Saturday, 25 July 2026

Tangan Bengkak Terseliuh

Selepas 4 hari menjaga anak bongsu dalam pantang di rumahnya, saya terasa hendak balik menjenguk rumah sendiri. Baru kini saya mengerti rasa hati orang tua yang lebih suka duduk di rumah sendiri dalam apa jua keadaan. Walau tiada ayam itik yang hendak dijaga tetaplah kita nak balik rumah. Kebetulan masa tu hubby sedang outstation di Penang selama 3 hari, so saya balik supaya rumah tidak kosong. 

Saya balik ke rumah Ampang pada hari Khamis selepas selesai urusan memandikan baby dan memasak makanan dalam pantang. Saya balik untuk satu malam sahaja. Selama semalaman di rumah saya siapkan urusan mendobi, mengemas rumah dan menjenguk halaman rindu sambil me-time. Esoknya (Jumaat, 22hb Mei 2026), pepagi lagi saya dah memasak makanan berpantang untuk buat bekal. Sedang asyik buat kerja tiba-tiba saya tersadung dan hampir jatuh tersungkur. Alhamdulillah saya sempat berpaut pada meja tapi tangan kanan saya terlanggar dinding dengan agak kuat. 

Awalnya saya biarkan sahaja, boleh lagi pegang stering bawa kereta pada hari kejadian. Namun selepas beberapa ketika tangan kanan saya mula membengkak. Namun saya masih boleh mandikan cucu dan masak memasak. Saya tuam tangan dengan ice-pack malam-malam dan balut dengan kain yang saya beli dari famasi. 

Bila dah masuk sebulan dan tangan masih lagi terasa sakit, anak dan menantu no-2 berkeras untuk bawak saya buat X-Ray. Kita turutkan sahaja. Depa bawa ke Klinik Seri Cahaya di Ampang.

Hasil X-Ray.

Menurut doktor yang merawat semuanya nampak normal. Tiada tulang yang retak atau patah. Tapi bila diteliti oleh anak no-2, katanya ada sedikit abnormality di bahagian bertanda merah. Dan sungguh bagai dikata, kawasan itu memang akan terasa sakit jika jari digerakkan. Awalnya memang memberi kesan yang agak ketara terutama bila digerakkan sewaktu bacaan tahiyat dalam solat.


Selepas dua bulan masih sakit bila digerakkan. 

Kawasan yang terkesan.

Dah hari ini dah masuk hari ke-64 (2  bulan) tangan saya masih lagi terasa sengal dan sakit jika tersalah gerak. 

"Ummi kena berehat, jangan gerakkan tangan tu..." Semua anak-anak sepakat memberi nasihat. Tapi apakan daya, tangan kanan ini akan sentiasa bekerja tanpa ada waktu rehat. Saya cuma perlu berhati-hati agar tidak melarat. Mudah-mudahan Allah sentiasa mudahkan kerja saya dan mengurniakan kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Laman Yang Sentiasa Berubah Wajah

Dulu halaman rumah saya agak meriah dengan pokok-pokok hijau. Namun kini semua pokok seakan tidak bermaya. Kata jiran saya, ketidaksuburan itu mungkin berpunca dari keadaan bawah tanah yang ditambun semasa awal-awal pembinaan rumah di taman perumahan ini. Entahlah. Saya pun tak pasti apa punca sebenarnya. Yang pasti sejak akhir-akhir ini minda saya sentiasa terarah ke halaman rumah. Macam-macam idea (anganan) yang datang. Dan keadaan halaman rumah saya juga sentiasa berubah bila ketiadaan pokok-pokok besar yang saya tebang agar tidak mengganggu kerukunan jiran-tetangga. 

Jun 2022

Sungguh saya rindu dengan kehijauan laman saya yang dahulu seperti dalam gambar (tahun 2017) di bawah. Walau dah 9 tahun berlalu, suasana hasil titik peluh saya sentiasa kekal di minda. Pokok mangga belakang rumah itu terpaksa saya tebang bila terdapat sarang tebuan. Pokoknya pernah mengeluarkan buah mangga yang besar dan manis tapi terpaksa saya korbankan demi keselamatan jiran tetangga agar tiada yang disengat tebuan nanti. Pokok mangga tepi pagar juga terpaksa saya tebang kerana dah mula reput takut nanti tumbang menimpa rumah jiran sebelah. Lagipun pokoknya sentiasa menjadi tarikan monyet-monyet yang datang bertandang.

November 2017 selepas upah orang potong rumput. Punyala semangat dia buat kerja hingga botak laman saya.😔

Terkini saya mula menanam/mengganti semula pokok-pokok yang dah nazak/mati. Ada yang dibuat pemasuan semula. Saya juga mengalih pasu pokok ke sana ke mari mengikut kudrat yang ada. 

Bila pokok-pokok besar semua saya tebang barulah nampak terang hingga ke highway diseberang jalan. MPAJ pun dah tebang pokok-pokok besar sepanjang hiway menyebabkan suasana taman perumahan agak panas. So terpaksalah saya mulakan penanaman semula pokok-pokok bagi menambah pengeluaran oksigen alam semesta.😁

Terkini Julai 2026.

Semoga selepas ini laman saya kembali segar, menjadi tempat saya menenangkan jiwa... giving me peace and quite, tranquil and serene bak kata orang kampung saya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 23 July 2026

Diari Sabah: Jom Balik Rumah

Khamis, 23hb Julai 2026

Setelah tiga malam di hotel Hilton Kota Kinabalu, saya dah sangat rindu nak balik rumah. Seawal pukul 7:30 pagi saya dah bersiap-siap untuk turun sarapan di kafe hotel, Urban Kitchen. Hubby dah beli pakej sarapan untuk 3 hari. Usai sarapan saya terus berkemas. Pukul 9:30 pagi kami dah bersedia di lobi hotel. Hubby order Grab Car untuk ke Airport Kota Kinabalu. Perjalanan ke airport hanya 10 minit dan kami ada masa tiga jam untuk menunggu penerbangan MAS pukul 12:40 tengahari. So kita duduk-duduk berehat dan mengopi di balai pelepasan to kill the time.

Posing satu sebelum masuk ke balai pelepasan Airport KK. Muka ceria nak balik rumah.

Sekeping roti canai+kari ayam =RM18.

Matcha smoothie RM18... warna dan rasa green tea yang sangat minimal, lari jauh dari yang diiklankan di papan menu.😔

Depa tabur serbuk green tea tapi tak rasa green tea.

Walau tak puas hati dengan rasa, kita redha sahaja. Lagipun nak duduk melepak dalam kedai dia. Kiranya kita bayar harga tapak, not so much on harga makanan dan minuman.

Bersedia untuk boarding.

By pukul 12:30 tengahari kami dah boarding. Hubby ambik seat agak depan supaya boleh keluar laju-laju. Depa serve makanan untuk lunch. Saya ambik set nasi + kari ikan. Usai makan saya terus tidur hingga kapal terbang mendarat. Total penerbangan 2 jam 15 minit dan saya dapat tidur hampir 1 jam.

Seat no-9B & 9C.

Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA1 pada pukul 3:30 petang. Terus ambik kereta dan bayar parking RM185 untuk 4H3M dan terus balik rumah Ampang. 

Home Sweet Home.❤️❤️❤️

Sekian.😊

Monday, 13 July 2026

Happy 4th Birthday Untuk Cucu ke-3 Saya

Sabtu 4th Julai 2016

Tahun ini dah masuk usia 4 tahun cucu boy nan seorang ini. Mentang-mentang the only boy, semua benda nak dimaskulinkan. Dah alang-alang maskulin ayuhlah kita sambut birthday di balai bomba. 

Balai bomba Cyber.

Menu lunch.

The birthday cake.

The birthday boy.

One for the memory... with Nenek and Tok Ayah dan kakak-kakak.

One with Tok Ayah.


