Showing posts with label Cuddly cuties. Show all posts
Showing posts with label Cuddly cuties. Show all posts

Tuesday, 8 December 2015

Teman setia..... Setia menemani.

Semalam teman hubby pi USIM. Sebenarnya bukan pi USIM pun. Seperti biasa saya drop hubby kat USIM lepas tu bawa kereta buat program sendiri. Hubby ada kelas sampai kol 9.15 malam so kengkonon saja la nak teman sembang dalam kereta takut mengantuk masa nak drive balik memalam nanti. Alang-alang dah cuti sekolah boleh lah isi masa sambil-sambil cuci apartment kat Nilai tu. Dah berhabuk dan bersawang. Sambil-sambil tu berangan macamana nak deko lepas buat renovation nanti. Semenjak dah bebas dari tanggungjawab pengurusan sekolah sekarang ni otak dok fikir pasal pengurusan rumah tangga merangkap 'pengurusan' diri pulak. Sebenarnya saya lebih concern tentang pengurusan diri yang dah mula mengumpul lemak di tempat yang tak sepatutnya. Nak berjogging dah tak larat so kita keluarkan peluh dengan aktiviti dalam rumah sambil berkebun.....

Apartment tu dah ada sejak hubby join USIM lagi. Sebagai tempat transit bila-bila masa hubby ada kelas lewat malam dan penat nak drive balik Ampang. Hanya ada keperluan asas seperti set bilik tidur, sofa dan TV sahaja. Setakat ni kami hanya take away atau makan kat kedai. Malas nak masak-masak selagi belum ada kabinet dapur. Perangai saya sejak dulu, perkara pertama yang akan saya tengok kat mana-mana rumah adalah kabinet dapur. So setiap kali pindah rumah perkara pertama yang wajib ada adalah kabinet dapur. Padahal bukannya rajin masak pun. Saja perangai pelik sejak azali gamaknya. Hubby pun dah faham perangai saya. 
The Windmill Station@Nilai.

"Kalau kita pindah Nilai sapa nak jaga anak-anak kucing tu?"

Entahlah..... saya pun tak terfikir sampai ke situ lagi. Lagipun rasanya sempat kot budak-budak tu membesar sebelum kami pindah. At least nak biarkan Amin sekolah kat Gombak sampai habis SPM dulu. Kita hanya merancang. Allah yang akan tentukan nanti.

Hari ni dah masuk 2 bulan usia anak-anak kucing ni. Tapi masih menyusu. Sebelum ni dah ada kawan-kawan Nina dah siap booking anak-anak kucing ni. Tapi dah besar begini sayang pulak nak bagi kat orang. Sementara cuti ni kami bela je dulu. Penat memang penat. Terutama dalam hal kebersihan. Tapi layankan jelah. Sapa lagi nak jaga depa kalau bukan saya. 

Bujay, pengganti Abu.
Lijah, copy paste bapaknya. Cuma ekor tak cukup panjang. 
Malik Noor paling banyak makan. Badan dah nak sama saiz dengan maknya.

Walaubagaimanapun semua anaknya tak boleh lawan kecomelan Abuni zaman anak dara. Rasanya Abuni juga seusia budak-budak ni masa mula-mula datang rumah saya dulu. Kesian dia tak sempat nak enjoy zaman single dulu. Tiba-tiba je dah termengandungkan anak-anak Ali. 

Abuni zaman anak dara sentiasa menemani saya buat kerja.

Hingga kini pun Abuni masih setia menemani saya bermula subuh hari, setiap hari tanpa gagal. Bersama-sama anak-anaknya menceriakan keluarga kami.

PS: Teman yang baik akan sentiasa bersama kita dalam suka dan duka, susah dan senang.....

Thursday, 12 November 2015

Abuni Pindah Rumah........

Sedar tak sedar dah lebih sebulan Abuni jadi mak. Alhamdulillah hingga kini anak-anaknya membesar dengan sihat. Semuanya hidup dengan selamat. Setakat ini belum dapat dipastikan berapa bilangan jantan dan betina. Semuanya nampak sama je.

Dalam masa sebulan hayat mereka, bukan main bersuka ria buat bilik Amin macam rumah sendiri. Dah la beranak dalam laci baju, habis merata sudut depa buat territory sendiri. Risau pulak takut depa melepas najis sesuka hati. Setakat ni Alhamdulillah Abuni sangat mengambil berat tentang kebersihan anak-anaknya. 
Lapik kaki depan bilik air dah jadi port baik depa.. 
Dari kiri...Bujay (yang sulung), Malik Nor (no 2), Alijay (ke3) dan Pokpok (bongsu)...
Elok je depa susun diri sendiri ikut usia memasing.

