Sunday, 11 December 2011

Memokokkan laman saya.

"Hidup ke pokok umi ni?" Anak bujang saya yang sorang tu selalu menyakat. Mentang2 la saya ni baru nak berjinak2 ngan pokok.
Dah lama sangat saya tinggalkan aktiviti bercucuk tanam ni. Masa kecik kat kampung dulu saya yang selalu menyakat nenek saya bila dia tanam pokok.
"Sempat ke tok makan buah ni?"
"Alah.. memang la tak sempat. Aku tanam bukan nak makan. Esok2 bila dia berbuah hangpa la makan. Aku nak kutip pahala je"
Ya, sejak cuti sekolah ni saya sangat sibuk menanam pokok. Dengan kawasan tanah yang seadanya tu saya kena fikir betul2 pokok apa yang paling sesuai. Entah kenapa saya terminat nak tanam pokok2 eksotik yang banyak khasiat. Pokok2 eksotik ni asalnya pokok hutan, jadi kalau nak tanam kena jaga betul2. Pastu lambat pulak berbuah.


Pokok durian belanda ni baru seminggu saya tanam.

Kata orang dengan pengurusan yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat. Mungkin akan berbunga pada akhir tahun ketiga dan pada tahun keempat insyallah dah boleh tengok hasilnya. Kata orang lagi pokok durian belanda ni keluar banyak bunga tetapi yang matang menjadi putik dan terus menjadi buah sikit je.
Buah durian belanda akan matang dalam masa 12-13 minggu selepas berputik dalam keadaan biasa. Kadangkala, semasa keadaan cuaca tidak menentu, putik durian belanda menjadi dorman selama beberapa minggu dan menyambung semula tumbesarannya apabila keadaan cuaca kembali normal. So, dalam 5 bulan jugak la baru dapat rasa hasilnya.
Buah durian belanda yang belum matang berwarna hijau tua, tidak berkilat dan tapak duri meninggi. Buah yang matang berwarna cerah, berkilat, kulit agak rata dan duri menjarak..
Orang Kedah panggil Derian ropa ( Eropah ).Saya selalu makan buah ni masa kecik dulu sebab pokok ni kat belakang rumah saya je. Saya je kot yang suka makan buah ni. Orang lain macam tak suka je. Sejak dah tua ni baru saya tahu buah ni banyak khasiatnya. Boleh buat ubat Gout dan menurunkan darah tinggi serta kurangkan bahaya cancer.. amalkan sehiris pagi dan malam Insyallah berkesan.Guna daun nya utk halau tikus dalam rumah..Kalau demam, minum je air rebusan daun dia.



Ni pulak pokok katak puru. Baru tanam pagi tadi.

Orang Kelantan panggil pokok katak puru, kat tempat lain tak pasti pula namanya. Masa saya kat Kedah dulu tak pernah pulak kenal buah ni. First saya makan buah ni selepas kahwin dulu. Masa tu pi visit saudara hubby kat Kelantan. Depa makan cicah 'colek'. Sedap. Rasa ala2 jambu batu, tapi lemak masam sikit. Tapi rupa buahnya sangat hodoh berwarna coklat dan mengerutu macam badan katak puru. Sejenis pokok hutan juga serta sukar untuk di temui. Ini pun saya minta mak mertua saya semaikan dulu. Lepas tu saya angkut pokok tu balik KL. Tengokkan pokok tu tak tahulah saya sempat ke tidak merasa hasilnya. Orang kata bertahun2 baru boleh dapat hasilnya. Apa khasiatnya pun saya tak tau. Saya cuma suka sebab dia sedap dan agak eksotik.



Pokok delima ni nampak promising. Dah masuk 2 minggu dah. Harap2 cepatla berbuah.

Kata orang buah delima ni sangat bagus untuk halang penyakit kanser.Pokok delima ni saya dapat kat Gombak je. Penjual tu kata saya boleh dapat hasilnya dalam masa setahun lagi. Entah lah. Nampak pokoknya dah membesar elok. Harap2 betul lah tu.

Mudah2an pokok2 ni memberi menafaat kepada semua orang. Bak kata nenek saya kita nak kutip pahala je, tak sempat makan buah pun tak apa. Hmm..

Tuesday, 29 November 2011

Alahai ubi badak...

"Bila nak masak ubi badak ni?" Entah kali keberapa hubby dok tanya soalan tu. Pemberian kawan dia yang baru balik dari Kelantan. Dah lebih 10 hari dah ubi badak tu tersadai kat dapur saya. Ubi badak? Tak tau nak masak apa... Hayat hidup saya tak pernah tengok rupa ubi badak ni. Rasanya, makan pun tak pernah.
"Kata orang kampung. Ubi badak pun tak kenal ke??" Eh! orang kampung mesti kena kenal jenis2 ubi ke? Saya kenal je ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, ubi kemili.. apa lagi ya, tak ingat dah.

"Ubi badak ni sedap. Rebus lepas tu cicah gula dengan kelapa. Buat pengat pun boleh." Dah banyak dah hubby bagi hint suruh masak. Bukan saya tak nak masak. Tapi tengok rupa ubi tu agak scary. Sangat berharap supaya ubi tu rosak. Rupa2nya panjang pulak jangka hayat dia.

Akhirnya saya potong2 ubi badak tu. Rendam dalam air garam selama 5 minit. Lepas tu saya rebus sampai empuk. Kemudian saya tos dan bahagi 2. Satu bahagian saya simpan, satu lagi saya buat pengat.

"Sedapnya pengat ni... macam rasa kat kampung kecik2 dulu" Sejuk hati saya dengar komen positif macam tu.
Yang baki tu saya lenyek buat macam kuih keria esok paginya. Hajat nak cuba buat kuih talam. Tetiba pulak penyakit malas tu datang.

"Sedap juga keria ubi badak ni. Texture dia lain sikit tapi sedap..."
Alhamdulillah, pandai hubby bodek saya pepagi hari ni.

