Wednesday 31 July 2019

Bahan asas memasak.

Setiap kali masak bihun goreng, hubby selalu mention nak bihun goreng kering dan setiap kali juga bihun goreng saya tak cukup kering mengikut skalanya. Namun begitu, katanya bihun goreng saya tetap sedap, dan terbukti kuali akan licin setiap kali menggoreng. Tak pernah pulak dapat saya bayangkan bagaimanakah rupa bentuk bihun goreng kering yang dimaksudkan itu. Saya adalah penggemar bihun sup maka pada hemat saya kalau terlajak kering kang tercekik pulak. 

Kebetulan masa gi Penang baru-baru ni saya dijamu dengan bihun goreng yang sedap dan kering. Selidik punya selidik barulah saya tahu bahawsanya kering atau tidak bihun goreng itu bergantung kepada jenis bihunnya. Katanya bihun cap kapal yang paling bagus untuk menghasilkan kualiti bihun goreng kering yang sedap. Biasanya saya guna bihun cap bintang, jasmine atau faiza. Jadi apabila hubby sebut lagi nak makan bihun goreng maka saya pun menjelahlah ke beberapa kedai runcit sekitar perumahan ini nak cari bihun cap kapal tapi tidak berjumpa. Yang ada hanya bihun cap kapal layar. Tak kisahlah. Kita cuba je setakat yang ada. 

Asalkan ada logo Halal, kita tawakkal sahaja.

Saya masak macam biasa sahaja cuma saya kurangkan air masa nak masukkan bihun selepas menumis segala perencahnya. Bila difikirkan balik, mungkin boleh sahaja saya guna mana-mana brand pun, cuma kena kurangkan air dan kacau selalu agar kuali tidak melekat. Alhamdulillah menjadi jugak hasil usaha yang tidak seberapa itu. Yang penting dapat memenuhi hajat orang mengidam.

Bihun idaman.

Satu tabiat saya ialah memastikan stok bahan masakan sentiasa tersedia. Biarpun memasak bukan hobi saya namun saya sentiasa pastikan bahan asas tak akan putus. Bahan asas yang wajib ada sudah semestinya bawang blend dan cili boh. Bila-bila masa sahaja saya akan buat stok bawang blend dan simpan dalam peti sejuk. Begitu juga cili boh, wajib yang homemade. Saya akan cari cili kering yang kurang pedas kat pasar malam atau pasar pagi. Lepas tu gunting kecik-kecik dan rebus hingga mendidih. Bila dah lembut, tapis dan basuh hingga air basuhannya jernih. Lepas tu blend dan simpan dalam peti sejuk.

Campuran bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia.

Blend....

Siap.

Cili kering potong kecik-kecik.

Blend... siap.

Bila-bila masa teringin nak memasak, kita senduk je buat menumis. Setakat ini setiap kali memasak ini sahaja bahan asas yang saya gunakan. Lepas tu tambahlah bahan lain seperti kunyit ke, serbuk kari ke, rempah kurma, kuzi, rendang, gulai darat dan sebagainya bergantung kepada menu masakan yang dihajati. Nak buat nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, goreng sayur, sayur campur dan lain-lain pun boleh, hanya tambah bawang putih yang diketuk serta udang, sotong, ayam, daging, fishcake, fish ball dan apa sahaja yang terlintas dihati....

Alhamdulillah...jimat masa dan tenaga.

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...