Us All... full house.🥰

Sepatutnya birthdate pada 30hb Jun tapi kita lewatkan ke hujung minggu agar semua ahli keluarga dapat hadir. Semoga cucunda membesar dengan baik dan menjadi penyejuk mata ayah bonda. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Ps: Kenapa entah semua gambar pecah.😔

Menziarahi Sahabat Yang Kurang Sihat

Hari Jumaat lepas, tiba-tiba saya jadi busy sebab buat plan secara tiba-tiba. Kami menerima berita dalam group wassap Cikgu Pencen tentang ada sahabat di Gombak yang kurang sihat. Jadi kami terus buat keputusan untuk pergi berziarah bagi yang ada kelapangan pada hari esoknya. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dicelah-celah kesibukan.

Pepagi lagi saya dah masak nasi dan gulai ikan kering campur telur rebus... ala-ala nasi berlauk Kelantan buat bekal hubby di rumah. Cukuplah buat sarapan dan makan tengahari sebelum hubby keluar untuk solat Jumaat nanti.

Sahabat saya, Kak Zai datang menjemput dari rumah dan kami singgah di Villa Wangsa Mas untuk urusannya sebelum terus gerak ke rumah sahabat kami di Gombak.

Area Villa Wangsa Mas yang cantik.

Kami tiba di rumah sahabat di Gombak dalam pukul 12 tengahari. 

Layanan mesra dari anak tuan rumah, berbaju oren dan hijau kuning.

Kak Zai, merangkap sahabat yang sentiasa bersama ke sana ke mari.

Us... cikgu-cikgu yang pernah sama-sama mengajar di sekolah.

Ziarah.

Alhamdulillah done pertemuan sementara. Semoga sahabat kami beransur sihat dan Allah perlihara ukhuwwah ini selamanya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Cerita Hari Isnin: Sarapan di Tea Garden, Buat Kerja di CBTL

Pagi tadi hubby ajak study & buat kerja di luar. Kami decide untuk ke CBTL Alpha Angle. Kebetulan saya nak recycle baju-baju lama maka ke AEON lah kita. Sepatutnya selepas drop off baju-baju tersebut kami terus duduk sarapan di Coffee Bean. Tapi katanya mesin/router internet rosak, so tak boleh buat servis. Depa suruh tunggu 15 minit. Oleh kerana belum sarapan, kami beredar ke kedai Tea Garden dahulu. Bersebelahan sahaja kedainya.

Sarapan dulu.

Usai sarapan kami patah balik ke Coffee Bean. Tapi mesinnya masih rosak, so depa suruh order via apps. Terpaksalah makcik install CBTL Apps dulu sebelum buat order. Alhamdulillah dapatlah duduk minum sambil buat 'kerja' walaupun internet masih belum recover.

Matcha Green Tea Iced Blended for makcik & Americano for hubby.

Seperti biasa sementara menunggu hubby siapkan kerja saya akan jalan-jalan cuci mata sambil shopping groceries di AEON mall. 

By lunch hour kami beredar dan singgah di Q-Bistro Melawati sebelum balik rumah.

Nasi dalca Mamak.

Alhamdulillah done aktiviti makan-makan dan cuci mata hari ini. Lepas ni kita sambung kerja-kerja di rumah pulak. Semoga kekal sihat sentiasa. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Saturday, 11 July 2026

Itu Ini With Gojezes Gombak

Selasa, 16hb Jun 2026

Selepas makan dan berkelah di Janda Baik, Gojezes KB84 Gombak meneruskan aktiviti fizikal pulak. Kali ini kita plan untuk main game pickelball. Saya belum pernah join mana-mana aktiviti/game sebelum ini. So bila ada peluang kita join je buat ghaso-ghaso.

My friend Lot datang pick-up saya dari rumah dan kami gerak ke Jusco AEON Setiawangsa. Lot dah siap buat booking online. Kami sewa satu court untuk satu jam (RM25) dan dua set paddle racket dan sebiji bola. Total RM50 untuk satu jam.. 

Scan QR di locker untuk ambik paddle dan bola.

