Hari Guru 2026 bermakna cucu ke-4 saya dah masuk umur 3 tahun. Seperti biasa Papa & Ibu akan buat birthday celebration di rumah mereka dengan kehadiran famili kedua-dua belah pihak.
![]() |
| The invitation. |
Kebetulan juga pada Hari Guru tahun ini saya juga dikurniakan cucu ke-6, yang baru berusia 7 hari semasa majlis meraikan sepupunya. Kiranya depa berdua akan share tarikh lahir yang sama. Mudah nenek nak ingat.
Pada hari kejadian saya masih lagi dalam fasa menjaga anak bongsu dalam pantang di rumahnya. Usai semua urusan mandikan baby dan memasak saya balik ke rumah Ampang untuk tukar baju dan terus gerak ke majlis dengan hubby. Alhamdulillah kami dapat tiba di majlis dalam masa yang ditetapkan dan semuanya berjalan lancar.
![]() |
| Birthday girl bersama nenek dan nenda, dah mengantuk tunggu bergambar. |
![]() |
| The birthday cake. |
Tak banyak gambar yang dapat dirakam. Kita simpan beberapa keping yang ada buat kenangan. Happy 3rd Birthday untuk cucu ke-4 saya. Semoga terus menjadi penyejuk mata Ibu dan Papa hingga keakhirnya. Aamiin. 🌹
Sekian.😊



No comments:
Post a Comment