Friday, 25 December 2009

Tahniah, tahniah, tahniah

"The waiting is finally over..." Komen kebanyakan manusia yang ternanti2 result PMR semalam. Saya sendiri pun terpaksa mengawal fungsi jantung yang terpaksa mengepam darah lebih aktif sejak subuh hari.
Waiting for the result this year memang menyesakan nafas saya. With all the expectation about this batch, saya terpaksa berdoa lebih. Salah. Berdoa mana boleh terpaksa. Memang kena sentiasa berdoa. Alhamdulillah, keputusan subjek saya diluar jangkaan. Agak la. Ramai yang score A and it turned out to be among the best subjects. Tahniah tidak terhingga kepada anak2 murid saya yang telah bertungkus-lumus bersengkang mata study for the exams.
Dalam meraikan keyajaan ini saya harap anak2 murid saya tidak lupa kepada unsur2 yang telah membawa kejayaan kepada mereka. Peranan cikgu2 sekolah, guru2 tusyen, sokongan ibubapa dan kengkawan adalah unsur penting dalam kejayaan mereka. Tahniah juga kepada unsur2 ini yang telah memainkan peranan masing2 dengan jayanya. Tapi yang paling penting adalah redha Allah. Saya harap mereka tidak lupa bersyukur pada Allah dengan kurniaan ini.
Kepada yang kurang berjaya (mengikut piawaian masing2 ye!), jangan putus asa. PMR hanyalah sebuah ujian dunia. Masih banyak lagi peluang mencipta kejayaan selepas ini. Yang penting jangan mudah mengalah. There's a lot 'A's waiting for you along the road. All you have to do is choosing the best A for your life. Which A? It is up to you to decide....
Apa2 pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita semua. Mudah2an kejayaan anak murid saya hari ini menjadi titik tolak kepada kejayaan Islam selepas ini.....Amin.

Wednesday, 23 December 2009

Sharing is caring

It is nice to see children share things. Tapi dia orang ni ikut angin juga. Kalau tengah mood baik tu semua benda nak share. Baik sangat. Tapi kalau berperang macam tsunami.

Kat Giant, lepas jalan2.
Nak naikkan lelayang tapi angin kuat sangat. So makan aiskrim jelah..
Exercise konon.
Ni rutin mingguan kami. Kalau ada masa mesti gi jogging kat park. Konon nak maintain exercise everyweek. Tapi bila tiba angin malas, hubby terpaksa jogging sesorang. Saya lepak-lepak je sambil makan ice-cream tengok budak2 main. Makin montel ler jawabnya. Kadang2 siap berkelah lagi, makan keropok lekor and pisang goreng. Apa2 pun buat kerja kat rumah pun dah kira exercise kan. Penat juga tu..

Sunday, 20 December 2009

Oh Dear Teacher!

This is the story of Abdullah Omar, a kampung boy who started out with almost no proficiency in English, managed to achieve the highest band (Band 9) in the ELS examinations after just one year of study on the scholarship scheme provided, a certificate that pronounced him winner of the Tun Dr Mahathir UPM-ELS Scholarship award.

“Mathematics and English were my worst subjects. I was constantly failing both and I really didn’t like the teachers. Probably they didn’t like me very much either.”

“Anyway I think on the whole I wasn’t really interested in school. That’s why I dropped out after Year Six. I preferred to lie back and float in the river behind my house.”

“I started work in a restaurant. After all, I couldn’t qualify for anything else. I was washing dishes, serving customers, collecting bills. I was the all-in-one restaurant worker. That’s where I met Dr Jaya.”

Dr Jaya was swimming against the current. There were hours and hours of prodding, nudging and elbowing Abdullah who despite all that, played truant several times and even managed to get into trouble with the law.

“Once, he simply just ran away.”

Each time the boy wanted to quit, each time he found that it was too difficult, each time he fell, there were the hands of Dr Jaya to catch hold of him, fix him up and set him back on track.
And the professor did it with the tenacity and determination of a bloodhound, every step of the way.

It is sometimes hard for us to imagine this kind of interest shown in the education of another individual, on the part of someone who is of no blood relation, and in fact an entirely different faith and race.

It is not common, this perseverance, and the investment of so much time and effort in one student’s life, despite repeated failure and many disappointments.
But what is perhaps most compelling is that there was no guarantee, no assurance at all whether all that effort was going to be worth it in the end.

