Selepas dua tahun berada dalam fasa Covid-19 badan pun dah banyak berubah. Berat badan semakin naik dan keadaan kesihatan pun macam tak berapa nak baik. So saya dan hubby sama-sama ke Hospital Ampang Putri untuk buat ujian darah dan air kencing. Kami ke bahagian health screening (lupa dah apa nama sebenarnya, almaklumlah dah 5 tahun berlalu). Kita mulakan dengan checking tahap kesihatan hubby dahulu dengan mengisi borang sebelum berjumpa doktor.
 |
| Isi borang dulu sebelum berjumpa doktor. |
 |
| Lepas jumpa doktor, bawa borang (note tarikh tu, 26/10/2021) ke tempat ambik darah. |
 |
| Menunggu giliran ambik darah. |
 |
| Patah balik ke klinik doktor sambil menunggu result darah. |
Selepas berjumpa doktor di klinik, doktor refer kepada doktor pakar endocrine sebab bacaan gula agak tinggi. Dah masuk fasa diabetes katanya. Kesihatan lain masih dalam fasa selamat.Alhamdulillah.
 |
| Menunggu giliran di klinik doktor pakar pulak. |
Doktor pakar endrocrine (Endocrinologist) komfemkan hubby dah masuk fasa diabetes so dia sarankan berjumpa Dietian untuk berbincang soal penjagaan pemakanan. Banyak pulak pakar pemakanan tu dok bercerita tentang penjagaan makanan untuk orang yang ada kencing manis. Saya hanya duduk mendengar sambil berdoa agar penyakit ini tidak melarat.
 |
| Contoh saiz pot/bowl untuk portion makanan seharian. |
 |
| Makanan yang harus dielakkan. |
 |
| Makanan yang bebas dimakan bila-bila masa. |
 |
| Makanan yang harus disukat. |
Usai semua urusan, doktor bekalkan beberapa jenis ubat untuk dibawa balik. Nampaknya selepas ini terpaksalah bergantung hidup dengan ubat-ubatan hingga kesuatu masa yang belum pasti.
 |
| Glyxambi 10mg/5mg, doktor bagi FOC sebagai permulaan. |
 |
| Glucophage XR1000 sebagai ubat tambahan. |
 |
| Lepas ni kena beli sendiri di farmasi. |
 |
| Bilik doktor pakar… Consultant Physician & Endocrinologist. |
Apabila melihat hubby telah didatangi penyakit yang tidak diundang, saya pun mula kalut dengan kesihatan sendiri. Sejak lama saya memang mempunyai bacaan kolestrol yang agak tinggi. Beberapa hari selepas balik dari hospital saya ke Farmasi berdekatan rumah untuk test bacaan kolestrol melalui finger prick. Tu dia… seperti dijangkakan bacaan kolestrol saya sudah melepasi tahap bahaya.
 |
| Bacaan kolestrol makcik 7.07, dah memasuki kepala 7. |
 |
| Kengkonon nak cuba makanan sihat… |
Mudah-mudahan dengan usaha ini dapat mengekalkan kesihatan yang lebih dengan izin Allah. Aamiin.🌹
(Ini cerita pada bulan Oktober 2021, bermakna dah 5 tahun berlalu. Sekian lama dalam draft, baru hari ini nak bercerita. :)
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment