Friday 11 December 2020

Plant challenge fever dan pokok Siti Zubaidah

Minggu lepas sibuk dok mengepos gambar-gambar tanaman ke dalam fb. Kisahnya ada challenge daripada sahabat gojezes ex-MRSMKB'84. Tak semena-mena terkena nominate untuk pos gambar-gambar bekenaan setiap hari selama 10 hari. Maka terpaksalah saya mencari sudut-sudut yang sesuai  di halaman rindu untuk diambil gambar dan upload ke fb. Alhamdulillah dapat jugak saya selesaikan challenge selama 10 hari dengan penuh sabar. Memula tu cuak jugak takut tak boleh nak bagi komitmen tapi Alhamdulillah berkat sokongan sahabat gojezes, selesai jugak tugasan yang diberi. Beriya-iya pulak macam nak kena submit assignment.

Day 1-6

Day 7-10

Pabila dah setiap hari menilik pokok-pokok yang ada, tetiba pulak terasa nak menambah koleksi. Dah lama saya berkenan dengan pokok hydrangea atau pokok bunga Siti Zubaidah atau pokok bunga tiga bulan. Saya dah pernah tanam pokok ni awal tahun lepas tapi belum sempat berbunga meriah dah jadi arwah. Alhamdulillah masa saya beli dulu pokoknya dah berbunga cantik. Jadi sempatlah syok sendiri mengagumi bunga yang ada.

Done, February 2019.

Oleh kerana masih lagi dalam fasa PKP, maka kita browse nursery pokok secara online sahaja. Kebetulan ada anak dara yang bagi full support, maka kita terus place order via Shopee. Alhamdulillah saya order petang Selasa, malam tu depa pos, petang hari Rabu dah sampai dalam keadaan baik. Pokoknya segar tapi takde bunga. Petang hari Khamis saya tanam dalam pasu dan simpan di tempat teduh dahulu. Selepas dua hari di tempat teduh saya letak di tempat panas tapi masih terlindung dari terik mentari. 

Keadaan pada 6 Disember 2020, pukul 2.30 petang ..


Keadaan pada 8 Disember 2020, pukul 8.30 pagi.


Ni dah masuk minggu kedua, keadaannya masih sama pada setiap pagi dan petang. Pepagi nampak segar, bila dah masuk pukul 10 pagi daunnya mula terkulai hingga ke petang. By awal pagi esoknya nampak segar semula, lepas tu layu, lepas tu segar, lepas tu layu...., tak tahulah sampai bila. Kita tunggu dan berdoa sahaja agar pokoknya hidup subur. Mudah-mudahan as time goes by, dia serasi dengan keadaan di tempat baru dan dapat hidup dan membesar bagai johan dan mengeluarkan bunga-bungaan yang diidamkan.  

Monday 2 November 2020

Pohon limau di tepi pagar

Saya tak pasti bila pokok limau ni mula tumbuh. Jenis limau apa pun saya tak pasti. Yang pasti ianya pokok limau berdasarkan bau daunnya yang sedap seakan bau limau. Seingat saya tak pernah pulak saya tanam pokok limau. Rasanya ia bercambah hasil dari bawaan burung yang bertenggek di atas pagar rumah ini. Awal kemunculannya saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya biarkan sahaja ia tumbuh di celah-celah pokok lengkuas. Kawasan tepi pagar tu memang saya khaskan untuk pokok lengkuas. Selain untuk kegunaan masakan saya jadikan pokok lengkuas tu sebagai 'hedge' atau penghadang pandangan mereka yang lalu-lalang di luar pagar.