And yet, there must reside in the heart of this man the very elements that define excellence in a teacher the qualities that distinguish the outstanding educator from the mediocre.

This is a teacher who knows that the act of educating is not just about the making and learning of books, but about reaching people and taking them to a higher level. And that the act of educating is about investing part of your life into someone else’s, even if you are unsure about the returns.
It is about allowing people to dream their dreams. And sometimes, it is also about the placing of dreams in the minds of people. Especially in the minds of young people who float on rivers mindlessly. People like Abdullah.

This is what teaching is all about....teachers who believe that every child is teachable.

New template lagi

Pagi tadi baru tukar template baru ngan Iman, so simple sampai hubby kata tak menarik langsung. So malam2 buta ni dah tak boleh tidur memikirkan new design pulak. Nasib baiklah Hidayah pun tak boleh tidur juga, so sama2 lah kami meng 'edit' blog ni... in the end dah jadi blog baby girl lah pulak. Habis pink semua benda. It takes 1 hour, so now dah lepas masa tidur. Orang lain dah selamat belayar, Hidayah sambung baca novel, saya pulak semangat menulis.

Ish,ish. Tak patut betul. Kesian anakanda saya tu. Sejak cuti ni asyik sibuk je. Kalau tak sibuk berjalan kena tolong saya kat rumah. Now dah dapat kerja kontrak jual buku sekolah pulak dari hari Jumaat-Ahad. Lepas tu jadi AJK P-Eks, kena berkampung selama 4 hari di Shah Alam.. Tapi hari Rabu dah kena balik sebab result PMR keluar hari Khamis. Kena prepare minda untuk hadapi result nanti. Ooo.. nervous juga memikirkan result bebudak ni. Apa2 pun itu hanyalah sebahagian dari tarbiyah untuk menjadi dewasa.... Semoga yang terbaik menjadi milik kita bersama.

Saturday, 19 December 2009

Life is simple...

Lately ni saya dah tak suka benda2 yang serabut. Kalau boleh semua benda nak simplified. Yes I mean everything, unless kalau dah tak boleh nak buat apa2. That includes this blog template. Anakanda saya yang tolong buatkan sebenarnya..hehe.



Puteri sulong saya tu baru habis SPM. Since tak perlu study(for SPM) lagi banyak lah masa dia nak buat benda lain. Now sibuk study nak ambik lesen kereta lah pulak. Kursus KPP dah sudah dah, now dok prepare for ujian undang2 pulak. Ni dok bising menghafal undang2 jalan raya. Style SPM juga..sibuk menghafal jer. Habis pereksa semua lupa.
"Ayah, apa maksud KEJARA?" bising suara dia dok bertanya.
"Kejar anak dara...." Haha... hubby buat lawak. Padanlah dua beranak tu...
Apa2 pun hari Isnin nanti dia kena ujian kat Sri Gombak. Pandai2 la nak jawab. Lepas dapat lesen nanti pepandai ler cari duit nak beli kereta sendiri.

Oh!

Dah lebih 15 min dah mengadap skrin komputer ni. Nak menulis tapi idea ni tak nak keluar. Terkejut sebenarnya. Tak sangka. Tapi biarlah dulu. Nanti saya fikirkan what to do next. Apa2 pun saya mohon petunjuk Allah for the best course of action.

Friday, 18 December 2009

Selamat pengantin baru Angah.

Sejak cuti sekolah ni ramai benor orang buat kerja kahwin. Last Saturday we were in Penang for kenduri anak kakak saya. Patutnya nak pergi earlier sebab boleh makan angin sekali. Tapi hubby ada kelas dengan masters student on Sat morning. So lepas zohor baru la boleh bertolak. Nak stay longer pun tak boleh juga sebab Iman masih ada exam PSI (last paper for SPM) on Wednesday. So dapat stay satu malam je. Masa kenduri tu la dapat jumpa saudara mara yang dah bertahun tak jumpa. Yang tak pernah kenal sebelum ni pun ada. Maklumlah duduk jauh-jauh ni kalau tak ada hal memang tak bersua muka. Bagus juga ada kenduri-kendara macam ni, dapat juga menghubungkan silatulrahim.



Hmm.. dah besar panjang anak saudara saya yang sorang ni. Teringat lagi masa dia baby dulu. Kecik comel jer. Rasa macam tak percaya pulak sekarang dah jadi suami orang. Apa-apa pun Asu ucapkan selamat pengantin baru. Moga rumahtangga yang dibina ni akan dilimpahi rahmat bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu.

