Friday, 27 August 2010

Kenapakah nila itu harus menitik..??


Semalam saya dikejut dengan berita kecurian (lagi?) dalam kawasan sekolah. Kalau sebelum ini hanya kecurian kecil-kecilan melibatkan barang2 murid, sejak akhir2 ini melibatkan kehilangan barang2 guru pulak. Baru saja berlaku kecurian laptop guru, tak sampai sebulan handphone dan dompet guru pulak dicuri. Kejadian berlaku dalam bilik guru, dibulan Ramadhan yang mulia semasa semua murid sepatutnya menghadiri kelas tadarus di surau sekolah. Yang paling menyedihkan kecurian itu dilakukan oleh murid yang terdidik di al amin sejak dari darjah 1 lagi. Subhanallah.

'Tak sangka betul budak al-Amin boleh buat keja tu. Tu yang sekolah al-Amin sejak dari darjah 1 tu...' komen sorang guru yang dah lama mengajar di sekolah tu.

Memang kalau difikirkan tidak selayaknya budak al-Amin mencuri. Mencuri adalah dosa besar yang telah ditetapkan hukumnya dalam al-Quran. Hukum hudud. Sabit kesalahan boleh dipotong tangannya. Dah la curi barang guru. Duit dalam dompet diambil, dompet tu di sumbat dalam lubang tandas pulak. Simcard hp dipatahkan lepas tu handphone tu nak dijual. Isunya bukan soal barang apa yang dicuri tapi kesalahan mencuri itu sendiri.

Apakah ini ujian Allah terhadap sekolah yang banyak bercakap tentang Islam seterusnya terpaksa melakukan seperti apa yang dicakapkannya???

Takutnya mengingati firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu lakukan”. Surah as-Sof: 2-3.

Teringat semasa sekolah dulu. Kalau berlaku apa-apa kes besar seperti ini, 'guilty and proven guilty' semua aktiviti sekolah akan diberhentikan serta-merta. Semua murid akan diarahkan berkumpul didewan. Guru besar akan membuat pengumuman dan murid yang bersalah itu akan dihukum (biasanya public canning) untuk memberi pengajaran kepada murid lain. Pastu kena buang sekolah.

Wallahu'alam.

Tuesday, 17 August 2010

Wajah ayah

Semalam saya berpeluang menjaga kelas untuk peperiksaan percubaan PMR subjek Bahasa Melayu kertas 1. Antara soalan yang dikemukakan ialah menjawap pemahaman sajak.

Sajak: Mata Ayah

Kujabat mesra tangan ayah

urat-urat daging-daging tua keras terasa

mataku tersenyum, matanya menyapa

anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku

kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi

garis-garis putih lesu melindungi hitam-suram

suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah

akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri

bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang

memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah

merasakan kepedihan yang tercermin di mata

meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk

dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

Usman Awang

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa Tg.2)


Entah kenapa saya agak tersentuh bila membaca sajak tersebut. Sebelum ini saya memang buta sajak. Selalu je tak faham apa yang cuba disampaikan oleh penyajak. Tapi yang ini memang lain. tetiba je rasa macam paham bait2 yang tersirat. Agaknya sebab saya dah boring sangat.. maklumlah jaga periksa mana ada yang best. Tambah pulak dibulan puasa ni. Jadi terpaksalah mencipta suasana supaya tidak mengantuk.

Tenggelamnya Sebuah Memori

Dah banyak kali saya dok merenung-renung akan nasib kolam ni. Masa memula buat 4 tahun lepas bersemangat nak bela ikan bagai. Masa tu seman...