Monday, 28 November 2011

Nak cuba hobi baru

Entah sejak bila saya suka orkid. Tetiba masa projek gardening kat sekolah hari tu, terbekenan pulak tengok bunga orkid yang comel2 tu. Murah pulak tu. RM2 je sepasu. Terimakasih ust Abi tolong belikan saya sampai 20 pasu. Tamak sangat nak beli banyak2 tak tau nak letak kat mana. Saya ni bukannya pandai nak menjaga pokok bunga, lebih2 lagi pokok orkid. Kata orang pokok orkid ni kena penjagaan rapi. Tak boleh kena direct sunlight, kena ada cahaya dan pengaliran udara yang cukup. Kena bubuh baja dan siram ikut time. Kena sembur racun/ubat supaya tak ada bacteria perosak. Huh.. payah bebeno bunyinya.

Saya susun je pokok tu atas rak kasut supaya tak kena panas matahari terus.

So hari ni dah buat plan nak pi Taman Orkid. Nak beli barang2 keperluan penjagaan orkid serta nak belajar cara2 penjagaan orkid dari dekat. Punya la ramai manusia, nak cari parking pun susah sebab tempatnya berdekatan Taman Burung. Ramai pulak tourist time2 cuti sekolah ni. Last2 dapat parking kat Memorial Tun Abdul Razak. So tukar plan pi lawat memorial tu. Kebetulan hubby memang suka bab2 sejarah ni, so kebetulan yang memang betul lah. Saya ni memang tak pernah minat sejarah. Kalau sesaja nak pi situ memang harapan je lah.


Biasanya saya selalu ajak hubby pusing2 KL by night. Saja suka tengok cahaya lampu malam2. Nampak cantik. Tapi hari ni dapat pulak pusing2 KL by day. Sungguh tidak menarik.

Setelah bertahun2 duduk KL baru teringin nak bergambar kat Dataran Merdeka. Itu pun sebab anak2 nak berposing.

Harap2 pokok orkid saya tu dapat bertahan lama.

Wednesday, 23 November 2011

Perlanskapan.....hmm

Hubby selalu pesan bila nak buat sesuatu benda mesti ikhlas. Insyallah pertolongan Allah akan datang dari sumber yang kita tak sangka-sangka. Saya selalu idamkan sekolah yang cantik ceria dan sangat 'welcoming'. Saya bukan nak pindah sekolah tapi saya ingin sekolah saya ini berubah wajah. Memang saya akui sekolah selalu tak cukup bajet. Kata pengetua bajet yang ada hanya cukup2 untuk bayar gaji guru. Katanya lagi tak kisahlah macamana pun rupa sekolah asalkan guru2 mendapat gaji mereka dihujung bulan. Sungguh, saya kagum dengan sifat ketua saya yang selalu mendahulukan stafnya. Tapi pandangan saya berbeza.

Alhamdulillah dengan pertolongan beberapa guru lain dan murid2 Kelab Kebajikan serta murid2 lain yang berminat, pokok2 bunga mula tumbuh disekitar kawasan sekolah.

Hasil tangan banin T3, Shahir n geng

Projek lepas PMR murid2 banin juga sudah menampakkan hasil. Dengan bajet yang seciput saya dan cikgu Hasnah serta cikgu Shida pi cari pokok2 bunga kat Sg Buloh. Angkut pokok2 tu penuh Unser sampai tunggang terbalik tumpah segala baja tahi ayam dalam kereta tu. Sorry hubby, sebab buat Unser tu macam kereta sendiri. Hihi nanti saya kena bayar untuk servis. Adus.


Tulang belakang projek mengecat, Don n Walid

Projek mural pun berjalan lancar. Saya mohon bajet, Pengetua luluskan, saya terus cari orang cat. Saya buat dinding sekolah tu macam dinding saya sendiri. Bermula dengan kawasan tangga pejabat dan kawasan tangga lain, seterusnya dinding2. Sukahati saya je nak buat tema apa, lukisan apa, konsep apa. Yang penting semua kerja-kerja tu kena siap sebelum buka sekolah awal tahun depan.

Mudah2an apa yang diusahakan ini akan mendatangkan kebaikan untuk semua. Amin.


Monday, 21 November 2011

Berpindah jua akhirnya

13 Oktober 2011, akhirnya saya sekeluarga selamat berpindah rumah baru secara rasmi. Alhamdulillah hajat hubby nak menghadiahkan isteri dan anak2nya suatu tempat tinggal yang lebih selesa dimakbulkan Allah. Sungguh, hubby sangat bekerja keras ke arah itu. Hubby juga a good planner. Apa2 benda yang dia nak buat, semua kena rancang dulu. Saya pun naik rimas (hihi sori) kadang2 la. Semua nak kena rancang. Saya yang jenis redah je apa yang ada selalu malas nak fikir. Leave the planning part to him and everything will go smoothly. Saya tunggu ikut je dengan sabar. Hmm part sabar tu yang selalu panas....

Banyak kenangan saya kat rumah lama tu. Manis, pahit, masam, manis semua ada. Biarlah semua tersimpan kemas dalam memori.

Dapur yang saya tinggalkan...
Saya telah menghabiskan lebih separuh masa berkeluarga saya di sini. Memasak untuk suami dan anak2 serta sesiapa saja yang sanggup menjamah masakan saya.

Sekarang saya dapat dapur yang lebih besar dan selesa. Ada bahagian basah dan bahagian kering. Sepatutnya lebih rajin masak la kan. Ada kawasan khas untuk jemur kain.

Yang jadi masalah pada saya ialah kawasan rumputnya agak luas dan dipenuhi lalang dan kemucut. Hai..bila masa la saya nak mengusahakan kawasan tu supaya mesra penghuni. Harap2 saya dapat disiplinkan diri untuk berpetang2 dengan laman yang saya idamkan tu.