House hunting


Semenjak dua menjak ni sibuk benor mencari dan melihat rumah untuk dibeli. Sebenarnya dah lama hubby berhajat nak menyediakan tempat tinggal yg lebih selesa untuk keluarga. Padahal rumah yang dah ada sekarang ni pun dah cukup selesa. Tapi dah orang nak beli yang lain tak kan nak tolak pulak kan. Penat sebenarnya nak mencari yang sesuai dengan jiwa sebab saya selalu nak compare dengan rumah yang dah ada sekarang. Saya suka yang ada Malay community, easy access, banyak kemudahan, dekat surau dsb. Maklumlah kita kan nak tua kat situ. So nak lah yang boleh menyelesakan kita dihari tua nanti. Hish.. banyak pulak demand, mengada-ngada. Padahal saya bukannya mampu nak bayar pun. Semuanya hubby kena sponsor. Apa-apa pun mudah-mudahan semuanya dipermudahkan Allah.

Tuesday, 8 December 2009

What a day.. happy bday.

Tadi baru balik klinik utk buka clamp anak bujang saya yg 10 tahun tu. After a week bersunat dia dah nampak macam anak teruna dah. Huh..rasa macam dah tua la pulak.
Semalam agak sibuk. Pepagi lg dah settledkan rumahtangga. Lepas tu temankan hubby gi Gombak, pastu gi Melawati, then carikan baju sekolah baru untuk puteri saya nak pi exam MRSM kat KKB @ 2 pm. (Hubby yg hantar dia ke KKB). Saya kena hantar n ambik puteri sulung for PQS exam pulak. Petang tu buat surprise bday for hubby. Tak ada la special pun. Masak nasi pilau je. Beli kek n kerepek. Hajatnya nak dine out tapi sebab anak saya masih ada paper SPM (Chemistry) pagi esoknya, so kenalah postpone.
Apa2 pun for hubby, moga pertambahan usia makin mematang kita. Dah 40s yek. Hmm...

Thursday, 3 December 2009

Muslimah dan rumahtangga.

Ooo! takutnya tengok tajuk. Gempak jer tu. Sebenarnya itu tajuk penyampaian untuk usrah saya hari tu. Lama dah tak ingat bila. Kebetulan dah kena prepare utk usrah best jugak kalau boleh letak dalam blog, boleh kongsi pendapat dengan orang lain juga. Dah lama sebenarnya tak buat penyampaian mcm tu. Tu yang kena prepare beriya pastu gabra semacam je masa present tu. Tak patut betul..
Bila bercakap tentang rumahtangga, automatic org akan ingat tugas muslimah adalah sebagai isteri yg mesti taat pada suami. Betul ler tuh. Dan org akan quote Hadis Nabi SAW,
"Perempuan yang terbaik itu ialah apabila kau lihat menyenangkan, bila kau perintah dia mematuhi dan bila kau pergi, dirinya dan hartamu dijaga dengan baik"
(Riwayat Nasa'i dll)
Nampak simple tapi berat sebenarnya sbb penilaiannya more on suami. Suami yang nak tengok, suami yang nak perintah, dan nak kena jaga harta suami. Kalaupun kita dah rasa dah buat yang terbaik tapi suami masih tak puas hati... nasib badan ler. Sapa suruh gatal nak kahwin.
Tapi saya lebih tertarik dengan hadis dibawah ni.
"Semua kamu adalah pengembala(pemimpin) dan semua kamu dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalakan(dipimpin).......Wanita adalah pengembala(pemimpin) rumahtangga suaminya dan bertanggungjawab atas pengurusannya."
(Riwayat Bukhari)
Ni baru bagus. Wanita adalah pengurus rumahtangga suaminya. Kan glamour bunyinya tuh. Memang Nabi SAW dah bersabda lama dulu, wanita ni atau lebih tepat muslimah ni adalah pengurus rumahtangga. So kalau nak jadi pengurus mestilah ada kelulusan yang bersesuaian. Mesti educated tak kisahlah secara formal atau tidak. So pandangan org tua yg wanita ni tak perlu belajar tinggi, nanti masuk ceruk dapur juga tu salah, salah, salah! Wanita mesti educated, lepas tu dia nak masuk dapur ke tak nak masuk ke, itu masalah lain.
Pengurus mesti tahu macamana nak memastikan rumahtangganya bahagia. Kalau dia nak duduk rumah sepenuh masa, itu adalah hak dia. Tapi suami mesti mencukupkan segala keperluannya. Kalau nak berkarier diluar rumah pun tak jadi masalah asalkan dlm batasan syari'at. Apa yang penting dia mesti selesaikan urusan rumahtangga dulu.
Urusan rumahtangga ni bukanlah bermaksud dia kena buat semuanya dari bangun tidur kemas katil, buat breakfast, kemas dapur, kemas hall, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, basuh pinggan mangkuk, mandikan anak, suap anak makan, mop lantai dapur, basuh toilet, pi pasar, masak lunch, bagi family makan, kemas dapur lg, masak dinner, bagi family makan pastu kemas dapur lg, tengok homework anak2, etc. etc.etc a never ending chores........zzzzzz.
Itulah perlunya pengurus yg cekap. Kalau dia yg kena buat semua, seperti yg dihajati oleh kebanyakan lelaki melayu terakhir tu, dah masuk taraf hamba abdi ler pulak. Tu yang ramai lelaki dan segelintir muslimah tak faham. Muslimah kena bijak membahagi tugas. Suami mesti membantu atau sediakan pembantu. Pembantu ni tidak semestinya bibik. Beli jer barangan automatik. Atau cipta mesin yg bila masuk je kain baju busuk, bila keluar terus siap berlipat. Melampau la pulak. Ataupun dapur yg boleh masuk jer ikan/ayam terus siap jadi nasi biryani. Tapi kalau isteri sanggup buat sume tu walaupun sesama bekerja, suami sepatutnya berterima kasih dan bersyukur pada Allah yg telah mengurniakan isteri sebaik itu.... Tapi jgn harap ler nak nampak menyenangkan bila melihat si isteri tuh nanti. Mesti serabut serabai tak sempat nak menghias diri. Oh lupa pulak..beauty is on the eyes of the beholder...kalau dah sayang tu tak mandi seminggu pun bau wangi jer....pakai t-shirt buruk ngan kain batik pun nampak cam tuan puteri....
Hihi....apa-apa pun selamat mengkoreksi rumahtangga yg telah dibina. Kepada yg baru nak menggatal tu, bawa-bawa ler bersabar. Belajar dulu ilmu rumahtangga macamana nak jadi isteri solehah. Tapi yg lebih penting cik-cik abang tu mesti belajar jadi suami mithali. Tak boleh sebelah pihak jer...barulah rumahtangga aman bahagia...
For hubby..... terimakasih kerana telah menjadi suami yang baik pada saya. Jgn putus asa membimbing saya utk jadi isteri yang lebih baik. Bukan cari yg lebih baik pulak.....huhu!
PS: Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga akhirnya.....amin.

Wednesday, 2 December 2009

Fb oh fb


Sejak cuti sekolah ni banyak pulak peluang nak mengadap computer. Setiap hari mesti nak tengok facebook eventhough for only 5 minutes. Bak kata anak bujang saya pandai betul orang Yahudi cipta facebook nak lekakan orang Islam... adus terasalah pulak. Memang betul pun. saya sendiri pun dah ter 'addicted' dengan facebook nih. Subhanalllah...tapi idak ler sampai terlupa tugas asasi...[ Hihi sori hubby]

Sebenarnya saya lebih suka kalau anak2 sekarang ni berblog drp berfb. Pada saya fb lebih banyak melalaikan. Kalau kat blog kita boleh mencurahkan idea dan perasaan. At least boleh polish cara penulisan esei. Sebelum ni saya sendiri pun terkial-kial nak buat karangan. Tapi sejak berblog nih 'terpaksa' la perah otak nak menulis. (Ewah! macam besar benar idea yg nak dikeluarkan, mengalahkan journalist)

Apa-apa pun itulah reality sekarang. Anak2 muda lebih suka benda yang lebih menyeronokan.. So agak penuhlah juga wall saya kat fb tuh. Maklumlah ramai kawan-kawan tu yang masih muda belia. Hihi terasa muda lah pulak..

Girls day out.....

Saya tak ingat bila last kami gurgirls ber- outing sesama. Sejak depa dah berumah tanggga ni terpaksalah tunggu kebenaran husband memasing...