Wednesday, 8 July 2026

Ganti Dapur Gas Belakang Rumah

Dah lama dapur tambahan belakang rumah ni rosak tapi tak sempat berganti. Oleh kerana malas nak keluar ke kedai, akhirnya saya minta anak no-2 orderkan secara online. Alhamdulillah dapur gas yang dinanti tiba dengan selamat.

Saya pilih dapur gas biasa sahaja. Kali ini saya ambik yang ada dua tungku pulak supaya mudah nak masak banyak-banyak.

Bungkusan plastik biasa.

Saya guna semula saluran paip dan kepala gas yang sedia ada. Saya potong saluran paip gas dari dapur lama dan pasang semula ke dapur baru. Mudah sahaja cara pemasangannya. Cuma perlukan screw driver. 

Pasang semula saluran gas.

Kepala gas pun re-used.

Terbalikkan dan pasang kaki (4).

"Ummi beli dapur baru ke?" Pertanyaan spontan anak-anak bila nampak benda-benda baru di rumah ini. Depa bukan tak tahu Ummi depa ni rajin hantar link shopee kepada sesiapa yang bertuah. Nasib lah siapa yang kena.

Tapi itu semua cerita dulu-dulu. Kini saya dah akaun shopee sendiri. So bila-bila rasa nak membeli-belah kita order je sendiri.😁

Sekian.😊

No comments:

Ganti Dapur Gas Belakang Rumah

Dah lama dapur tambahan belakang rumah ni rosak tapi tak sempat berganti. Oleh kerana malas nak keluar ke kedai, akhirnya saya minta anak no...