Tetiba teringat masa zaman ambik SPM dulu. Nervous macam nak mati. Bukannya tak study. Saya antara ulat buku masa zaman sekolah dulu. Tapi takut tak boleh jawab masa periksa. Mana tau tetiba otak jam. Tetiba Allah nak turunkan kafarah time2 pereksa. Adus, memang naiya. Sebab tu dianjurkan memohon maaf sesama manusia terutama dari ibu-bapa, guru2 dan kawan2. Yang lebih penting mohon kemaafan dari Allah SWT. Solat hajat, solat taubat dan solat sunat lain. Solat fardhu jangan pernah tinggal.

Masa Iman SPM dulu saya tak risau sangat sebab ada terjongol depan mata. Boleh monitor anytime dia study. Study2 juga tapi laptop dan handphone tak pernah tinggal. Bior je asalkan dia bahagia. Alhamdulillah dapat juga 9A.

Time Hidayah ni, saya terpaksa tenangkan hati dan doa bebanyak dari jauh. Mudah2an semuanya dimudahkan Allah. Hubby siap spent satu hari pergi visit buah hati dia tuh. Pergi seawal subuh, balik terus malam tu sebab esoknya ada kelas kat Damansara pulak. Tak puas hati kalau tak jengok anakanda dia time pereksa besar ni.


Pameran gigi cantek..
(Gambar sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan isi)

Kenapa tah saya buat entry pasal budak SPM ni. Ni kes baru dapat unifi semalam la ni. Lepas gian tak dapat internet sebulan.

Apa2 pun saya sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 didik saya. Amin.

Sunday, 30 October 2011

Kadang2 saya terfikir kenapa la ada orang yang nak menjayakan sistem Islam tapi membuat perkara2 yang tidak Islamik. Masa ke sebuah bank semalam saya terlihat seorang budak sekolah sedang menunggu/menjaga tabung sumbangan untuk sebuah sekolah tahfiz. Budak perempuan berbaju kurung bertudung labuh duduk seorang diri menjaga tabung sumbangan. Keadaan sekitar bank sangat lengang waktu hujung minggu. Sepatutnya ada security guard, tapi tak nampak pulak. Saya tak pasti depa kerja ke tidak masa hujung minggu. Saya percaya budak perempuan tu menunggu sumbangan manusia dermawan untuk sekolah dia. Saya sangat percaya dia adalah budak sekolah sebab dia sedang memegang buku kerja/latihan skor A. Melihat cara dia berpakaian selayaknya dia budak tahfiz. Muka suci senyum manis. Apa yang menyedihkan saya ialah kenapa dia membuat kerja tu. Seorang budak perempuan, menunggu derma seorang diri di tempat sunyi begitu?? Macam2 boleh berlaku. Okay, masa lain dia tak boleh buat sebab dia kena pi sekolah. Tapi tak boleh ke suruh budak lelaki? Atau pun cikgu2 atau ustaz depa yang buat? Oh tak boleh, sebab hujung minggu semua orang nak bersama keluarga. So apahal pi letak budak perempuan tu kat situ, budak tu tak ada keluarga ke? Adus! sungguh tak boleh diterima akal.

Mana2 parent pun tak akan benarkan anak2 gadis mereka keluar seorang diri macam tu. At least dengan seorang kawan kalau tak pun ramai2. Tak sepatutnya pun mereka disuruh mencari dana sekolah atas alasan apa pun. Itu adalah tugas pengurusan sekolah. Tak perlu menggunakan budak sekolah buat kerja2 tu. Tugas mereka adalah belajar, tugas parent memberi kemudahan untuk mereka belajar, tugas sekolah menyediakankemudahan itu, bukan menyuruh budak2 tu usaha cari duit. Sepatutnya mereka disuruh belajar pandai2, dapat kerja bagus2 nanti dapat banyak duit boleh menyumbang pada sekolah semula. Entahlah... saya pun dari keluarga miskin. Tapi masa budak2 dulu tak pernah pulak disuruh cari duit.

"Hang mengaji pandai2. Esok2 hang senang, aku pun tumpang senang. Kecik2 ni tok sah dok sibuk nak cari kerja nak cari duit. Sat lagi mengaji tah ke mana, kerja tak ke mana, duit tah ke mana.... sampai ke tua menyusahkan mak bapak." Saya selalu diajar macam mana nak cope dengan keadaan susah. Kena berjimat-cermat dan berpada dengan apa yang ada.Wallahualam.

Friday, 28 October 2011

Jangan sesenang nak minta tolong.

Dalam usia begini saya sepatutnya sudah boleh mentaksir dan menilai orang lain. Saya sepatutnya sudah faham bahawa tidak semua manusia sama walaupun mempunyai fikrah yang sama. Lagi la kalau dengan fikrah yang berbeza.

Saya selalu menganggap semua orang mempunyai fitrah yang baik. Lagi pulak kalau dia dari latar belakang agama. Ustazah pulak. 'Don't judge the book by its cover' sangat benar. Kita sepatutnya ambik buku tu, buka, baca dan menghayati, baru boleh buat judgement samada ianya baik atau sebaliknya. Sebelum kita benar2 ada pengetahuan tentang seseorang, jangan senang2 nak menganggap dia baik atau tidak baik. Jangan senang2 nak minta tolong ke apa ke. Buatnya dia tak sudi nak menolong kita terkecik hati pulak, dah berdosa tak pasal. Masalahnya dosa tu bukan terletak atas dia tapi kita yang kena tanggung. ( Dia tak berdosa sebab bukan tanggungjawab dia nak tolong kita. Kalau dia tolong dia dapat pahala. Kalau dia tak nak pahala suka hati dia la. Kita yang kecik hati ni berdosa sebab macam tak redha dengan ketentuan Allah. Allah dah tentukan kita tak dapat pertolongan tu, kenapa nak kecik2 hati pulak. Redha je la. Sapa suruh minta tolong orang. Buat je la sendiri. Kan Allah dah bagi tulang empat kerat tu. Usaha la.....adoi! )

Betul lah kata hubby saya. Jangan senang2 nak minta tolong orang. Selagi boleh dan mampu buat je sendiri. Kalau dah terpaksa sangat baru lah cari orang yang benar2 nak tolong kita, itu pun kalau dia offer. Kalau tidak, tak payah. Yang lebih baik adalah kita yang selalu offer diri untuk tolong orang. Jangan berlebih pulak sampai orang pijak kepala. Sebab tu Nabi SAW selalu ajar kita supaya bersederhana dalam segala hal, walaupun dalam hal nak buat baik. Paling penting kena ikhlaskan niat hanya kerana mencari keredhaan Allah. Wallahualam.

bersyukurlah...