Lama juga pokok limau tu struggle untuk membesar sebab terpaksa bersaing dengan pokok-pokok lain sekitarnya. Di sebelahnya saya tanam pokok betik. Bila pokok betik tu mula membesar, daunnya menghalang pokok limau tu dari cahaya matahari. Jadi hiduplah ianya dengan segan-segan tapi mati tak mahu. Saya tebang pokok betik tu apabila habis mengeluarkan hasil, maka dapatlah pokok limau tu bernafas semula. Tetiba pulak ia mencanak naik meninggi ke atas setelah merana lebih 3 tahun. Dan saya pun mula rajin menyiram dan membaja dengan penuh kasih sayang. Sepatutnya bila masuk umur 5 tahun ianya dah mula berbunga dan berbuah. Maka rajinlah saya membuat kajian dengan Pakcik Google tentang cara-cara nak menggalakkan pokok limau berbuah. Salah satu caranya ialah membuat gelang di keliling batang pokok selebar 2 cm. Maka pada suatu hari yang indah saya pun memulakan projek menyiat kulit pada batang pokok limau tu. Saya pilih batang yang sesuai dengan ketinggian saya sahaja. Almaklum lah makcik ni katek, so kita pilih batang yang rendah sahaja.


Kita pilih bahagian maksima untuk dikorbankan. Jenuh juga nak hiris kulit batang tu dek duri yang tajam. Beberapa kali jugak terpaksa berhenti sebab jari dan tangan tertusuk duri.

Sebelum.

Selepas.

Siap di kelar pada 20hb Ogos, 2020


Setiap hari kecuali hari hujan saya akan siram pada waktu pagi dan petang dan bubuh baja selang dua minggu. Alhamdulillah pokok naik meninggi tapi masih tidak berbunga walaupun kulit baru dah tumbuh dan bercamtum semula. Selepas dua bulan saya nampak beberapa kuntum bunga mula tumbuh tapi gugur selepas dua hari. Selepas menunggu dua minggu tanpa kemunculan bunga baru maka saya putuskan untuk tebang sahaja batang yang naik meninggi dan semua ranting yang ada tinggal tunggul sahaja. Saya dapat petua daripada seorang sahabat. Katanya kita kena bagi pokok tu stress supaya ia terpaksa mengeluarkan hasil. Maka saya tebang dengan harapan ia akan mengeluarkan pucuk dan ranting baru. 

Pokok asal, kurus meninggi. Takut pulak nanti tumbang ditiup angin.

Dah clear, tinggal batang sahaja di celah-celah pokok lengkuas.

Tinggal batang togel.

Lepas dah siap potong bahagian dahan dan daun, nampak buruk pulak tinggal batang tinggi macam tu maka saya potong lagi bagi rendah supaya senang nak petik hasil bila dia merimbun semula nanti. Bukan main lagi makcik berangan...

Finally tinggal tunggul setinggi 2 kaki  sahaja.

Sayang pulak tengok dahan yang dah kena tebang.

Mudah-mudahan ada rezeki makcik nak merasa hasil tanaman sambil berkongsi dengan orang lain juga. Kita tunggu sahaja sebulan, dua bulan, setahun dua tahun. Kalau ada rezeki tidak ke mana.

PS: Siap di tebang pada jam 8.30 pagi, 2hb November 2020. Lepas ni kita jadi penunggu setia.

Wednesday 30 September 2020

Pokok bunga balung ayam

Dah lama saya mengintai-intai pokok bunga balung ayam. Masa zaman saya kecik-kecik dulu selalu nampak pokok bunga ni di halaman rumah jiran-jiran di kampung. Tapi sejak dah dewasa ni jarang benar nampak pokok bunga ni di mana-mana. Baru-baru ini tiba-tiba terjumpa di nursery pokok di Bangi. Kebetulan saya singgah di sana mencari pokok bunga kantan tapi tidak berjumpa, terjumpa pulak pokok bunga balung ayam. Apa lagi... terus jatuh cinta. Depa ada banyak stok, tanam dalam polibeg. Depa jual dengan harga RM7 sepohon. Saya ambik sepohon sahaja. Kita cuba dulu samada serasi atau tidak.

Menambah ceria di halaman rindu.

Mula-mula saya letak di celah-celah pokok udang merah.

"Cantiknya warna bunga dia..."

