Tuesday, 25 April 2023

Sinki tersumbat lagi, menjelang Aidil Fitri

Cerita bermula pada hari Selasa, empat hari sebelum Aidil Fitri 2023. Tengah kalut membasuh segala ikan, udang dan daging bagai tiba-tiba aliran air sinki seakan tersumbat. Saya pam tapi air pergi dengan sangat perlahan. By malam sinki dah makin tersumbat. Beberapa kali saya pam baru menjadi. Itupun terpaksa menunggu lama. 

Esoknya, hari Rabu air terus bertakung, langsung tak nak keluar. Beberapa kali saya pam, keadaan masih sama hingga saya terpaksa keluarkan air sinki tu secara manual. Saya letak baldi dan bukak perangkap bawah sinki dan tadah air kotoran lepas tu curah terus ke longkang. Jenuh jugak nak bertahan dengan kudrat yang ada… puasa pulak tu.

Berkali-kali saya pam hingga nak abes kudrat. 

Keluarkan air secara manual.

Akhirnya saya ke kedai hardware yang berdekatan untuk mencari serbuk soda bagi mencairkan clogging saluran sinki tu. 

“Kakak buang itu air dulu. Tuang separuh botol. Biar 3 jam. Lama lagi baik. Lepas itu tuang air dan pam… nanti itu clogging semua akan pergi…” macam mudah je cara adik Ah Moi tu explain.

Clog remover.. RM19.90 sebotol. Saya beli dua botol.

Tuang serbuk selepas keluarkan semua air yang bertakung.

Keluar bubble.

Nampak macam berkesan.

Selepas tiga jam kemudian saya meneruskan usaha murni membaiki keadaan sinki seorang diri namun belum menampakkan tanda-tanda positif. Dek kerana tekanan pam yang kuat tetiba pulak bahagian bawah bekas tadahan sinki pecah dan sinki pulak bocor. Terjadilah apa yang diperibahasakan oleh orang tua-tua sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas segala usaha yang seakan tiada penghujung maka terpaksalah saya akur kepada kehendak alam…serahkan kepada yang pakar. Saya call plumber tapi depa tak dapat segera memandangkan dah hampir waktu berbuka. Maka terpaksalah saya bertahan dengan sinki bertuah ini hingga esok hari.


Esoknya, hari Khamis, seperti yang dijanjikan adik plumber datang membawa segala peralatan. Selepas saya ceritakan segala duduk perkara maka terjawablah segala persoalan. 

“Kalau dah tersumbat tak boleh letak soda kak… dah tak jalan dah. Soda tu menjadi untuk maintenance je. Akak kena letak selalu… Sebulan atau dua bulan sekali pun okay… untuk nak elak sinki tersumbat. Kalau dah sumbat memang kena panggil kami untuk pam…” begitulah adanya.


Depa bukak dan cabut semua batang paip bawah sinki dan masukkan hose untuk cari bahagian yang tersumbat.

Lepas tu depa pam untuk clearkan clog terus ke lubang kumbahan.

Selepas hampir setengah jam sinki dapurku kembali pulih seperti sedia kala. Depa caj RM220 untuk full servis dan kos beli barang/spare parts. Yang penting, pengumuman raya pada petang hari Khamis itu mengatakan 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu. Alhamdulillah masih berbaki sehari lagi untuk menyiapkan keperluan hari raya. Mudah-mudahan dapatlah sinki dapur ini bertahan lebih lama lagi.🌹

Siap.

Sebenarnya dah beberapa kali jugak sinki dapur ni tersumbat tapi saya dapat selesaikan sendiri dengan penuh kesabaran. Yang peliknya dah macam sumpahan pulak sinki dapur ini akan tersumbat bila dekat-dekat nak raya.

Cerita 2016

Cerita 2018

Cerita 2021

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...