Pagi tadi saya berkira-kira samada hendak memenuhi undangan kenduri kahwin atau tidak. So pepagi lagi saya dah masak nasi lemak buat sarapan. Saya buat sambal tumis ikan bilis yang dibeli di KK, Sabah tempoh hari. Apa-apa pun kita isi perut dulu.
![]() |
| Sambal bilis in the house. |
By pukul 11:00 pagi hubby ajak bersiap kerana undangan kenalan haruslah dipenuhi. Lagipun tuan rumah pernah menjadi guru anak-anak saya semasa di sekolah rendah dahulu. Dan anak bongsu saya pernah menjadi rakan karib anaknya semasa di tadika back days.
![]() |
| Posing satu sebelum turun dari rumah. |
Kami keluar rumah dalam pukul 11:30 pagi dan tiba di tempat kenduri dalam pukul 12:15 tengahari. Depa buat kenduri di Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2. Semasa kami tiba, dewan kenduri masih tenang so kami dapat tempat duduk yang agak selesa.
![]() |
| Dengan tuan rumah (di tengah) sebagai bukti hadir. Ambik gambar laju-laju sebab takut mengganggu tetamu yang datang. |
Kami tidak berlama-lama kerana hubby dah plan untuk mengopi di Melawati Mall sambil jenjalan santai cari baju jogging dan beli buah sebelum pulang ke rumah.
![]() |
| Spanish latte & Pistachio Cake for makcik...hubby belanja dessert lepas makan nasi kenduri. Nampaknya selepas ini makin membulatlah diriku ini. |
![]() |
| Doorgifts.... terimakasih tuan rumah. |
Terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan. Semoga pengantin berbahagia hingga keakhirnya. Aamiin.🌹
Sekian.😊





No comments:
Post a Comment