Kehidupan yang sempurna? Mana ada benda yang sempurna dalam dunia ni selagi mana kita dinamakan manusia. Yang membezakan kesempurnaan setiap orang ialah cara penerimaan dan keredhaan kita a.k.a tahap kesyukuran kita.

Suami yang bertanggungjawab, anak2 yang hot tapi soleh-solehah, zero masalah kewangan, rumah baru, kereta besar dan kawan-kawan yang hebat tidak menjamin kesempurnaan hidup kita. Orang luar mungkin nampak kita macam bahagia. Ya, on the surface macam bahagia. Macam dah tak perlu apa-apa cuma tinggal melewati masa sampai satu titik noktah yang bakal tiba. Sooner or later. Tapi manusia tetap manusia, tidak akan pernah merasa sempurna. Sentiasa mencari kekurangan diri. Kalau kurang yang positif tu tak apa la juga. Rasa kurang ibadat, boleh solat malam banyak2, rasa kurang pahala, boleh buat benda2 sunat yang lain, rasa tak cukup ilmu boleh belajar banyak lagi. Masalahnya kalau kalau rasa kurang pada benda yang tak patut2. Suami dah sediakan rumah besar, nak yang lagi besar, suami dah bagi duit bulanan sibuk nak pi kerja lagi konon boring duduk rumah, anak2 dah dapat markah okay pun sibuk nak paksa pi tusyen nak suruh jadi best student pulak. Buat stress tak pasal2. Anak2 stress jangkit sampai mak ayah pulak...

Dan selalu ianya balik kepada - kesyukuran. Syukur2 pun pada bab yang munasabah la. Jangan la sebab nak bersyukur sampai asyik redha je memanjang. Kena la buat postmortem kenapa sesuatu benda tu berlaku. Muhasabah balik, cari jalan penyelesaian.

Saya pernah merasa stress masa anak2 masih kecil dulu. Mungkin sebab tekanan menjadi seorang isteri dan seorang ibu sampai tiada masa untuk diri sendiri. Keletihan. Kesunyian. Kehilangan. Itu cerita masa kat UK, masa hubby sangat sibuk dengan PHD. Memang sedih, rasa macam terhumban di satu tempat yang sunyi. Adakah saya tidak bersyukur? Saya ada suami. Saya ada anak2 yang comel (masa tu la). Hubby sibuk belajar untuk siapa? Bukankah untuk saya dan anak-anak juga? Masa tu saya berhenti kerja sebab ikut hubby. Patutnya saya pun kena sambung belajar juga. Hubby dah bayar pun untuk saya sambung ACCA sampai habis. Tapi saya sendiri tak boleh cope sebab dah beranak-pinak. Itulah jadinya! Itulah hasilnya kalau dah biasa study pastu kerja tapi kena duduk rumah jaga anak. Berhenti kerja. Otak saya mula cari pasal, cari sebab nak rebel. Kalau masa kerja, adrenalin tu boleh disalurkan pada kesibukan kerja.

Sekarang stress saya dulu sudah berbayar. Saya boleh hidup selesa dengan keluarga comel saya. Dengan seorang suami yang bertanggung jawab dan lima anak yang mudah2an soleh-solehah saya sepatutnya rasa sangat bersyukur. Sungguh saya sangat bersyukur. Mencontohi Rasulullah SAW yang tak jemu2 beribadah walaupun telah dijanjikan syurga Allah. Baginda Rasulullah memperbanyakkan ibadah sebagai tanda syukur. Sudah semestinya lah dengan kesyukuran ini saya harus memperbanyakkan ibadah pada Allah. Wallahualam.

Indahnya hidup ini.

Saya suka mendengar perbualan nenek saya terutama yang bersangkut dengan nikah kahwin.

"Tok ( bahasa orang utara pada nenek), saya benci la laki saya tu, selalu buat orang sakit hati..." Makcik saya memang selalu dok mengadu hal pasal suami dia.

"Ala.. hang anggap je tu memang tabiat dia. Nak buat macam mana. Buruk baik pun laki hang jugak..."
Nenek saya memang sempoi.

"Laki orang lain okay je"
Makcik saya selalu tak puas hati.

"Hang mana tau laki orang. Aku tengok laki hang pun okay apa. Ala.. macam api la, tak kan hang nak marah kalau dia panas, kalau tangan hang tebakaq. Dah memang tabiat dia. Sama juga dengan taik, dah memang dia busuk, tak kan hang nak marah jugak. Hang pun berak kan? Busuk juga kan? Ada orang marah pasai hang berak busuk? Hati hang sakit... sapa suruh hang menikah dengan dia. Hang pandai2 la jaga hati sendiri. Tak kan nak suruh laki hang jaga pulak...."

Tazkirah nenek saya sangat unik. Tak perlu sebut hadith dan ayat Quran bagai tapi sangat berkesan. Makcik saya hidup bahagia hingga akhir hayatnya dengan suaminya yang dia tak suka tu. Wallahualam.

