Sunday, 5 March 2017

Sakit belikat.

Entah kenapa sakit belikat sebelah kiri ni masih berlarutan sejak bulan lepas. Sakitnya datang tak tentu masa. Kadang-kadang berdenyut secara tiba-tiba macam bekas kena tumbuk. Kadang-kadang sakitnya menjalar hingga ke lengan macam sakit urat. Kadang-kadang rasa kebas hingga ke pergelangan tangan. Saya cuba letak minyak panas dan urut-urut sendiri. Rasa lega apabila sendawa. Kata orang mungkin sebab urat bersimpul kat bawah belikat tu menyebabkan  darah tak jalan dengan betul. Akibatnya tangan akan rasa kebas. Urat bersimpul juga menyebabkan angin berkumpul kat kawasan tu sebab itulah rasa berdenyut-denyut. 

"Saka la tu Umi...." Anak bujang saya tak habis-habis dengan teori sakanya.

Bagi memuaskan hatinya tentang teori itu saya pun bertanya seorang Ustaz. Dari cerita saya ustaz tu simpulkan teori saka tu mungkin betul. Dia ada cadangkan satu klinik kat Setapak yang boleh berubat jarak jauh. Tak tahulah bila saya nak pergi. Macam takde masa je. 

Baru-baru ini Alhamdulillah saya berkesempatan pergi berurut. Bila tengok balik rupa-rupanya dah lebih dua tahun saya tidak berurut satu badan. Last urut dalam tahun 2014. Kata orang bila kita mula berurut kena selalu berurut. Macam regular terapi gitu. Patutlah badan asyik jam sana-sini. Tambah pulak dengan usia dah separuh abad plus dah naik pangkat nenek pulak, sah-sah lah body maintenance patut ditingkatkan.

"Badan ni nak pakai lama. Kena la rajin jaga....." Saya selalu ingat pesan nenek saya. 

Badan kita ni kan macam mesin, kalau tak jaga lama-lama guna akan jadi besi buruk. Kena ada regular service and maintenance. Yang musykilnya walaupun selepas berurut masalah sakit belikat saya masih belum selesa. Sakitnya masih datang tak tentu masa cuma tidak terlalu berat. Alhamdulillah saya masih boleh bertahan dengan cara sendiri. Biasanya apabila sakit tu menyerang saya akan duduk bersandar pada tempat yang lembut dan urut perlahan-lahan. Selepas beberapa ketika ianya akan beransur pergi. 

PS: Apa-apa pun saya masih KIV untuk melawat klinik kat Setapak tu.

4 comments:

Aishah Khairudin said...

Assalamualaikum puan...saya juga mengalami masalah yang sama..sakit sangat2..macam2 ikhtiar jumpa doktor, berurut tapi akhirnya terjumpa satu penawar..lega sangat sekarang sakit tu dah hilang setelah 2 tahun lebih saya menanggung derita...

Masniah Said said...

waalaikumsalam,
terima kasih atas perkongsian. puan guna penawar apa ye?

Unknown said...

Penawar apa ya? BiBol share?

Cik jue said...

Penawar ape tu

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...