Monday, 13 February 2017

Batuk, batuk dan batuk lagi.....

Dah masuk 2 minggu batuk saya berlarutan. Dah 3 kali pi klinik. Dah berjenis-jenis ubat yang doktor bagi. Masa first time jumpa doktor memang tengah batuk teruk. Campur ngan demam dan hidung pun tersumbat. Nampak benar sakitnya. Tak perlu cerita apa-apa doktor dah tahu nak bagi ubat apa. Saya minta ubat batuk yang tak mengantuk konon nanti takut terlelap masa kerja.

Pil cetirizin (selsema), Pepril (ubat demam, peghak first time tengok pil biru) dan ubat batuk yang tak ngantuk

Lepas 3 hari masih tak ada apa-apa kesan. Batuk makin teruk. Dah rasa macam kena bronchitis pulak. Memalam tak leh tido. Asyik batuk, batuk dan batuk. Asal baring je batuk, asal baring je batuk. Maka tertidurlah saya sambil duduk.  Takde masalah pun sebab masa anak-anak kecik dulu pun dah biasa dengan posisi tidur begitu. Yang jadi masalah besar apabila tak leh nak kontrol batuk yang beriya-iya tapi takde benda nak keluar. Takut pulak jadi stress incontinence, maka ke doktorlah lagi sekali. Rupa-rupanya ubat batuk yang tak ngantuk tu tak berapa berkesan. Doktor check ada kahak dok tersangkut kat dalam peparu takleh nak keluar. So dia bagi Cephalexin (antibiotik) dan ubat batuk hitam pekat tu. Yang akan mengantuk kalau minum. So dia cadang ambik waktu malam sahaja sebelum tidur walaupun sepatutnya makan 3 kali sehari. So esok paginya akan batuk beriya-iya sampai muntah. Petanda baik sebenarnya sebab kahak tu akan ikut keluar.

Cephalexin (antibiotik) dan ubat batuk apa tah.

Oleh kerana batuk beriya-iya maka sakit urat perut dan sakit urat belikat saya kembali lagi. Tang urat perut tu boleh tahan lagi. Tapi bila mai tang urat belikat tu yang boleh sampai terjurai air mata. Dulu saya pernah kena sakit urat belikat. Bila tah. Lupa dah. Lepas mengurut selama 3 hari, Alhamdulillah sakitnya hilang. Tapi sejak akhir-akhir ni sakit belikat ni datang beriya-iya pulak. Terpaksa la pi klinik lagi sekali. Doktor bagi ubat tahan sakit. Sah-sah lah saya tak makan kecuali kalau terpaksa sangat. Selagi boleh tahan saya akan tahan sakit tu secara natural.

Ubat rileks otot untuk tahan sakit.

 "Ada saka kot Umi. Dok bertenggek kat belikat umi tu....." Adoi....memandai aje anak bujangku buat cerita.

Dalam masa yang sama saya guna juga cara tradisional. Makan oren cicah kicap. Seeloknya makan sebiji setiap hari. Apa-apa pun bak kata orang tua-tua setiap penyakit ada ubatnya. Kita hanya perlu berusaha mencari penawarnya.


PS: Alhamdulillah nampaknya batuk saya dah hampir pulih. Tak tahu lah sebab ubat doktor ataupun sebab oren cicah kicap Adabi tuh. Yang pasti Allah lah sebaik-baik penyembuh.....

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...