Malas nak kecoh-kecoh kat akhirat nanti. Dan untuk budak promoter tu moga mendapat petunjuk ke jalan yang benar.....

Wajah kita amanah kita.....

Kata orang kalau nak cantik mesti rajin. Pada saya cantik itu subjektif. Bak kata pujangga... "Beauty is on the eye of the beholder......