Thursday 6 November 2014

Paip bocor rupanya...

Hari ni seharian menunggu plumber buat kerja-kerja paip air. Patutnya ada mesyuarat pengurusan kat sekolah. Alhamdulillah atas budi bicara Puan Pengetua saya dikecualikan hadir. Sejak dua menjak ni asyik berlaku kebocoran aje. Daripada tangki air, bumbung dapur membawa hingga ke paip air bawah tanah pulak. Lagi pulak sekarang ni musim hujan lagi meruncing lah masalah kebocoran tu. Paling teruk kat area sinki dapur. Setiap kali hujan memang memasak dalam shower la jawabnya. 

So pepagi hari lagi plumber dah datang. Mula-mula dia siapkan kerja repair bumbung dapur dulu. Maklum la sekarang musim hujan tak kira masa. So kebetulan cuaca elok pagi tu terus depa buat kerja-kerja bumbung dulu.
Sebulan dua ni juga bil air dah macam melampau-lampau. Mulanya tak ada syak apa-apa. Tapi bila tengokkan tompokan rumput kat bawah pokok ni subur semacam je rasa pelik pulak. Rumput kat kawasan lain dah macam hidup segan mati tak mahu. Yang area tu kemain subur mengalahkan padang ragut. Dekat laluan paip pulak tu. So saya suspek mesti ada kaitan dengan paip bocor.  So saya minta plumber tengokkan. Mula dia kata nak terus buat bypass dari main pipe terus ke tangki. Alahai.... saya dah boleh bayangkan. Buruk la nanti nampak paip hitam tu melingkar-lingkar kat dinding. Tapi sebab saya dah konfemkan spot yang sepatutnya dia gali so dia akur je lah. Sah sah ada kebocoran di situ. Dah macam punca mata air dah pulak. sekejap je air dah berkumpul jadi telaga.
So depa korek sepanjang laluan paip tu untuk pastikan apa masalah sebenarnya. Rupanya batang paip tu ada macam 'luka-luka calar'. Mungkin terkena cangkul masa orang korek tanah nak buat kolam ikan hari tu. Orang tu dah balut luka calar tu dengan getah tapi macam dah tanggal. Kena pastikan bahagian luka tu tidak merebak. Terpaksa tutup main pipe. Dalam dua jam juga nak tunggu air surut dan kering. Lepas tu baru boleh pastikan panjang mana batang paip tu nak kena ganti.
Depa potong bahagian paip yang bocor tu. Pastu buat sambungan baru. Kos untuk repair batang paip ni saja kena RM400. Belum tambah kos repair bumbung dan tangki air lagi. Hmm...Saya tak tahu lah harga tu mahal ke murah ke ataupun berpatutan. Kalau kena tipu pun pasrah je lah. Yang penting bil air tidak lagi melambung selepas ini. 

Lepas dah siap semua kerja-kerja luaran baru la sambung kerja-kerja tangki air pulak.....

P.S Harap-harap tiada lagi masalah kebocoran selepas ini.

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...