"Pokok ni senang membiak. Nanti sekejap sahaja dah penuh anak pokok sekeliling induknya...."

"Elok tanam kat satu tempat je biar nampak rimbun..."

Macam-macam komen saya terima daripada sahabat-sahabat yang sama hobi macam saya. So saya pun mencari-cari tempat yang sesuai. Akhirnya saya pilih satu plot tanah khas untuk depa membiak. Asalnya tempat tu bekas tunggul pokok bunga raya yang telah saya tebang sebelum ini. Saya korek buang tunggul yang dah reput dan gantikan dengan pokok bunga balung ayam pulak.

Menanti masa nak tanam semula.

Siap.

Mudah-mudahan membiak dengan jayanya.

PS: Tiba-tiba terasa nak menambah koleksi pulak...

Monday 28 September 2020

Bateri Accord Kong lagi?. (ii)

Sejak PKP bemula pada pertengahan bulan Mac sehingga masuk bulan Jun yang lalu bermakna selama itu jugalah kereta accord ni tak bergerak ke mana-mana. Sebelum ni ada juga beberapa kali hubby dok test enjin. Hidup elok je. Tapi lepas sebulan terbiar begitu sahaja tiba-tiba sahaja pintunya tak boleh dibuka. Remote control pun macam dah stuck/jam. Setelah beberapa kali mencuba masih tak berhasil maka saya berfirasat remote control kereta tu dah takde bateri. Terus saya bawa kunci tu ke kedai hardware untuk diganti baterinya. Depa caj RM19.90 untuk bateri lithium. Dengan rasa excitednya saya balik rumah terus mencuba lagi. Malangnya tetap tidak berhasil.

Akhirnya terpaksa panggil orang bengkel kereta datang tengok. Alhamdulillah responnya sangat baik. Saya call je terus depa setuju nak datang.

"Berapa lama akak tak start ni?" Haha... kalau dah tuannya asyik berkurung kat rumah, haruslah kereta tu pun turut berkurung juga sepanjang PKP ni. Saya isi minyak sebelum PKP yang lepas hingga kini tak luak lagi.

"Takpa... kita jump dulu tengok macamana." Laju je orang bengkel tu buat kerja. Tak sampai lima minit semua setel.

"Okay, kakak biarkan enjin jalan selama 30 minit. Bagi dia caj dulu. Nanti semua akan okay." Dia pulang tanpa meminta apa-apa bayaran. Free of charge katanya. Dan saya pun biarkan sahaja enjin kereta berjalan selama 30 minit. Tapi disebabkan hubby 'work from home' dan tetiba nak buat meeting online dan-dan tu jugak maka terpaksalah saya tutup enjin kereta sebelum sampai 30 minit. Buat meeting online depan lounge dengan enjin kereta dok mengaum dalam porch memang gandingan yang sangat menyesakkan. 

Esoknya saya cuba hidupkan balik enjinnya tapi accord tu dah merajuk semula. Saya pun panggil mekanik tu lagi sekali. Dan sekali lagi responnya sangat baik. Dia datang naik motor dengan seorang lagi pekerja.

"Kita bawa balik bengkel lah kak. Tengok apa masalah sebenarnya..." Saya biarkan depa jump start, lepas tu terus biarkan depa bawa balik kereta ke bengkel. Kebetulan pulak masa tu hubby sedang bersiap sedia untuk meeting online lagi sekali. 

"Awak biarkan orang bengkel ambik kereta Accord. KERETA ACCORD tu!!! Tinggi sangat kepercayaannya. Ni mesti tak pernah dengar cerita orang bengkel buat onar dengan kereta ni!!! Nanti dia ambik barang-barang dalam tu dan ganti dengan barang lain baru padan muka......" adoi panjang lebar pulak kena bebel dengan hubby.