Court kemain merahnye makngah.

Warm up dulu, walaupun tak warm warm sampai ke sudah.😅 

Kami hanya boleh serve dan kutip bola sahaja. Almaklumlah kita ni hanya nenek-nenek berjiwa muda… nak berlari kejar bola pun tak larat. Yang penting, dapat bersama dalam suka dan duka.

Us.😍

Usai kutip bola keliling court kami berhenti rehat dan makan sambil borak santai di Bungkus Kaw-Kaw. Aktiviti borak dan makan lagi lama mengalahkan aktiviti fizikal yang cuma satu jam.  

Aktiviti makan-makan paling penting.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Wednesday, 8 July 2026

Ganti Dapur Gas Belakang Rumah

Dah lama dapur tambahan belakang rumah ni rosak tapi tak sempat berganti. Oleh kerana malas nak keluar ke kedai, akhirnya saya minta anak no-2 orderkan secara online. Alhamdulillah dapur gas yang dinanti tiba dengan selamat.

Saya pilih dapur gas biasa sahaja. Kali ini saya ambik yang ada dua tungku pulak supaya mudah nak masak banyak-banyak.

Bungkusan plastik biasa.

Saya guna semula saluran paip dan kepala gas yang sedia ada. Saya potong saluran paip gas dari dapur lama dan pasang semula ke dapur baru. Mudah sahaja cara pemasangannya. Cuma perlukan screw driver. 

Pasang semula saluran gas.

Kepala gas pun re-used.

Terbalikkan dan pasang kaki (4).

"Ummi beli dapur baru ke?" Pertanyaan spontan anak-anak bila nampak benda-benda baru di rumah ini. Depa bukan tak tahu Ummi depa ni rajin hantar link shopee kepada sesiapa yang bertuah. Nasib lah siapa yang kena.

Tapi itu semua cerita dulu-dulu. Kini saya dah ada akaun shopee sendiri. So bila-bila rasa nak membeli-belah kita order je sendiri.😁

Sekian.😊

Kelahiran Cucu ke-6: Jom Balik Rumah

Bila anak bongsu saya yang baru beranak sulong hendak berpantang di rumah sendiri, ayahnya siap susun jadual untuk saya bertugas menjaga dalam pantang. Oleh kerana saya pun berpantang sendiri maka kita ikut sahaja apa yang patut. Doktor bagi discaj selepas 4 malam kami berkampung di hospital. Alhamdulillah Mommy dan baby sihat.

Last moment dalam wad... semua dah sedia nak balik rumah.

Nenek excited pegang cucu dalam kereta.

Home sweet home.

Anak saya dah siapkan bilik tidur untuk saya... dah macam nak masuk asrama pulak. Saya pun dah bawak cukup persalinan untuk seminggu. 

Single room for nenek.

Siap meja untuk duduk membaca dan menulis almaklumlah kita suka duduk di meja.

Esoknya awal pagi lagi saya dah mandikan baby. Kita mandi simple-simple je sebab baru pertama kali nak bagi baby kena air.

Done baby's first bath. 

Tak susah mana pun nak menjaga orang dalam pantang. Semuanya Allah mudahkan. Mommy cepat sihat, air susu pun banyak, baby pun pandai menyusu, tidak meragam dan tidur dengan tenang. Saya cuma masak-masak, mandikan baby dan dodoikan baby bila perlu. 

Nenek dah rindu nak balik rumah Ampang pulak.😁

Alhamdulillah done seminggu full-time duduk rumah anakanda. Lepas itu saya bergilir dengan anak sulong yang tinggal di Cyberjaya. Kakak sulong ni memang semangat menjaga adik bongsunya hingga habis pantang. Seronok ada anak saudara ramai-ramai katanya. Mudah-mudahan Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk kita. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tangan Bengkak Terseliuh

Selepas 4 hari menjaga anak bongsu dalam pantang di rumahnya, saya terasa hendak balik menjenguk rumah sendiri. Baru kini saya mengerti rasa...