Thursday, 15 March 2012

Jagalah ia sebelum terlambat.

Hari Selasa hari tu pi hantar Unser untuk servis. Last time servis, depa rekomen buat major servis. Bila cek tadi rupa2nya bukan setakat major servis, banyak pulak parts yang kena ganti - brake disc, brake pad, mounting belts, aircond blower, repair leakage dan lain2 tah apa2 saya pun dah tak faham. Charge kos pulak bukan main lagi. Hubby pulak suruh ambik sume parts yang original and brand new sebab takut tak compatible ngan Unser tuh. Saya pulak mana reti dengan sume benda alah pasal kereta nih. Adusss…. Dengan berat hati terpaksalah ikut je apa yang terbaik. Dah la unser tu saya yang guna. Suka hati buat macam harta sendiri. Main redah je bawa sana-sini. Hubby kata cara pemanduan saya yang buatkan keta tu hancus. Redha je lah.

Pagi tadi pak cik Toyota tu call lagi, update harga kos yang makin meningkat setiap kali dia buka engine tu. Benda kecik2 pun dia kira. Setakat ni 2 bulan gaji saya pun tak mampu nak bayar. Hubby kata demi keselamatan isteri dan anak2 terchenta dia sanggup bayar berapa saja. Heheh… kasih diterima darling! Harap2 keta tu boleh siap sebelum habis cuti sekolah.

Hari ni siapkan baju kurung Pahang anak dara saya. Special request dia nak pakai masa ambik result SPM nanti. Pertama kali buat baju kurung Pahang ni. Rupa2nya sangat senang berbanding baju kurung Johor. Biasanya sebelum ni saya buat baju kurung Johor je dan kadang2 baju kurung Kedah untuk mak mertua saya. Nampaknya lepas ni saya tukar fesyen la pulak.

Sebenarnya kain2 tu dah lama terperap tak sempat nak potong. Dah kebetulan cuti sekolah ni kena disiplinkan diri ikut perancangan yang telah dibuat. Alhamdulillah setakat ni semua perancangan masih berjalan lancar.

Baju tu saya potong ikut saiz baju yang saya beli kat satu kedai. Terimakasih pada whoever yang design baju tuh. Mudah2an rezeki dia melimpah ruah lagi.

Dua pasang kurung Pahang untuk puteri kesayangan. Haha..Iman sila jeles.

*Tengah nervous nak tengok keputusan SPM hari Rabu minggu depan.

Wednesday, 14 March 2012

Bila sesekali...

Bila sesekali ada kesempatan duduk sorang2 ni, saya selalu terfikir zaman saya muda2 dulu. Sekarang ni pun terasa masih muda lagi tapi bila tengokkan anak dara saya tu dah besar gajah mengalahkan ketinggian ayah dia, terasa pulak diri macam dah tua. Ada pulak andaian mengatakan kalau kita ni asyik teringat zaman kita remaja dulu, itu adalah antara tanda2 penuaan. Hmm…

Bila sesekali melihat anak2 sedang membesar, teringat pulak masa saya sedang membesar dulu. Sebenarnya hajat menjadi ibu telah tertanam di jiwa saya sejak saya mula akil baligh lagi. Pesan nenek saya, sebelum menjadi ibu mesti mencari bapa kepada anak2 tu dulu. Nak dapat anak2 yang baik bapanya mesti baik. Nak dapat bapa yang baik, ibunya mesti baik dulu. Semuanya mesti bermula dengan diri kita dahulu. Itu yang saya pegang sejak saya mula menghayati Islam semasa di sekolah menengah lagi. Pesan nenek saya lagi kalau dah mula ada rasa gatal nak menikah kena terus dan sentiasa berdoa untuk dapat suami soleh. Dan jangan putus asa kalau doa tersebut mengambil masa yang panjang untuk dimakbulkan Allah. Jadi kena mulakan seawal yang boleh.

Tak cukup dengan doa, mesti ada usaha. Antara usaha yang saya mulakan adalah memperbaiki akhlak diri. Antara akhlak yang saya berjanji untuk perbaiki adalah akhlak kepada ibu bapa. Saya tak pasti samada tindak tanduk saya semasa remaja ada yang menimbulkan kemarahan orang tua saya. Saya bukanlah anak yang cukup sopan dan berbudi bahasa. Kadang2 hanya berlagak pandai dan tak berapa rajin… :(

Dulu semasa belajar , tiap kali pulang bercuti saya berazam di dalam hati bahawa saya ingin pulang sebagai anak yang menyejukkan hati. Saya ingin menghabiskan masa dengan gembira di kampung, ingin solat penuh lima waktu, ingin membantu orangtua saya dengan terbaik, ingin bercakap sopan santun dan lemah lembut pada mereka.

Saya selalu ingat satu pesanan- jika ingin berbuat baik, ibubapalah orang yang paling berhak mendapat kebaikan kita atas puluhan tahun usaha mereka memanusiakan kita. Saya tak pasti apakah harapan mereka pada saya. Saya juga tidak pasti adakah saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai anak. Yang pasti mereka telah berjaya memanusiakan saya.

Bila sesekali keluar berita di TV tentang nasib ibubapa yang ditinggalkan anak2, masyarakat akan terus menyalahkan anak2 dan menghukum mereka tidak bertanggungjawab. Padahal ibubapa itulah sendiri yang menentukan takdir mereka. Apa jua tindakan anak2 sebenarnya adalah hasil didikan ibubapa. Baik didikannya baiklah hasilnya.

Apabila saya betul2 menjadi ibu barulah saya sedar ianya bukan mudah. Banyak dugaan dan cabarannya, untuk menguji saya sebenarnya. Anak2 adalah amanah, jadi ibubapalah yang bertanggungjawab memenuhi amanah itu. Seboleh mungkin saya tidak mahu menyalahkan anak2 sekiranya mereka gagal menjadi anak2 yang saya inginkan.Keinginan manusia berbeza2. Apa yang saya impikan mungkin bukan yang terbaik buat mereka. Asalkan mereka senantiasa mengikut landasan syariat, itu sudah cukup buat saya. Apa saja perlakuan mereka biarlah Allah yang membalasnya. Yang penting, mulakan dengan diri sendiri menjadi isteri dan ibu yang baik, Insyallah akan lahir anak2 yang soleh dan solehah. Wallahualam.