Apa lagi, terus saja saya bergegas ke bengkel kereta. Sebelum tu saya dah mesej depa supaya jangan usik apa-apa dalam kereta tu. Bila saya sampai, nampak depa dah buka bahagian enjin kereta. Katanya takde masalah dengan bateri kereta. Bateri fully charged. Depa kata ada masalah alternator dan dah siap dengan sebut harga kalau nak repair kat situ. Harga alternator brand new depa quote RM1060. Kalau nak murah sikit depa boleh cari yang recond dengan harga RM780 dan yang secondhand berharga RM730. Mahu tak mahu, terpaksalah saya cook-up reason kengkonon tak cukup bajet nak repair.  

"Okay, kita boleh repair later bila kakak dah cukup duit..." Depa tidak minta apa-apa bayaran jadi dengan rasa bersalahnya saya tinggalkan RM20 sebagai upah susah-payah depa setelkan masalah sebelum ini. Dan sementara enjin masih panas tu saya bawa balik kereta ke rumah semula. Lepas tu saya buat booking untuk servis kereta di pusat servis Honda yang bertauliah. Sementara menunggu tarikh temujanji tiba saya keep on start enjin pada setiap pagi, tengahari dan petang dan biarkan enjin berjalan selama setengah jam pada setiap kali. Alhamdulillah enjin boleh hidup setiap kali saya start. 

Bila saya bawa kereta untuk diservis rupa-rupanya tak ada masalah besar pun. Cuma enjin tak cukup panas dek kerana lama tidak dihidupkan. So kesan daripada saya dok start kereta setiap hari memberi nafas baru kepada sistem enjin. Saya cuma perlu buat servis biasa dan Alhamdulillah Accord tu dah boleh berjasa semula hingga kini.

PS: Masa kena bebel dengan hubby haritu sentap sampai ke langit ketujuh. Bila dah setel semua baru nampak hikmah disebalik semua itu...

Saturday 26 September 2020

Covid-19: Akok PKP datang lagi.

Masa orang hanya boleh duduk rumah dan sibuk memasak untuk keluarga, macam-macam innovasi yang keluar. Kebanyakannya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada dalam rumah sahaja. So kita pun tumpang sekaki mencuba resepi yang lalu lalang kat fb dan grup wasap.

>>> Resepi akok mudah.
  • 10 biji telur ayam
  • Satu cawan santan pekat
  • 4 sudu besar tepung gandum 
  • Dua cawan air nise/gula melaka*
  • Secubit garam
* Masak 4 keping nise/gula melaka dengan air hingga larut.
 
>>> Blend semua bahan dan bakar. Saya pakai sandwich maker sahaja. Tapi haruslah sabar menunggu sebab lubang acuan tu hanya boleh letak sikit-sikit sahaja. Lepas tu masak macam masak sandwich biasa.


Nampak macam roti telur pulok.

First batch.

Second batch.

Done.... walau tak semenggah.

"Awat nampak macam roti telur?"
"Sedap la jugak... ada rasa."
"Sedap akok Ummi...."

Jangan pandang pada rupa.

PS: Mudah-mudahan musim covid ini tidak berulang lagi. Moga Allah bantu.

Monday 21 September 2020

Weekend Breakaway: Hotel Tamu, Kampung Baru part 2

Malam semalam dah berehat dengan senang hati so pagi esoknya kita rise and shine melihat keindahan hutan batu di kota metropolitan ini. Jarang-jarang saya dapat peluang melihat persekitaran dari saujana mata memandang. Jadi dengan peluang yang ada ini kita lihat sahaja apa yang boleh dilihat. 

Kalau baca dalam berita, Kampung Baru ini selalu berdepan dengan isu tanah dan pembangunan. Masa saya di sekolah menengah dahulu kami pernah kena buat karangan mengenai masalah setinggan dan kemiskinan di Kuala Lumpur. Masa tu masih blur-blur nak cari fakta sebab kami hanya boleh buat rujukan daripada surat khabar sahaja. Sekarang baru ada peluang melihat sendiri jurang perbezaan antara penduduk yang hanya dipisahkan oleh jalan raya. Di sebelah sana dengan bangunan pencakar langit, di sebelah sini masih ada rumah rendah beratap zink dan berdinding kayu.



