Showing posts with label Jalan-jalan famili. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan famili. Show all posts

Wednesday, 13 September 2023

Cuti-cuti Port Dickson, Ancasa Residence, Part 1

Dah beberapa kali hubby ajak bercuti di PD dan menginap di Ancasa Residence, Port Dickson. Dan beberapa kali juga masa tidak mengizinkan. Baru-baru ini, kebetulan anakanda bongsu balik bercuti summer holiday maka kita buat bagi jadi. So saya buat booking apartment dua bilik untuk dua malam (RM450 per night) untuk spend time dengan anak-anak yang free waktu itu. Bila anak-anak yang lain dapat tahu, depa pun nak join sekali tapi dapat join untuk satu malam sahaja. So saya buat booking untuk satu lagi apartment yang ada tiga bilik pulak untuk satu malam (RM600 per night). Cukuplah untuk kami tujuh beranak plus menantu serta cucu-cucu. Sarapan tidak termasuk dalam harga bilik. Kalau perlu, boleh walk-in dan bayar RM38 sorang dewasa di kaunter kafe. Kalau booking awal boleh dapat harga early bird RM65 untuk dua orang.

Bekal dari rumah.

Untuk hari pertama kami ambik apartment dua bilik untuk saya dan hubby, anak bongsu serta anak nombor dua. Anak-anak lain akan join esoknya di apartment tiga bilik. Kita boleh request untuk dapatkan dua apartment berdekatan provided ada kekosongan. Apartmentnya agak luas, lengkap dengan dapur dan ruang tamu yang luas, fully air-conditioned dan free wifi. Malangnya di dapur hanya ada peti sejuk, hob dan hood dapur tanpa peralatan memasak. Tiada mikrowave, tiada periuk atau kuali. Yang ada hanya pinggan, mangkuk dan cawan sahaja. Pisau, sudu garfu, senduk semua takde. Mungkin dah kena rembat gamaknya.

Dapur yang lapang.

Sinki dapur yang bersih.

Pantry.

Bilik air yang bersih.

Semua bilik depa sediakan dua katil super single.

Ruang tamu yang luas dengan set kerusi makan untuk 6 orang serta sofa set dan TV.

Ruang tamu boleh muat satu kampung.

Hijau menawan dari balkoni.

Laut dari kejauhan.

Hotel Ancasa Residence ni ada tiga tower A, B dan C. Kolam renang terletak di Tower B. Reception pun di sini. Kiranya Tower B ni adalah main building/pusat aktiviti depa. Tower C paling hampir dengan pantai. 

Saya pilih apartment di Tower A sebab dekat dengan tempat parking kereta saya. Kat sini parking sangat terhad. Bila dah dapat parking dinasihatkan jangan keluarkan kereta hingga hari check-out. Sebabnya once dah keluar parking susah nak dapatkan semula. Kebanyakan penghuni pakai Grab sahaja kalau hendak ke mana-mana. Tapi of course la kita tidak hendak ke mana-mana sebab nak duduk lepak di hotel dan pantai sahaja sepanjang percutian ini.


Kolam renang, dengan manusia merenyut-renyut.

Lepas Asar saya dan hubby turun ke pantai berdua-duaan. Hotel ni ada laluan khas ke pantai. Depa takde pantai private, kita kena share dengan orang awam. Cuma bawa kad bilik untuk scan keluar masuk pintu pagar khas menuju ke pantai. Makanan pun mudah sebab ada banyak gerai jualan di sepanjang pantai. Yang tak bestnya bila di sepanjang pantai tu depa letak/ pacak khemah buat sewa kepada pengunjung menjadikan ruang rekreasi agak terhad. Kami tidak berniat nak duduk bawah khemah, so kita duduk je di celah-celah ruang yang ada.

Khemah untuk disewa sepanjang pantai… nak tengok air laut pun payah.


Hotel Ancasa Residence dari tepi pantai… yang nampak tu adalah Tower C.

Kami menunggu lebih kurang satu jam sebelum matahari mula turun. Malangnya ianya seakan malu-malu, berlindung di sebalik awan. So sebelum ianya tenggelam, kita ambik je gambar dulu buat kenangan. Lepas tu kita sambung lepak sambil pekena laksa Penang yang superb.

Matahari yang malu-malu.

Yummy laksa Penang.

Sampai kesudah, matahari tetap berselindung di balik awan, so kita beransur dululah. Malas pulak nak lepasi waktu Maghrib di tepi pantai tanpa proper sunset. Tak perlu gusar, mungkin Allah tundakan rezeki untuk kali ini. Kalau umur panjang, kita cari sunset di tempai lain pulak.

Nampak cahaya di balik awan pun cukuplah buat raso raso.

Kita cuba lagi esok...

Sekian.😊

Saturday, 18 February 2023

Jalan-jalan Ipoh: Nasi Bamboo

“Ummi, jom teman Dayah gi Ipoh hari Isnin ngan Selasa ni…” Oleh kerana hanya Ummi yang free during weekdays, laju sahaja saya mengiyakan. 

Dalam kami dok excited buat planning nak berjalan-jalan berdua tiba-tiba ayahnya pun nak ikut serta sebab tak yakin isteri terchentanya ini boleh drive jauh-jauh. Tapi apakan daya tiba-tiba pulak depa ada meeting tergempar yang tak boleh ditunda. Akhirnya anakanda pengantin baru sudi menemani jadi supir yang sedia berkhidmat. Kebetulan kebanyakan kerjanya boleh buat secara online so kita bagi flexibility untuk stop over di mana-mana sahaja yang sesuai.