Saturday, 17 September 2011

Tahun ni saya semacam dah pencen jadi orang KL. Satu open house pun saya belum ada kesempatan nak pergi. Sibuk apa tah. Biasa la kalau kat KL ni selagi ada Syawal selagi tu la ada open house. Biasanya kalau gi open house saya akan cari laksa Johor. Entah kenapa saya memang suka makan laksa Johor. Mula kenal laksa ni masa saya kat UK lagi. Kawan saya orang Johor memang expert masak laksa ni. First time makan saya terus jatuh cinta. Lepas tu kalau ada peluang saya mesti cari laksa Johor. Nama je laksa tapi guna spagheti. Kuahnya pekat macam laksa Kelantan, berempah macam laksa Sarawak, masam pedas macam laksa Penang. Pendek kata memang terbaek lah.
Kawan2 Johor saya pulak tak lokek nak masak laksa ni. Dah banyak kali dah mereka terutama Cikgu Masitah buat laksa ni. Saya memang tukang makan je.
Semalam tetiba pulak rasa nak buat sendiri. Kebetulan puteri sulung saya balik, so semangat sikit nak memasak. Alhamdulillah berkat resepi cikgu Masitah dan daun selasih (anak benih pun pemberian dia juga) saya sekeluarga selamat menghabiskan seperiuk kuah laksa. Tak ada buat open house pun.
"Hmm.... sedapnya umi masak.." Iman ngan Nina asyik ulang tambah. Nak ambik hati la tu. Teringat kat Dayah. Kalau dia ada mesti tak cukup seperiuk tu.


Friday, 16 September 2011

Saya tidak pernah berpeluang mengiringi anak ke dewan peperiksaan UPSR. Itu semua kerja hubby saya. Hubby dengan semangat seorang ayah telah berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak akan melepaskan peluang menghadapi detik bersejerah itu untuk setiap buah hatinya. Sungguh, sejak anak sulung hingga yang ke 4 ini, hubby akan memastikan dia lah yang bertanggungjawab menghantar anak2 ke dewan peperiksaan UPSR. Katanya itu adalah detik bersejarah seorang anak mula melakar sejarah untuk masa depan mereka. Jadi hubby tidak akan pernah melepaskan peluang untuk sama2 merasai detik cemas dan gentar itu....
Alhamdulillah tahun ini saya juga berpeluang berkongsi detik keramat itu. Masyallah, memang menakjubkan. Ramainya jumlah ibubapa yang mengiringi anak2 mereka. Sama ramai dengan jumlah anak2.
Perkarangan SRI al-Amin KL
Ada ibubapa yang bercuti seminggu semata2 nak bersama anak2 masa musim peperiksaan ni. Ada yang terus berkampung di sekolah setiap hari menunggu anak2 habis paper. Ada juga ibu2 yang terus duduk di sejadah, solat sunat, baca Qur'an dan berdoa sementara menunggu anak2 menjawab soalan didewan peperiksaan. Selagi anak tak keluar dewan selagi tu lah ibu2 ini tidak henti2 berdoa. Alasannya? " Selama ni akak sibuk, suami pun sibuk, tak sempat nak tengok dia orang belajar. Masa ni la nak bagi tumpuan pada mereka...." Aah, pernahkah anak2 ini tahu suara hati seorang ibu?
Ya, saya memang tidak pernah mengiringi anak2 ke dewan peperiksaan sebelum ini. Tapi doa saya sentiasa mengiringi mereka ke mana saja mereka pergi, saya wujud bersama mereka ketika belajar, membantu mereka dalam persediaan menghadapi detik bersejarah itu...
Alhamdulillah, 4 orang anak saya telah mencipta detik bersejarah masing2. Mudah2an dengan detik yang pertama itu akan menyusul detik2 lain yang lebih keramat...
Kepada semua anak2 al-Amin yang telah menghadapi peperiksaan UPSR semalam, saya doakan mereka berjaya sesuai dengan usaha mereka. Semoga dengan kejayaan itu bakal menghasilkan generasi yang dapat menegakkan Islam di bumi Allah ini.... Wallahualam.

Monday, 5 September 2011

"Asu tak balik raya ke?"
"Tak kot. Anak2 nak pereksa besar. Tiga orang sekali. UPSR, PMR dan SPM"
"Oooh... ok selamat hari raya"

Ya, Alhamdulillah setakat ni raya saya memang sentiasa selamat. Tahun ni saya tak tak balik raya konon sebab anak2 nak pereksa. Mula2 macam ' What? Raya kat KL? Macam tak ada life je.' Tapi hubby dah susun iternery raya starting malam raya lagi.

Mood raya saya pulak tak datang2 until last minute. Orang lain siap tempah baju raya sebelum Ramadhan lagi. Sebelum puasa sample kuih raya dah melambak2 kat bilik guru pun saya buat tak kisah. Saya cuma order tat blueberry, itu pun satu balang je. *Satu balang? Ein sorang dah habis separuh*.

Dua hari sebelum raya baru lah decide warna tema baju raya. Masa tu la baru nak bersesak2 kat Wisma Yakin cari baju Melayu, berserabut kat Jalan TAR cari baju baju ngan tudung. Kasut pakai yang dah ada je. Dah malas nak pening kepala dengan ramainya manusia.

Selepas solat raya kat Masjid Wilayah, bersesak pulak kat Istana Negara. Pertama kali jejak kaki kat Istana Negara. Mulanya nak bersalam dengan SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong tapi melihatkan lautan manusia yang beratur, cancel je lah. Dapat tengok secara live pun jadi lah. Yang penting dapat beraya di Istana Negara.

Well, raya kat KL was not that bad after all.

A jouney to Trial SPM

Saga-Unser-LRT-KLIA Transit-Bus ekspres-Air Asia-Teksi. Mak ai, macam nak keliling dunia. Nak balik KB je pun. Tapi sebab saya ni prihatin, tak sampai hati nak biarkan Dayah mengharungi perjalanan macam tu. Last2 pi naik saga straight to airport.