Sebelum ni saya sediakan makanan Abuni beserta airnya dalam bilik Amin. Kesian pulak nak suruh dia turun makan kat bawah. Takut bentan. Eh...ada ke kucing bentan lepas beranak? Sejak anak-anak kucing tu dah mula pandai keluar dari laci sibuk pulak depa join sekaki  menjamu selera makanan maknya. Tetiba pulak bilik Amin mula mengeluarkan aroma yang kurang enak. Saya suspek anak-anak kucing tu dah mula terberak tercirit sebab makan makanan yang tak sesuai dengan umur depa. Takut rosak pulak segala usus dan ginjal nanti. 
Sebenarnya saya dah sediakan tempat penginapan mereka di bahagian hujung balkoni rumah kami. Kemain bertaraf 4 bintang. Konon apabila anak-anak kucing tu dah besar sikit boleh lah letak depa kat situ. Saya lapik tikar getah supaya senang nak cuci sekiranya anak-anak kucing tu terberak terkencing merata. Tapi.......tiba-tiba pulak si Abuni tu buat port berak dia kat situ. Padahal kawasan luar rumah saya ni banyak je tanah untuk dibuat jamban. Boleh pilih je mana-mana port yang dia suka. Kat balkoni tu jugak dia nak melepas. Kemain dah tak nak turun berak kat luar rumah. Kengkonon masih dalam pantang tak boleh nak turun tangga. Dah la makan tido dia saya jaga, sekarang nak kisahkan kencing berak dia pulak. Jenuh la pulak saya nak kena buang dan cuci taik kucing tua tu. Adoyai......sabar je lah. Setakat taik anak kucing tu boleh tahan lagi. 


Akhirnya saya terpaksa pindahkan mereka ke tempat yang lebih sesuai, yang kurang menyusahkan saya. Kesian Amin terpaksa menahan bau-bauan yang menyesakkan saluran pernafasan selama ini. So hujung minggu baru ni dengan bantuan Ein dan Nina, kami bertungkus lumus menguruskan proses perpindahan anak-anak kucing tu. Kawasan laundry belakang dapur saya pulak menjadi tempat baru mereka.

Alhamdulillah mereka pandai menyesuaikan diri di tempat baru. Rupa-rupanya kucing pandai mengajar anak-anak tentang kebersihan. Setiap pagi Abuni akan ajak anak-anaknya buang najis di tempat yang saya sediakan. Dia hanya perlu ajar sekali dua sahaja. Lepas tu anak-anak kucing tu akan pandai sendiri mencari tempat untuk melepaskan hajat.
Kawasan perumahan baru. 
Sabar je Abuni melayan anak-anaknya menyusu gaya bebas.
Dah mula pandai bermain...

PS: Mudah-mudahan kami boleh mengutip pahala dengan kehadiran mereka......

Sunday, 4 October 2015

Abuni dah jadi mak...

Khamis lepas, balik saja dari sekolah terus nampak Abuni macam restless. Manja semacam asyik ngekor saya kat dapur. Biasalah kita mak-mak ni balik kerja terus masuk dapur.  Saya tiba rumah dalam pukul 5pm sebab singgah kedai beli lauk pauk dan sayur mayur. Tak sempat bukak tudung lagi dah buka peti ais tengok apa nak masak untuk makan malam. Cuci dan simpan segala barangan dapur yang dibeli. Abuni sabar je dok mengekor saya ke sana ke mari. Tak pernah-pernah duduk atas riba tetiba ngeow nak duduk atas riba.
Layankan aje. Baik je duduk atas riba. 
Bersandar pulak.
Bila saya tak layan dia pun bawa diri. Entah yang depa bincang laki bini. 

"Rasa macam Buni nak beranak la Umi. Dia asyik masuk bilik Amin je. Cari lemari nak masuk. Kat sekolah pun kucing-kucing suka beranak dalam lemari. Ada yang beranak dalam lemari Quran kat surau..." Sekolah saya memang banyak kucing. Pelajar al Amin memang ramai yang penyayang dan suka ngan kucing. 

Lepas saya dah siap masak, saya pun suruh Amin ambik kotak yang saya dah sediakan sejak minggu lepas. Dah beberapa kali ajar Abuni masuk dalam kotak tu sebelum ni tapi dia macam tak bersedia lagi. 
Amin sabar je melayan. 
Beberapa kali Amin letak dia dalam kotak tu tapi Abuni asyik melompat keluar. Cara melompat tu macam tak ada rupa nak beranak lagi. Asyik-asyik dok ajak Amin masuk bilik. So kami angkut kotak tu masuk bilik Amin.
"Redha je lah Amin. Biar jelah Buni selesa kat bilik Amin. Bagi chan ibu mengandung nak beranak"
Suka hati je masuk laci Amin. 
Rupa-rupanya Abuni memilih wad bersalin first class. Masih berminat dengan laci seluar Amin jugak. Yang atas tu laci baju. So Amin pun punggah semua seluar dari laci tu. Saya alas ngan surat khabar lepas tu lapik ngan tuala buruk. 
 
