Tuesday, 26 February 2013

Larian rakyat

Minggu depan sekolah saya akan mengadakan acara merentas desa sempena sukan sekolah. So sekarang ni nak ambik mood untuk berlari (Ehem..) Keinginan tu ada cuma tenaga je tak tau ada ke tidak. Dalam usia begini rasanya macam dah tak larat dah nak berlari macam dolu-dolu. Huh..saja je cari alasan nak salahkan usia. Nenek saya dulu steady je boleh berjalan kaki berbatu-batu dalam usia 85 tahun. 
Selalu juga Mr Hubby ajak saya berjogging keliling taman. Hubby memang runner. Saya je malas nak berpeluh2 cam tu. Saya lebih suka mengerjakan laman rumput saya. Anak bujang saya yang dua orang tu rajin juga menemani ayah mereka pi berjogging.
Kebetulan pada bulan Disember lepas Adun Ulu Kelang buat  larian rakyat. Semangatlah 3 Abdul tu mengajak saya join sekali. Mentang2 la depa tu kuat bersukan...
Kategori Terbuka Lelaki
Patutnya semua peserta pakai T-shirt hijau. Tapi ada yang tak dapat sebab ramai sangat peserta.

"Umi wajib lari..." Hamboih...Nak cabar kita... Okay saya sahut cabaran. Ramai juga masyarakat sekitar Ukay Perdana ni yang join larian rakyat tu. Ada beberapa kategori. Kategori Terbuka, Remaja, Kanak2 dan Veteran. Anak2 saya pakat masuk semua kategori yang ada. Anak2 dara saya je tak join sebab depa dok asrama, masa tu tak cuti. Saya dan Mr Hubby masuk kategori veteran. Aduhai... dah veteran rupanya kami ini...
Maka berlari lah kami mengikut laluan yang dah ditetapkan. Fuh!..Fuh!...sesungguhnya! Saya memang sesuai dalam kategori ini. Penat. Penat. Bukannya berlari pun. Jogging pun tidak. Briskwalking je. Kesian Nina terpaksa ikut saya je. Teman umi takut pengsan tengah jalan. Patutnya Nina kategori kanak2 perempuan. 
Alhamdulillah sampai juga ke garisan penamat.
'Cepat puan!...lari,lari, ada nombor lagi' Semangat pak cik yang jaga garisan penamat tu bagi sokongan kat saya. Rupa-rupanya masih ada hadiah menanti saya.
"Tempat ke 7 dimenangi oleh...Puan Masniah."
Top 10 tuh. Tak tahulah berapa orang veteran wanita yang masuk. Entah2 ada 7 orang je.. Haha.
 Pemenang tempat 1,2 dan 3 dapat pingat dan hamper. Top 10 dapat hadiah saguhati dan hamper berisi air 100+, macam2 coklat, gula2, biskut, saputangan dan lain2 apa tah dah tak ingat. Alhamdulillah berkat mendengar kata suami. Aktiviti riadhah keluarga gitu. Kami cuma bayar yuran pendaftaran RM2 seorang. Setiap peserta dapat baju-T percuma, pisang 3 biji, nasi lemak sebungkus dan air sirap boleh refill berkali2.

Taman herba

Dah lama saya berhajat nak buat taman herba. Haha.. herba lah sangat. Saja nak glamor. Padahal saya cuma nak tanam pokok2 dan daun2 keperluan harian dapur je. Macam daun kari, pandan, serai, kunyit, lengkuas, pudina, daun limau purut dan lain2 tanaman Melayu. Bukannya pokok2 herba macam omputeh tu. Dah alang2 nak tanam rumput baru tak nak la gali lubang pulak bila nak tanam pokok2 'herba' saya tu. 
Cadang nak buat taman tu sepanjang tembok belakang dapur saya je.
Asalnya kat belakang ni macam2 pokok ada. Pokok pisang yang rimbun, pokok kelapa yang melambai2 ditiup angin..Sedih juga bila depa dah kena tebang.... 
Dah siap pun. Tinggal nak ubah pokok2 yang dah ada dari dalam pasu je.

Wednesday, 20 February 2013

Alahai lamanku....

Dah lama saya dok tension bab kemucut kat laman saya nih. Dah puas dah saya minta tolong Mr Google selesaikan masalah saya tapi masih tak nampak jalan. Saya pernah tanya Pak Cik Aji nursery kat tepi highway Gombak tu, tapi dia pun tak tau macamana nak basmi kemucut ni. Katanya mungkin kena pakai racun rumpai kot. Tapi manalah ada kudrat saya nak memikul tong racun tu pulak. Nak tak nak terpaksalah saya cabut dan gunting kemucut tu satu persatu. Bayangkan!! Pakai gunting rumput...Dengan keluasan tanah 20x80 kaki!!  Mampu? Redha je lah. Sekurang-kurang dapat pahala sabar. Dapat juga keluar peluh. Exercise tuh. Tak perlu susah payah nak pi jogging. Alhamdulillah di sebalik kesukaran ada hikmahnya.
"Kita pakai rumput karpet je semua...." Haha Mr Hubby dah belas kasihan tahap dewa dah.
Mulanya saya keberatan juga sebab merumput tu adalah rutin excercise saya. Tapi mulut tu pulak asyik membebel marahkan kemucut tu. Akhirnya pada hari Selasa 2 minggu lepas selamatlah riwayat hidup kemucut2 tu...
Ni asalnya ada rumput carpet. Jenis apa tah. Susah payah saya tanam sendiri, sekarang dah togel. Pokok2 lain tu saya simpan buat kenangan. Penat mengangkut dari nursery. Susah payah anak bujang saya korek lubang tanam pokok2 tu. Mudah2an besar nanti jadi tempat berteduh anak-cucu saya .....heheh jauhnya merancang.

Habis semua kemucut dah kena cabut. Boleh tahan penat juga tengok pak cik rumput tu cangkul tanah keras tu. Batu pun banyak. Besar2 pulak tu. Kalau saya mau demam sakit urat 40 hari.

Dah jadi padang jarak padang tekukur dah. Bila la nak dapat tengok rumput2 idaman saya ni...
Pak cik rumput tu janji nak siapkan kerja2 dalam masa 10 hari. Ni dah masuk 2 minggu bayang rumput pun tak nampak lagi.... Adoyai..

Wajah kita amanah kita.....

Kata orang kalau nak cantik mesti rajin. Pada saya cantik itu subjektif. Bak kata pujangga... "Beauty is on the eye of the beholder......