Sempat lagi buat reunion sebelum berangkat. Saja je nak ganggu kelas PUI Physics orang. (Sori Cikgu Azizan)

All the best kepada semua murid2 saya yang tersayang.... May they strive hard for their own good.

Friday, 2 September 2011

Saya masih terkilan

Chik Nah ialah kakak bongsu hubby satu ibu berlainan ayah. Mengikut kata suaminya beliau dah mengadu sakit perut sebelum Ramadhan lagi tapi bertahan sebab takut nak pi hospital. Setelah lama dipujuk akhirnya beliau setuju. Terus masuk wad, terus bedah, terus tak sedarkan diri.

Ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran saya.

1) Chik Nah mengadu sangat sakit perut pada 2 hari sebelum raya. Terus gi hospital, warded and operate the next day. Doktor kata ada ketumbuhan pada usus kiri, pastu depa TERJUMPA 'something' ie. doktor pun tak tau apa benda kat usus sebelah kanan pulak. Tapi doktor kena stop kan operation tu sebab tekanan darah arwah drop tetiba. Plan nak sambung operation esoknya tapi tak dapat sebab arwah tak sedarkan diri. Koma. Masuk ICU.
(Boleh ke doktor diagnos colon canser and terus buat open surgery without proper test?)

2)Saya pi ziarah arwah sehari selepas operation. Saya seludup masuk ICU nak tengok keadaan dia. Ramainya patient terbaring kat ICU tu. Mengerikan. Dah la tak ada doktor. Yang ada hanya 2 orang nurse tapi depa macam pelik je tengok saya. Saya cuba kejutkan dia tapi tak ada respon. Mengikut pembacaan saya, patient dah boleh bangun within 8 to 48 hours after surgery. Tapi Chik Nah masih tak sedar2 even after 48 hours.

3) Denyutan jantung sangat tinggi (161) tapi tekanan darah sangat rendah (82/59). Orang kata benda ni normal after surgery. Tapi tak kan la nak biar je...sebab ia normal.

4)On the 3rd day dia masih tak sedarkan diri. ( Macamana nak buat supaya patient sedar?) Tiba2 denyutan jantung dan blood pressure drop drastically but evenly until zero. Orang yang ada kat death bed dia tengok dan reda je...within half an hour arwah pergi dengan tenang. Innalillahi wa innailaihiraji'un.

Alhamdulillah kami sekeluarga berpeluang mengiringi jenazah dari bilik mayat hingga ke liang lahad. Satu pengalaman yang amat berguna terutama untuk anak2 bujang saya. Mudah2an roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah disampaing orang2 yang benar. Wallahualam.


Tuesday, 30 August 2011

Apo nak di kata.


Haha.. tak pasal2 batang paip sinki dapur saya jatuh tergolek di pagi raya. Apo nak dikata. Semua plumber cuti raya. Terpaksa la saya apply survival course angkut air nak masak and basuh pinggan mangkuk periuk belanga yang bertambun tuh. Nasib baik juga ada anak2 dara saya balik cuti raya. Boleh jugak ajar depa jadi perempuan melayu terakhir cuci pinggan mangkuk sambil mencangkung..kesian, kesian.

Aidil Fitri

6 am. "Umi kenapa tak rasa macam nak raya?" Pandai pulak si Nina ni rasa raya tak raya.
"Pi la mandi dulu. Lepas solat subuh tolong umi isi kueh dalam bekas... "

Tahun ni memang kami tak balik beraya kat mana2. Dok KL je. Konon alasan sebab anak2 nak pereksa. Tahun ni tiga permata hati saya pereksa besar, UPSR, PMR dan SPM. Konon la depa tu nak study. Jenuh le saya ni dok sibuk membebel (sedar diri pulak) suruh depa terutama anak teruna saya yang perasan hensem tu study. Memang la dia kata dia study tapi macam tak memenuhi tahap piawaian saya je.

Sebenarnya saya sangat looking forward to hari raya tahun ni sebab first time excited menunggu anak2 balik raya. Dah macam menunggu anak cucu pulak. Ya, saya memang tak sabar2 nak jadi nenek. Nenek cun la. Bukan macam orang tua yang suka membebel kat anak cucu. Eh, ada ke nenek yang tak membebel? Minta simpang.

Seminggu sebelum raya Dayah asyik cakap homesick je, nak balik raya. Iman pun sama, macam la PJ tu nak kena naik hovercraft. Depa tak tau ke saya ni setiap pagi prepare sahur sorang2 pastu kejut suami dan anak2, dan dok teringat seronoknya dapat bersahur ramai2 macam masa depa kecik2 dulu...

Now that semua dah ada kat rumah, saya rasa raya tahun ni memang lain. Tak serabut dengan jalan jam, tak serabut nak shopping raya. Bulan Ramadhan pun telah saya lalui dengan tenang... Alhamdulillah. Terimakasih pada hubby yang banyak bersabar dengan kerenah serta banyak memenuhi hajat saya selama ini.

Mudah2an Nina dapat rasa suasana hari raya seadanya. Mungkin tidak se excited dan meriah macam saya kecik2 dulu. Terimakasih kepada ayah saya yang telah menyediakan suasana raya amat bermakna pada saya dulu....

Saturday, 30 July 2011

Penatnya nak pindah rumah

" Mah tahu tak kat mana nak cari org buat pagar murah2?"
"Entah la kak mas, rumoh sayo tu ada Pok cik tulong buat. Kebetule Pok cik tu tak dok kejo. Dia tak letok ghega pun, saja tulong2"
"Kalau saya nak upah dia boleh ke?"
"Tok sah lah kak mas, dio buat tok molek sangat. ada hok senget2"
Semenjak dua menjak ni itu la kerja saya, jadi house reno manager. Kalau tak tanya orang, saya akan survey kat dalam paper atau internet. Tapi rata2 tak akan rekemen kontraktor Melayu. Depa kata Melayu ni susah sikit. kalau Cina lagi profesional. India, tak ada sebut pulak. Ish..ish racist tu! Tapi bak kata hubby saya, kita cari yang specialised, pastu minta dia buat quotation. Tak kira lah melayu ke cina. Lepas tu baru decide nak yang mana. Yang penting cari yang specialised dalam kerja dia. Tapi hubby lebih suka tolong melayu, tak kisah la kalau depa harga tinggi sikit.
Alhamdulillah setakat ni semua perancangan berjalan lancar.