Tapi bahagian yang paling best duduk di Kampung Baru ialah kemudahan pilihan makanan yang banyak dan murah. Pilih sahaja nak makan apa, akan tersedia warung atau restoran yang sesuai di sekeliling hotel. Tak perlu pergi jauh, semuanya boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja. Untuk sarapan pagi hubby pilih nak makan nasi berlauk so kami cari restoran masakan Kelantan. Lepas tu tapau makanan untuk bekal saya melepak di hotel sementara menunggu hubby berprogram. Tengahari keluar cari lunch di Restoran Rose Nasi Padang pulak.

Melepak sambil menikmati the all time favourite laksa Johor.

Usai program hubby sebelah petang kami curi masa untuk melawat kolam renang yang terletak di tingkat 14. Pengunjung sangat ramai, budak-budak mandi-manda dan keadaan agak sesak. Kami ambik peluang bergambar berlatar-belakangkan bangunan KLCC sahaja.




Bila dah lewat petang haruslah berfikir tentang dinner pulak. Kebetulan anak bujang dan anak dara tu ikut datang sekali for dinner so kita teruskan perjalanan ke KLCC sahaja. Sementara sibujang pergi ambik kereta kita posing lagi, buat kenangan katanya.


Kami pilih Restoran Serai @ KLCC. Katanya milik Chef Adu dan kebanyakan makanannya berasaskan batang dan daun serai. Hubby order nasi kerabu, nasi lemak for anak bujang dan spageti for anak dara. Saya pilih nasi campur.


Layan bebudak zaman moden.



Serai speciality for me.

Dah alang-alang malam di KLCC, apa lagi kita nikmati air pancut dengan lampu-lampu di laman KLCC pulak. Saja nak buang masa sebelum check-out untuk balik rumah.




Alhamdulillah program hubby berjalan lancar. Program saya juga berjalan lancar. Walau tak buat apa-apa, jadi peneman sepanjang jalan pun dah rasa sibuk semacam. Till next program, kita balik rumah recharge minda dan tenaga dulu.

Saturday 19 September 2020

Sahkan Medical check-up pulak

Untuk kesekian kalinya puteri bongsu tu nak kena buat medical check-up lagi. Fisrt time dulu buat masa nak masuk asrama, kemudian lagi sekali masa nak masuk kolej, sekarang nak kena buat untuk apply biasiswa/loan sambung belajar pulak. Dan Alhamdulillah Umi terchenta ni dah faham selok-belok nak siapkan kerja-kerja yang sepatutnya. 

Bila dapat borang medical check-up tu of courselah kami decide untuk terus ke klinik swasta sahaja. Walaupun klinik tu tak ada servis x-ray, tapi menurut doktor yang bertugas, depa boleh guna result x-ray sedia ada asalkan masih dalam enam bulan. (Result x-ray valid dalam masa enam bulan). So kami guna result x-ray masa buat medical check-up untuk masuk kolej haritu. Cuma perlu tambah ujian darah dan urine test sahaja sebab urine dan blood test kena buat yang baru. Ujian darah tu agak extended merangkumi ujian untuk Hep A, B dan C. Plus ujian untuk HIV 1 dan 2 jadi kosnya agak mahal. Kita kena tunggu 3 hari bekerja untuk mendapatkan result ujian darah tu. Doktor ambik darah hari Isnin, tolak cuti Hari Malaysia pada hari Rabu, hari Jumaat baru dapat result. Mengikut arahan pada borang yang diberi, semua yang buat medical check-up di klinik swasta perlu mendapatkan pengesahan doktor di klinik kerajaan. Maka usai sahaja ambik result di klinik kami terus ke Klinik Kesihatan berdekatan. Kami pilih KK Keramat AU2 sebab paling dekat dengan rumah. Mudah sahaja urusannya. Datang sahaja terus ke kaunter pendaftaran dengan membawa semua keputusan ujian, x-ray dan laporan doktor yang lengkap. 


