Walaupun belum due, semua orang excited menunggu kelahiran anak sulong dari puteri bongsu saya. Menurut doktor, baby dah terlebih besar dalam perut dan molek sangat kalau dapat bersalin awal takut-takut makin besar kalau tunggu lama-lama. So sebaik sahaja masuk minggu ke-38 terus sahaja anakanda minta admit masuk wad untuk induce.
 |
| Last jumpa Ummi di rumah Ampang sebelum nak bersalin. Sama temban dan bulat Nenek dan bakal Mommy |
Khamis 14hb Mei 2026
Pepagi lagi anak dan menantu ke hospital di Bangi untuk daftar masuk wad. Saya dan hubby pun bersiap sedia gerak dari rumah Ampang untuk ke hospital, siap packing kain baju untuk check-in hotel sementara menunggu anakanda bersalin nanti. Namun sehingga ke malam, tiada tanda-tanda hendak bersalin walaupun doktor dah masukkan ubat untuk induce. So kita duduk lepak borak-borak dalam wad dan makan-makan. Dah ala-ala family time pulak sebelum semua orang balik rumah memasing.
 |
| Everything is ready. |
 |
| Nenek dan kakak sulong paling excited nak sambut baby. |
Saya dan hubby check-in di hotel bersebelahan hospital, nak standby incase ada apa-apa berlaku dalam masa terdekat. Nak balik Ampang terasa jauh pulak.
 |
| Tok Ayah check-in masuk hotel Gateway Perdana. |
 |
| Simple je ruang bilik hotel dengan perabut dan keperluan asas. |
 |
| Dinner @CRS sebelum semua balik rumah memasing. |
Hingga esoknya, Jumaat 15hb Mei 2026 masih lagi tiada tanda-tanda hendak bersalin… so kita teruskan aktiviti borak dan makan famili hingga ke malam for second round.
 |
| Sarapan @ kedai apa entah lupa dah, tapi bubur nasi dia boleh tahan, sedap. |
 |
| Early lunch @Mok Su Nab, Bangi dengan anak no-2. |
Sementara hubby dan menantu saya pergi solat Jumaat, kami the girls duduk berkampung dalam wad ambik peluang berborak macam-macam sambil bagi galakan untuk baby keluar cepat-cepat. Namun hingga ke malam masih lagi baby nak bersenang-senang dalam perut Mommy. Doktor pun tidak hendak memaksa-maksa, biarlah baby keluar sendiri bila tiba masanya. So, kita tunggulah hingga hari esok pulak.
 |
| Berkampung lagi hingga malam ke-2. |
Esoknya, Sabtu 16hb Mei 2026 pepagi lagi doktor dah pecahkan air ketuban. Kemudian anakanda ditolak masuk ke labour room. Again, pepagi lagi saya dan hubby dah datang melawat di O&G. Alhamdulillah sempat berjumpa dengan anakanda sebelum tidak dibenarkan keluar dari labour room hingga lepas bersalin.
 |
| Semangat Ummi Ayah menemani anak bongsu. |
 |
| Dah nak masuk labour room pun sempat berposing lagi. |
Akhirnya by pukul 3:30 petang doktor decide untuk buat C-sec sebab baby macam malu nak keluar sendiri. Alhamdulillah cucu ke-6 saya, baby girl selamat dilahirkan melalui pembedahan pada hari Sabtu, 16hb Mei 2026.
 |
| Welcome to world baby girl.😍 |
 |
| Daddy dah siap ready bunga untuk Mommy. |
 |
| Semoga cucu ke-6 saya membesar dengan sihat. |
 |
| The proud Nenek dan Tok Mama (for cucu sulong). |
 |
| The proud Nenek dan Tok Ayah dengan cucu ke-6 yang baru berusia sehari. |
Alhamdulillah, another special hadiah sempena Hari Guru untuk kedua-dua nenek (bekas cikgu) dan Tok Mama yang juga seorang guru di Hari Guru 2026. Semoga Allah merahmati kita di dunia dan akhirat. Aamiin.🌹
Sekian.😀
No comments:
Post a Comment