Kami gerak pada hari Isnin, pukul 9:30 pagi dan stop over kat RnR Rawang untuk memberi laluan anakanda meeting online pada jam 10:30 pagi. Sambil tu kita sarapan ala kadar sebab nak simpan perut untuk lunch break di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah hasil saranan followers IG anak-anak. Kami tiba di sana dalam pukul 12:30 tengahari, sedang elok sebelum waktu puncak. Parking mudah, orang pun belum ramai dan meja pun masih banyak yang kosong.

Gulai kambing umbut pisang.🥰

Ikan pekasam, ikan kering sedang beratur.

Penuh meja macam sepuluh orang nak makan.😅

Depa balut nasi dalam daun lepas tu bubuh dalam buluh dan kukus.


Jom makan.

By the time kami habis makan orang bertambah ramai dan mula sesak. Tanpa perlu berlengah-lengah, kita bagi laluan untuk orang lain duduk pulak. Next time boleh singgah lagi.😄

Saspen tengok orang parking sampai ke lembah.

Dah kenyang perut moh ler kita teruskan perjalanan ke bandar Ipoh.

Sekian.😊

Friday, 22 October 2021

Sepagi di Zoo Negara

Sejak dah boleh rentas daerah banyak pulak perancangan yang masuk dalam senarai menanti. Walaupun hanya dalam penantian kita redha sahaja.

Alhamdulillah pada hari Rabu dua minggu lepas, setel satu penantian. Tanpa disangka setelah lebih 10 tahun duduk sebelah zoo, baru berpeluang bawa cucu pergi melawat. Kami gerak dari rumah pukul 9.45 pagi. Dalam 20 minit selamat tiba di pintu masuk Zoo Negara. Pengunjung tetap ramai walaupun hari biasa.

Sebelum tu kita tengok ramalan cuaca dulu dan pastikan pakai baju dan kasut yang sesuai dengan usia untuk maintain stamina. Jangan lupa bawa mycard untuk dapatkan harga warganegara, RM45 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak.

Nenek ngan Tok Ayah yang terlebih excited.

Peta laluan

First thing first haruslah kita study peta dulu dan plan laluan mana yang paling sesuai. Walau dah lebih 10 tahun tidak menjenguk Zoo Negara keadaannya tidak banyak berubah.

Mula-mula tempuh kami tengok bangku tempat P Ramlee ngan Norkiah berdating dalam filem Masam Manis. Pengunjung usia makcik-makcik ni harus kenal dengan watak cikgu Ramlee ini. Depa dah ubah suai bangku tempat duduk tu tapi disebabkan penuh dengan taik burung, geli pulak makcik nak duduk berposing. 

Tak perlu bangku kita posing kat sini sahaja.

Momento daripada filem Masam Manis.

Selain dari binatang hidup ada jugak beberapa replika patung binatang yang depa letak di sepanjang laluan. So kita ambik je gambar buat kenangan.

Macam rupa kijang.

Kijang atau pelanduk? Entahlah... makcik pun tak kenai.
(Yang tak bestnya area ni busuk sangat dengan bau najis)

Harimau dalam kandang kaca, boleh jenguk dari dekat. Nampak jinak.

Rumah gajah.. gamaknya.

Sepasang gajah, agaknya.



Dapat tengok dan baca nota je... pumanya dok lena.

Unta kurus.

Paling best ialah bila dapat masuk ke tempat panda. Pengunjung hanya diberi masa 10 minit sahaja untuk melihat panda dari dekat. Namun masa 10 minit ini sangat bermakna kerana dapat melepaskan lelah berjalan dalam panas mentari. Tempat tinggal panda ni super special. Keadaan dalamannya sangat kemas dan sangat bersih serta berhawa dingin. Pengunjung juga boleh mengambil gambar tanpa flash. So dah alang-alang masuk kita gunakan masa yang diberi sebaik mungkin. Security sangat strict... tinggal lagi 2 minit depa dah suruh get ready untuk keluar.


Boleh tengok dari jauh sahaja.




Keluar dari tempat panda, bahang panas terasa semula tapi masih boleh bertahan dek pokok-pokok besar sebagai pelindung ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Makcik masih kompius... rusa ke pelanduk.
(Tapi kandang ini agak bersih, tidak sebusuk kandang yang awal tadi)

Rusa ke pelanduk?

Macam tikus tapi besar gedabak. Tak kenal jugak.

Badak air, komfem.

Banyak binatang yang makcik tak kenal. Nak perkenalkan kepada cucu pun macam tak kena. Terpaksa baca setiap nota dan info yang depa paparkan. Akhirnya kita tengok binatang yang biasa kita tengok sahaja. Last sekali kami masuk area kanak-kanak.

Parrot. Sangat jinak.


Macam hamster... lupa pulak spesis sebenar.


Lepas dah puas perkenalkan jenis-jenis haiwan kepada cucu, kita ber-me-time dengan pemandangan serta pokok-pokok pulak. Walau tak kenal spesis pokok yang ada, kita nikmati sahaja pemandangan yang damai serta bunga-bungaan yang mekar.

Seronok tengok bukit-bukau di seberang tasik.

Sakit hati pulak tengok rupa air tasik ni.






The girls... gedik as always.

Alhamdulillah setelah beberapa lama tertangguh dapat juga nenek dan tok ayah bawa cucu masuk zoo. Sepuluh, dua puluh tahun dulu bawa maknya, sekarang bawa anaknya pulak. Apa-apa pun skripnya tetap sama. Kalau umur panjang mungkin berkesempatan bawa cicit pulak. Moga Allah rahmati selamanya.

Kenduri Besan di Ampang dan kenduri Rakan Sekolah di Ulu Langat

Sabtu 4hb Oktober 2025 Hujung minggu adalah hari untuk pergi kenduri. Namun ada juga undangan yang tidak dapat dipenuhi. Biasanya setiap kal...