Friday, 23 October 2026

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned begini tidaklah nenek nak sibuk di dapur. Kebetulan pulak hubby keluar ke mesyuarat BNM dari pagi hingga kepetang maka saya duduk rumah layan me-time yang datang jarang-jarang. Bila tiba-tiba semua orang update kata otw, saya cuma masak nasi dan sediakan ayam untuk digoreng. Depa bawak balik drive thru mcd buat alas perut. Petangnya bila hubby balik selepas meeting, depa pakat order sate setambun of courselah ayah yang belanja, memudahkan kerja Ummi tak payah kalut nak masak katanya. 😁

Lepas Maghrib, tetiba pulak anak no-3 ajak makan ais krim di The Campus Ampang. Jarang saya keluar memalam tanpa urusan serius. Tapi kali ini kita layankan sahaja ambik angin (jerebu) malam. Kami makan ais krim di Taffy. Saya cuma ambik sesudu dua buat rasa rasa.

Us.

Missing menantu sulong, menantu no-2 dan anak menantu no-4.

Tok Ayah dan cucu-cucu yang over excited.

Jengah menantu sulong main bola di padang Adidas Football Park, The Campus Ampang.

Dengan cucu bongsu (setakat ini) sebelum bersurai.

Alhamdulillah, done aktiviti tanpa dirancang. Balik rumah, nenek nak kena minum air kosong banyak-banyak nak flush out gula berlebihan. Mudah-mudahan azam menjaga diet dan sugar intake berkekalan hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 13 October 2026

Teman Hubby Buat Health Check (sepatutnya)

Pada hari Khamis, 8hb Oktober 2026, yang lepas saya buat appoinment untuk follow-up health check hubby. Rupa-rupanya dah setahun hubby missed appoinment. Dah alang-alang ke hospital saya slot-in untuk buat check-up kesihatan diri sendiri. Biasanya saya akan menemani hubby setiap detik di hospital. Tapi kali ini kami berpecah bagi menjimatkan masa. 

Keadaan alam masih lagi kelam dengan jerebu yang entah bila akan berakhir.

Jenuh pusing cari parking akhirnya rezeki kami di tingkat 3, West Wing.

Sampai sahaja di hospital, hubby terus ke Klinik Doctor Pakar Endokrinologi sementara saya ke Wellness Clinic untuk mengisi borang mengambil darah dan air kencing. Patients sangat ramai. Hampir satu jam saya menunggu giliran mengisi borang di Wellness Clinic. Lepas pukul 10 pagi baru saya dapat ke makmal untuk di ambil sampel darah dan air kencing.

Wellness Clinic.

Location: Lab. Giliran saya ke-125 sementara giliran hubby ke-87.

Sementara menunggu result darah, saya dan hubby ke kantin hospital La Puteri bagi mengisi perut yang kosong dek berpuasa sejak malam tadi.

Sepatutnya mee bandung tapi sangat pedas so saya makan cicah-cicah sahaja.

One for the memory.

Selepas menunggu hampir dua jam result darah tersedia untuk diambil (self-pick) di makmal. Secara keseluruhan result darah saya agak baik namun ada beberapa bacaan yang perlukan perhatian. Bacaan gula, Triglycerine, Uric Acid dan Kalsium melebihi paras maksimum. Setakat ini doktor hanya mencadangkan penjagaan makanan sahaja dan boleh ambil supplement sebagai langkah berjaga-jaga. Saya cuma perlu meneruskan pengambilan Lipitor 20mg memandangkan ianya memberi kesan yang baik pada hati dan juga kesan yang baik pada bacaan kolestrol saya. Saya belum memerlukan ubat hospital yang lain. Yang pasti, selepas satu atau dua bulan lagi saya disyorkan untuk buat (repeat) blood test. Sementara itu saya beli beberapa supplement yang dicadangkan di farmasi. Kita buat stok dulu. Nak makan atau tidak itu cerita lain. 

Supplement untuk menstabilkan bacaan gula dalam darah.

Supplement untuk menurunkan bacaan Trygliceride.

Supplement untuk membantu penyingkiran Uric acid.

Untuk follow-up health check hubby pulak, seperti biasa masih lagi kena teruskan semua ubat yang dokor bagi sebelum ini. Oleh kerana bacaan gula hubby agak meningkat, doktor prescribe ubat tambahan untuk di makan di pada sebelah pagi.

Diamicron MR 60mg sebagai ubat tambahan.

Kata orang, setiap penyakit ada ubatnya. Kita hanya berusaha, Allah jua yang menentukan segala. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki kesihatan yang lebih baik selepas ini.🌹

Cerita sebelum ini boleh baca di sini.

Sekian. 😊

Pokok Bunga Cik Bedah (Hydrangae) di Halaman Rindu

Dah lama pokok bunga Cik Bedah pupus dari halaman saya. Sungguh, saya merindui semua pokok dengan bunga-bungaan segar yang memenuhi halaman rindu saya suatu ketika dahulu. Banyak masa (senggang) yang saya abadikan di halaman dan bersembang dalam diam dengan makhluk Allah ini. Yang pasti, semuanya mendengar keluh-kesah saya tanpa judging…

Cik Bedah berbunga sulong.

