Thursday, 6 November 2014

Tangki Air Bocor pulak....

Diam tak diam dah lebih tiga tahun saya pindah ke rumah ni. Dalam masa tiga tahun tu dah masuk empat kali saya panggil plumber untuk repair masalah tangki air. Biasanya kalau setakat rosak sikit-sikit saya DIY je. Ni sebab nak kena panjat bumbung yang tinggi tu rasa gayat pulak. Lagipun huduh pulak rasanya dah tua-tua ni nak memanjat ceiling. Jatuh kang menyesal.

First time masuk rumah ni tahan 2 bulan je. Lepas tu tetiba air tak naik ke tangki. Puas saya dok mencari puncanya. Last-last terpaksa panggil plumber. Katanya sebab masalah pelampung stuck. Plumber tu cakap pelampung air tu dah lama sangat so kena tukar yang baru. Kos RM180. Seingat saya 10 tahun kat Selayang tak pernah pulak ada masalah pelampung stuck macam tu. Cuma sekali je bila air tak naik ke tangki saya panggil plumber untuk buat bypass. Air terus masuk ke tangki tanpa lalu bawah tanah.

Tak lama lepas tukar pelampung tu  asyik bocor pulak. Air asyik menitik dari ceiling bilik air. Panggil plumber lain pulak. Plumber tu kata overflow. Cemana tah plumber sebelum tu pasang pelampung. Sekejap je dah rosak. So kena la ganti yang baru lagi. Siap buat bypass bagai sebab anak-anak asyik komplen air shower bilik depa slow sangat. Kena pulak RM 480.

Tak sampai 6 bulan bocor lagi. Panggil plumber lagi. Masih masalah sama. Plumber kata over flow sebab masalah pelampung. So kena ganti lagi. Kena pulak RM250. Saya pun pelik. Apahal asyik masalah pelampung. Tak kan la baru ganti dah rosak. Biasanya pelampung kan tahan lama.  Apa hal para plumbers ni??? Mentang-mentang la kita tak nampak apa dia buat kat atas bumbung tu. Adoyai.! Ada sindiket penipuankah selama ini???

Kali ni bocor lagi. Dah kali ke 4 dah ni. Kena panggil plumber lagi. Adusss..Saya dah cuak nak cari plumber. Sebelum ni saya main call je nombor yang depa letak kat tiang-tiang lampu. Ada juga yang masukkan business card dalam letter box. Tapi kali ni saya ambik nombor kat kedai hardware. Minta tokeh kedai hardware tu rekomen plumber yang boleh dipercayai.

"Overflow kak.. Pelampung rosak." Dah boleh agak dah skrip dia. Depa semua ni macam dah berpakat pulak.

"Umi percaya ke kat plumber ni..." Nina berbisik. Sian, dia pulak naik risau.

"Tawakal je lah.... Benda kita tak nampak. Nak buat sendiri pun tak dok kedeghat..."
Alhamdulillah plumber yang ni siap ambik gambar. Lepas tu cerita apa yang rosak. Rekomen apa yang patut buat. Pastu baru setuju harga.  
Kalau tengokkan pelampung kat atas tu macam tak pernah berganti. Dia pun pelik bila saya kata dah ganti 3 kali. Hmm...entah lah. So depa ganti yang baru, made in Itali. Entah ye entah tidak! Tapi saya memilih untuk bersangka baik. Harap-harap plumber yang ni tidak mengamalkan unsur-unsur negatif dalam kerja-kerja mereka.

Rupa-rupanya bukan setakat pelampung je yang rosak banyak pulak kerosakan lain kat atas bumbung tuh.
Batang paip yang dah penuh karat sampai terkeluar kat join dia sebab tu air shower slow sebelum ni.
Sebelum ni dah buat bypass terus ke shower bilik anak bujangku. Depa tak puas mandi sebab shower slow sangat. Tapi plumber sebelum ni main bakar je kat join tu. Patutnya ada cara lain yang betul. Dah mula bocor pulak tu. Sangat bahaya sebab dekat dengan wayar elektrik. So kena ganti yang baru juga.
Paip besi yang berkarat. Ganti dengan PVC.