Sunday, 12 June 2011

Seronoknya mengandung...


"Umi, macamana nak buat bubur baby?"
Saya agak terkejut dengan pertanyaan Hidayah. Sejak bila pulak Cek Mek ni minat dengan hal baby2 ni.

Masa saya anak dara dulu selalu fikir seronok nak kahwin je. Tak ada la pulak nak fikir tentang tanggungjawab. Rasanya kalau semua orang fikir tentang besarnya tanggungjawab bila dah berumahtangga ni tak ada siapa yang nak kahwin....

Yang seronoknya masa mengandungkan anak sulung dulu banyak betul petua2 dan pantang larang yang saya terima. Yang tak masuk akal pun ada. Ada ke patut saya tak boleh makan kicap dan minum kopi takut anak jadi hitam. Padahal itu je yang saya selera nak makan sebab saya alahan. Alhamdulillah tak ada pulak budak tu jadi hitam. Iman la yang paling putih . (Haha Iman, sila kembang). Anak ke2 dan ke3 saya lahir kat UK, jadi tak tak sapa nak kacau. Masa anak ke4 dan ke5, ramai yang suruh minum susu soya supaya anak yang lahir nanti putih melepak. Saya minum la juga sebab nak ambik hati, tapi tak putih pun. Apa la... percaya benda2 karut-marut tu. Astaghfirullah.

Sebenarnya nak cerita tentang susu soya ni. Saya baru terbaca kisah negatif tentang susu soya ni. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mempunyai kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya ialah meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita serta berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak. Ia juga salah satu punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual (sexual development). Mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang kearah kelembutan. Agak kurang sesuai untuk lelaki la kot.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Memang pun ada orang syorkan makan kismis semasa mengandung akan menghasilkan anak2 yang cerah otaknya. Saya cuba juga buat yang ni tapi tak ada la beriya-iya takut terseleweng akidah pulak. Saya lebih suka membaca surah2 dari al-Quran yang Nabi SAW sarankan untuk dibaca oleh ibu2 mengandung. Antara surah2 tu adalah Surah Lukman, Yusof, Maryam disamping cuba khatam al- Quran sekurang2nya sekali sepanjang masa mengandung tu.
Apa2 pun sentiasalah berserah pada Allah atas segalanya....

Wallahualam.


Saturday, 11 June 2011

He's still there...


Before Nina was conceived I was pregnent. I never expected I'd be pregnent so soon after having Amin. I tried to sweep away the thought of having to burden myself with another baby when Amin was barely a year old. But within a month I miscarried the child. This destroyed me because whatever my circumstances I wanted that child. I wanted to have that baby and be sure that it would always know that it was loved.
I convinced myself that had the child survived he would have been a boy and I even gave him a name, Munzir! He'd be 10 now. I think about him all the time and although time heals I will never get over it. I blame myself for what happened... Astaghfirullah.

Wednesday, 8 June 2011

It's nothing, really...

A colleague (now married) commented a few days before her wedding day.
"Best la tengok Kak Mas, muda-muda lagi anak dah besar....independent pulak tu, tak menyusahkan suami". Wow! I was so flattered.

Yes I like doing things on my own. The house, the children, the job.... Iman is 19 now, which makes me feel old. Well, should I? I know 44 isn't exactly old. I know I look alright ( haha... with a bit of gravity and a few fine lines.....). People always assume I was married at a very young age when they meet my big girls or else they'd presume we are all sisters. (Iman, cepat jeles ngan umi. Haha ) Staying at UIA now, she'd come home almost every other weekend loaded with things that would mess the house. (Hehe sorry darling!) Hidayah is at MRSM PC, only coming home during school holidays. I hated it when my two big girls are away. And I feel bad about hating it. They are supposed to save me from loneliness. I was supposed to make it easier to let them go but I still hated it. We'd been such a unit, with the boys and little Nina. Nina is only 9 but she's a great company. She has the adult way about her. Sometimes I worry that she's lonely without her lovely sisters. The boys are sometimes a nuisance, but now that the big girls are away me and Nina now share a lot of stories.

I love being a mother, always did. I'm very good at it, too, I think. My children, I made sure they really be themselves, showing their true colours, when they are at home. I give all the freedom for them to exercise their right as children in the boundry of our home. I work hard to make a good home for them. I work all day at school and all evening at home, cooking, washing and ironing and tidying, listening to their stories and seeing to their homework, . And I'll always love them for what they are. I'd forgive every mistake they made because they always have their way of making me proud of them.

I have a job. I love that too. It's never going to make me rich though, but I wake up every morning and wanting to go to work. Teaching is always my passion. And I learn a lot through teaching.

Thank you Allah for granting me a good husband without whom I never be who I am. Thank you hubby for giving me all the freedom and support to run your kingdom with my own rules. (Your house, my home.. or rather our home.) May we be such a great partner in life and the hereafter.