Laporan dan keputusan ujian mesti lengkap.

Lepas depa semak semua apa yang patut, depa bagi nombor giliran dan minta bayaran RM1 sahaja.

Resit bayaran. RM1.


Kemudian, menggunakan nombor giliran yang sama kita pi tunggu untuk berjumpa doktor pulak. Keadaan sangat tenang dan damai. Mungkin sebab hari Jumaat dan kami berurusan dalam pukul 11 pagi, mungkin ada advantage di situ, orang pun tak ramai. 

Bilik doktor.

Selepas bertanya beberapa soalan doktor terus tandatangan dan bagi cop buat pengesahan. Alhamdulillah semua urusan selesai dalam masa setengah jam sahaja. 

"Cantiknya doktor... Muda je, macam budak U. Pakai mask pun cantik.! Rasa nak ambik medik pulak..." Cik Mek tu tak habis-habis teruja dengan doktor cantik tu.

"Tapi kenapa sebelum-sebelum ni kita tak buat medical check-up kat KK? Bayar seringgit je pun..." Itulah soalan yang tak pernah saya tanya dan tak pernah saya jawab. Mungkin perlu difikirkan jika ada keperluan selepas ini.

Friday 18 September 2020

Weekend Breakaway: Hotel Tamu, Kampung Baru part 1.

 "Ummi tidur hotel ke? Sapa teman? Gi sorang ke?" 

Seperti biasa setiap kali saya keluar rumah mesti anak-anak concern siapa nak teman. Padahal dah tahu semuanya sibuk, maknanya takde sapa pun yang boleh teman. Dan saya pun tak ada masalah nak jalan sensorang. Asalkan minyak kereta penuh, touch and go cukup, hp dan kad bank on point kita tawakkal pada Allah sahaja. 

Dan pada petang Jumaat yang mulia ini kita redah jam masuk KL. Sebenarnya tak jam mana pun sebab saya jalan menongkah arus. Dalam orang sibuk nak keluar dari bandaraya KL untuk balik rumah, kita masuk KL untuk jumpa hubby kat Hotel Tamu, Kampung Baru. Hubby dah gerak terus dari tempat kerja usai solat Jumaat tadi, terus join program hingga pukul 5:00 petang. 

Saya gerak dari Ampang lepas Asar. Awalnya google map suggest ikut AKLEH, tetiba tukar route ambik DUKE pulak. Mana-mana route pun boleh tiba ke Kampung Baru dengan selamatnya. Perjalanan dari rumah hanya 20 minit sahaja. Tapi nak cari parking pun sama lama dengan masa perjalanan. Depa sediakan parking dari tingkat 1 hingga tingkat 8. Puas saya pusing dari tingkat satu, akhirnya rezeki dapat parking di tingkat 7. Rupa-rupanya harini pihak hotel banyak buat program sebab tu ramai pengunjung dan parkir pun penuh. 

Snap gambar tempat parkir buat pedoman.

Depa bagi bilik di tingkat 17 mengadap KL Tower. So bolehlah melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur secara dekat. 

Nampak selesa.
 
Sementara hubby berprogram kita isi masa dengan berangan sambil memandang saujana KL. Sekitar kawasan hotel ini dikelilingi dengan restoran dan gerai makan dan boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja.



Sebelum hubby sambung program sebelah malam kita take a break pi cari dinner kat Kampung Baru dulu. Kami tidak bercita-cita tinggi dalam makanan. Semua menu back to basic. 

"Dah boring makan makanan hotel..." Katanya. So kita layankan saja.

Nasi kerabu for him.

Nasi campur for her.

Dinner is done.

Usai dinner kita menapak balik hotel untuk program hubby sesi malam pulak. Sementara menunggu hubby habis program kita isi masa dengan meng'update' blog dan sambung beruzlah.

Masjid Kampung Baru.

Night light dari tingkap bilik.

Siang vs malam.

Cukup untuk malam ini. Esok kita cerita lain pulak.

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...