Subur merimbun.



Dah mula bertukar warna hijau kepada warna pinkish.

Suatu ketika dahulu.

Semuanya tinggal kenangan.

Bunga Rose kesayangan kini telah tiada.



Selepas dua  bulan berkelana menemani hubby di London, kepulangan saya disambut oleh pokok-pokok kesayangan yang terkulai layu. Semuanya mati kekeringan tidak boleh diselamatkan lagi. Hanya ada beberapa pokok heavy duty yang mampu bertahan segala dugaan. Kini saya cuma berpada dengan apa yang ada sahaja. Mudah-mudahan jika saya perlu berkelana lagi, pokok yang ada itu mampu bertahan hingga saya pulang. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 8 October 2026

Jerebu & Jogging

Weekend yang lepas bukan main berkobar-kobar semangat nak keluar berjogging. Namun jerebu yang melanda bumi bertuah ini masih enggan beredar. Walaupun dah keluar rumah, kami terpaksa berpatah balik demi kesihatan warga emas. 

Keadaan jerebu yang agak teruk. Tak pasti berapa IPUnya.

Kelam.

Bunga ros Jepun mekar di halaman rindu buat pengubat duka.

Kemboja merah depan rumah.

Kami singgah beli nasi dagang bungkus buat sarapan di rumah. Lepas sarapan kami keluar mengopi di Zus Coffee sambil buat kerja hingga lewat tengahari. Dah alang-alang tak dapat berjogging, kita gantikan masa yang terluang dengan buat kerja lain pulak.

Matcha latte Lydia.

Bekalan menemani hubby mengopi & buat kerja.

At work as always.

Sebelah petang anak no-3 dan sibongsu balik rumah pow ayah ajak keluar dinner. Kami ke Serai KL East. Ayah yang baik hati layankan sahaja.

Early dinner @ Serai KL East.

Alhamdulillah, selesai satu hari panjang. Semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 5 October 2026

Jalan-jalan @Balai Seni Negara

 6hb September 2026

Saya bukanlah peminat atau orang seni. Tapi kadang-kadang boleh je menikmati hasil seni orang lain. So bila anak no-3 yang ada sedikit DNA seni mengajak ke Pameran Seni Cinta Buatan Malaysia di Balai Seni Negara maka bolehlah makcik memenuhi minat yang datang menjenguk sekali-sekala.

Pandangan dari depan Balai Seni Negara, KLCC di kejauhan.

Replika Rumah Melayu no 41 Jalan Chow Kit aka rumah degil.

Sambil berangan duduk di tangga dengan cucu nan seketoi.

Sejarah Rumah Kayu… nak baca apa pun tak nampak.

Pengunjung agak ramai. Macam-macam aktiviti disediakan terutama untuk budak-budak. Tapi nenek budak tak minat nak melayan, so kita ke sudut melukis potret. Depa caj RM25 untuk satu wajah.



Potret cucu berusia 3 tahun tapi dah nampak macam anak dara pulak.

Potret Nenek dan TokAyah… jauh tersasar dari pandangan nyata.

Banyak pameran tentang seni visual, filem dan budaya era 70-an hingga 80-an. Depa jadikan koleksi Cinta Buatan Malaysia era 1979-1989.

Menelusuri pameran seni filem di era 70-an hingga 80-an.

Seni muzik era 80an.

Cat atas tong dram tahun 1989.

Bas mini Kuala Lumpur… pernah menjadi kenderaan saya pergi dan balik kerja diawal tahun 90an.

Kasut putih Fung Keong, kasut sekolah femes semasa saya di sekolah rendah di akhir tahun 70an… masa tu belum mampu nak beli kasut Bata.

Kami hanya pusing keliling dewan melihat hasil seni yang dipamerkan. Kebanyakannya berbentuk abstrak… hanya pencipta dan yang Maha Pencipta yang dapat memahami karya seni yang ada. Saya pun turut cuba memahami beberapa hasil seni yang menarik perhatian saya. Dek kerana tiada DNA seni yang diwarisi maka kita taksirkan sendiri mengikut rasa hati. 

Seni hasil daripada jaring ikan dan origami bentuk serangga. 

Lama saya duduk meneliti hasil lukisan cat minyak ini. Ada seekor rama-rama di luar jendela di atas awan...

Suapan dan rasuah, mungkin.

Tak pasti batu apa dan kenapa begitu susunannya.

TokAyah dan cucu nan seketoi beramah mesra dengan Kakak Di Tepi Jendela.

Begitulah serba sedikit aktiviti bersama cucu dihujung minggu. Apa-apa pun, seni itu halus dan kata orang bijak pandai, orang seni mempunyai jiwa yang halus. Mudah-mudahan ada sedikit DNA seni (ayahnya seorang arkitek) mengalir ke dalam darah cucu nan seketoi ini serta memiliki jiwa yang halus juga. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned  begini tidaklah nenek n...