Pangkal pokok kemboja di laman saya agak buruk dikerjakan pakcik pemotong rumput. Setiap kali dia datang saya akan pesan supaya rumput keliling pangkal pokok perlu dicabut pakai tangan sahaja. Jangan guna mesin takut-takut tali mesin tu membidas kulit batang pokok. Tapi tetaplah dia bantai pakai mesin. Sudahnya habis pangkal pokok tu luka-luka. Bagi melindungi kesan luka (parut) di pangkal pokok kemboja tu saya tanam pokok-pokok kecik di sekelilingnya. Hujung tahun lepas saya dah tanam pokok melur kubur keliling pangkal pokok. Tapi saya tak puas hati dengan tumbesaran pokok melur kubur itu. Banyak daunnya dimakan ulat dan batang pun mula kering. Akhirnya selepas hampir 6 bulan saya decide untuk ganti dengan pokok baru pulak.
| Sebelum daun melur kubur dimakan ulat. |
Mengambil inspirasi daripada rakan sekerja dahulu saya nekad membeli pokok baru. Kebetulan hubby ajak sarapan di Bangi so ayuhlah kita lajak ke nursery pokok pulak. Saya beli pokok (tak pasti nama apa) sebagai ganti pokok lama. Rupa-rupanya batang pokok yang agak lembut menjadi tarikan sang siput babi pulak. Pepagi hari saya akan turun ke laman membuang siput-siput yang datang bertandang. Tak sampai beberapa minggu habis gondol daun-daun pokok menjadi menu kenduri sang siput. Kebetulan pulak saya tiada di rumah untuk beberapa ketika menjaga anak bongsu dalam pantang, maka bermaharajalelalah siput-siput berdondang sayang.
![]() |
| Pokok baru yang menjadi tarikan siput babi sebelum habis tinggal tunggul. |
Terkini saya ganti lagi dengan pokok yang lain pulak. Kali ini saya cuma cucuk/tanam batang pokok yang saya pangkas dari induknya. Kita tengoklah perkembangan seterusnya. Hari ini (selepas seminggu) ditanam, pokok tersebut nampak masih segar.
![]() |
| Pokok berdaun kecil yang saya cucuk selepas dipangkas dari induknya. |
Mudah-mudahan tercapailah hasrat mengindahkan kawasan pangkal pokok kemboja di halaman rindu ini. Aamiin. 🌹
Sekian.😊


No comments:
Post a Comment