Wednesday, 1 June 2011

Saya benci beli durian

Saya bukanlah hantu durian dan saya memang tak pandai pasal durian. Walaupun berasal dari kampung yang mewah dengan pokok2 buah kayu tapi saya memang tidak pernah taksub pasal durian. Yang paling saya suka buah ciku dan manggis.
Pokok ciku memang elok je hidup subur kat sebelah rumah saya dulu. Pantang berbuah, sayalah tukang menggumpulnya. Saya memang suka panjat pokok ciku tu. Buah ciku memang manja. Kalau nak makan buahnya kena berlemah lembut. Samada kita panjat dan petik tu buah sebiji2 dan masukkan dalam bekas ataupun pakai pengait/galah khas. Tak boleh main campak2 ke tanah je. Nanti bentan, buah jadi keras tak masak2. Pengait/galah khas pulak dibuat dari buluh, dibelah kecil2 dihujungnya dan dibentuk macam mangkuk. Nampak macam obor atau jamung. Bila kait buah tu akan masuk dalam mangkuk tu, jadi tak la berterabur kat tanah.
Kalau buah manggis senang je. Saya dan kawan2 akan berkumpul ramai2, lepas tu pakat goyang pokok manggis tu berganti2. Buah manggis yang dah matang akan gugur kesan goyangan tu. Lepas tu kami akan berebut2 kutip buah yang dah berterabur tu. Sapa yang cepat akan dapat buah manggis yang masak ranum. Biasanya saya la yang dapat buah paling baik sebab saya memang hantu manggis. Tapi saya tak bolot sorang2, orang baik hati kan selalu mendahulukan kawan.
(Gambar sekadar hiasan)
Ini bukanlah durian yang saya beli. Tak pernah nye dapat durian secanggih ni..

Kenapa saya beli buah durian? Biasa la kalau dok kat KL ni semua benda nak kena beli. Masalahnya saya asyik kena tipu je bila beli buah durian ni. Samada dapat buah yang masam, berulat atau terus buruk, hancus terus tak boleh makan. Memang sakit hati. Terkini, elok2 saya pilih konon yang elok, tetiba masa nak bayar dia tukar yang dah pecah. Saya tak perasan sangat sebab sibuk ambik duit. Anak bujang saya yang prihatin. Mahal maut pulak tu. RM15 sekilo untuk durian kawin berkulit. Saya rasa harga kulit dan biji je dah cecah RM20 sebiji. Tak patut betul. Tapi sebab anak2 nak makan beli la juga. Kalau memang betul la penjual tu niat nak menipu memang tak berkat lah perniagaan dia, rezeki untuk keluarga dia pun tak halal.
Tapi disebabkan saya tidak taksub dengan durian ni, redha je la apa yang dapat. Saya pun tak boleh sangat makan durian ni. Panas, pening rasa macam nak demam je.
Apa2 pun esok nak kena cari durian lagi sebab hubby dan anak2 nak makan pengat dan pulut durian pulak. Mudah2an Allah mudahkan semua urusan saya sepanjang cuti sekolah ni....

Tuesday, 17 May 2011

Selamat Hari Guru

Seingat saya, saya tak pernah menyambut hari guru semasa bersekolah dulu. Samada saya tak kisah tentang hari guru ataupun guru2 saya tidak kisah tentang sambutan hari guru. Sampai sekarang pun saya tak ingat bila bermulanya sambutan hari guru ni secara nasional. Ish..ish.. teruknya saya. Tapi sejak saya bergelar guru ni, sekolah saya menyambut hari guru saban tahun. Untuk tahun ni pihak PIBG dah buat sambutan pada hari Jumaat 13 Mei, tiga hari awal dari yang sepatutnya. Malangnya saya tak dapat nak enjoy sangat sebab terpaksa balik awal. Yang penting saya sempat makan cheesecake yang sedap tu. Terimakasih PIBG sebab sponsor macam2 juadah yang tak sempat saya jamah tu. Insya Allah tahun depan ada rezeki lagi.

Cheesecake yang sangat yummy..

Menurut cikgu Wasitah, sambutan hari guru ni bermula pada tahun 1974. Masa tu beliau masih di tingkatan 4, girls school. Depa buat sambutan yang sangat meriah untuk guru2 mereka. Saya pula baru masuk darjah 1. Sekolah pulak kat ulu kampung. Memang sah2 tak peduli langsung tentang hal ni.
Yang saya ingat setiap tahun bila tiba musim buah, sekolah saya akan buat jamuan besar2an sebab kampung saya tu sangat mewah dengan pokok2 buah. Ibubapa pula sangat murah hati mengangkut berbakul2 buah dengan motor atau berbasikal ke sekolah. Cikgu2 pulak pakat turun padang mengopek durian yang bertambun2 tu. Belum kira buah rambutan, manggis, langsat dan lain2. Kami budak2 ni pakat makan je.
Sebenarnya sifat murah hati ibubapa adalah sepanjang zaman. Ibubapa kat sekolah saya sekarang ni pun masih tebal dengan sifat2 ni. Bila tiba hari guru, memang banyak hadiah2 yang disediakan oleh mereka.
Apa2 pun sebagai guru saya amat menghargai apa saja sokongan yang diberi oleh ibubapa dalam mendidik anak2 mereka. Terima hadiah dari ibubapa atau murid memang sangat seronok tapi lebih seronok kalau saya dapat kongsi kebanggaan apabila mereka berjaya nanti. Bukan setakat kejayaan di dunia tapi yang lebih penting kejayaan di akhirat nanti. Wallahu'alam.



Tuesday, 15 March 2011

selamat kembali..

Mak ai.. lamanya tidak berblog. Dah kering idea, tak sempat masa, itu lah alasan biasa saya bila anak2 tanya kenapa umi tak update blog. Dulu, sibuk nak buat blog konon nak melakar rasa hati bila tengah tension. Dah masuk 4 bulan tak update blog ni maknanya tak stress lah ye! Hmm.
Cuti sekolah ni memang berhajat nak polish balik bakat menulis yang dah sangat berkarat tuh. Mudah2an Allah beri kelapangan masa dan curahan idea. Nak pi masak dinner dulu. Hubby ada kelas malam so sempat la nak mencatat lepas ni.

Wajah kita amanah kita.....

Kata orang kalau nak cantik mesti rajin. Pada saya cantik itu subjektif. Bak kata pujangga... "Beauty is on the eye of the beholder......