So sebelum buat kerja depa tutup main pipe. Lepas tu buang semua air yang ada dalam tangki. Maknanya kena simpan air dalam tong dulu. Buat bekalan. Takut-takut nak terbuang air besar ke apa ke masa depa dok proses paip-paip yang berkarat tu. Sebab nak tunggu depa siap kerja tu bajet dalam sejam dua juga.

Total kos RM550. Alhamdulillah rasa berbaloi sebab banyak benda yang depa buat berbanding plumbers sebelum ni. Tapi nak cari yang boleh diharap agak sukar sebenarnya. Sabar dengan ujian. Usaha, doa dan tawakkal.


P.S  Yang lebih penting poket jangan bocor.....

Paip bocor rupanya...

Hari ni seharian menunggu plumber buat kerja-kerja paip air. Patutnya ada mesyuarat pengurusan kat sekolah. Alhamdulillah atas budi bicara Puan Pengetua saya dikecualikan hadir. Sejak dua menjak ni asyik berlaku kebocoran aje. Daripada tangki air, bumbung dapur membawa hingga ke paip air bawah tanah pulak. Lagi pulak sekarang ni musim hujan lagi meruncing lah masalah kebocoran tu. Paling teruk kat area sinki dapur. Setiap kali hujan memang memasak dalam shower la jawabnya. 

So pepagi hari lagi plumber dah datang. Mula-mula dia siapkan kerja repair bumbung dapur dulu. Maklum la sekarang musim hujan tak kira masa. So kebetulan cuaca elok pagi tu terus depa buat kerja-kerja bumbung dulu.
Sebulan dua ni juga bil air dah macam melampau-lampau. Mulanya tak ada syak apa-apa. Tapi bila tengokkan tompokan rumput kat bawah pokok ni subur semacam je rasa pelik pulak. Rumput kat kawasan lain dah macam hidup segan mati tak mahu. Yang area tu kemain subur mengalahkan padang ragut. Dekat laluan paip pulak tu. So saya suspek mesti ada kaitan dengan paip bocor.  So saya minta plumber tengokkan. Mula dia kata nak terus buat bypass dari main pipe terus ke tangki. Alahai.... saya dah boleh bayangkan. Buruk la nanti nampak paip hitam tu melingkar-lingkar kat dinding. Tapi sebab saya dah konfemkan spot yang sepatutnya dia gali so dia akur je lah. Sah sah ada kebocoran di situ. Dah macam punca mata air dah pulak. sekejap je air dah berkumpul jadi telaga.
So depa korek sepanjang laluan paip tu untuk pastikan apa masalah sebenarnya. Rupanya batang paip tu ada macam 'luka-luka calar'. Mungkin terkena cangkul masa orang korek tanah nak buat kolam ikan hari tu. Orang tu dah balut luka calar tu dengan getah tapi macam dah tanggal. Kena pastikan bahagian luka tu tidak merebak. Terpaksa tutup main pipe. Dalam dua jam juga nak tunggu air surut dan kering. Lepas tu baru boleh pastikan panjang mana batang paip tu nak kena ganti.
Depa potong bahagian paip yang bocor tu. Pastu buat sambungan baru. Kos untuk repair batang paip ni saja kena RM400. Belum tambah kos repair bumbung dan tangki air lagi. Hmm...Saya tak tahu lah harga tu mahal ke murah ke ataupun berpatutan. Kalau kena tipu pun pasrah je lah. Yang penting bil air tidak lagi melambung selepas ini. 

Lepas dah siap semua kerja-kerja luaran baru la sambung kerja-kerja tangki air pulak.....

P.S Harap-harap tiada lagi masalah kebocoran selepas ini.

Tenggelamnya Sebuah Memori

Dah banyak kali saya dok merenung-renung akan nasib kolam ni. Masa memula buat 4 tahun lepas bersemangat nak bela ikan bagai. Masa tu seman...