Muka puas hati dapat tempat idaman. Bila dah nampak dia selesa kami tinggalkan dia berehat. Masa tu dah nak masuk waktu Maghrib.  
Muka sabar bakal ibu.
Tepat jam 8 malam Jumaat 1 Oktober 2015 Abuni selamat melahirkan seekor baby boy. Diikuti sekor lagi pukul 8.30pm dan sekor lagi kol 9 dan lastly kol 9,30 malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Pandai Abuni menyusun masa dan sangat penyabar. Kami semua pun sabar menemani Abuni sehingga semuanya selesai. By kol 10pm semua dah masuk tidur.
4 ekor baby Abuni. 
Tiba-tiba terselah sifat keibuan Abuni, Walaupun kemain ganas anak-anak yang tak sabar cari susu. 
Muka redha je. Kecik-kecik dah jadi mak.
Kemain. Baru sehari lepas bersalin dah berposing. 

PS: Baru minggu lepas mengadap mayat Goblin. Minggu ni sambut anak kucing pulak. 4 ekor sekaligus. Sungguh setiap kejadian itu ada hikmahnya. Allah datangkan dengan rezeki dan ujian serta pahala dalam satu package. Hanya kita yang harus berusaha mencari hikmah itu..

Tuesday, 29 September 2015

Buni oh Buni

Sejak sebulan ni selera makan si Buni bukan main naik lagi. Pantang nampak manusia dalam rumah ni terus minta makan tanpa segan silu. Alhamdulillah seisi rumah semua dianugerahi Allah sifat penyayang. Maklum lah ayahnya Abdul Rahim, berdatukkan pulak Abdul Rahman. Sewajarnya lah semua keturunan mereka berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan. Alhamdulillah. Maka nikmat mana lagi yang saya dustakan....

Dek kerana asyik memenuhi selera je, kejap friskies, kejap whiskas, kejap ikan rebus, kejap ikan goreng kejap ayam goreng makanya makin bulat lah perut siBuni tu. Terboyot-boyot mengusung perut keliling rumah. Lepas makan tido suka hati dia. Macam-macam gaya bebas.
Terbungkang kuak lentang.
Berehat bawah meja makan.
Lain macam pulak tumbesaran perut si Buni ni. Kalau dihitung2 umurnya baru 6 bulan. Gigi pun tak habis tumbuh lagi. Nak kata cacing tak logik pulak. Tak kan lah sampai memboyot macam tu. Surely dah berkoyan-koyan cacing kat dalam tu. Surely dah nazak. Suruh Dayah test ngan stetoskop pun tak dapat kesan juga apa benda dalam perut tu.

"Bawa pi Vet lah.." Senang je Hubby bagi solution. Saya je malas nak pergi. 
So hari Jumaat lepas Raya Haji baru ni berjaya lah juga Hubby pujuk bawa Buni pergi Vet. Kat Melawati je pun. Tempat biasa kami bawa Ali ngan Abu sebelum ni.
Sabar je menunggu giliran
Sah Buni bunting. Kata doktor, Buni boleh beranak anytime this week. 
Adoyai. Sabo je lah. Malas nak memikirkan apa akan berlaku pada hari-hari mendatang. Nak kena hadap kucing beranak pulak. Doktor tu pulak siap bagi taklimat dan tips macamana nak jadi bidan sambut kucing beranak. Satu profession yang tak pernah saya idamkan. 

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." ( Al-Baqarah: 214)

Sedih je Buni. Kecik-kecik dah terpaksa memikul tanggung jawab besar.
Doktor cukur perut Buni sebab bulu gebu sangat. Kang susah baby Buni nak cari puting susu.

Sebenarnya takut nak terima hakikat yang Buni macam dah bunting. Sian. Kecik sangat lagi. Nak jaga diri pun tak pandai lagi. Inikan pulak nak jaga anak. Tapi hingga hari ni, selepas 4 hari jumpa vet Buni belum bersalin juga lagi. Risau juga takut dia terberanak masa kami semua tak ada kat rumah. Saya dah sediakan kotak untuk tempat besalin dia. Semoga Allah mudahkan Buni menghadapi dugaan hidup ini. 

PS: Fikir balik sebenarnya excited juga nak tengok bakal baby Buni. Meramaikan semula penghuni rumah saya yang semakin susut.....:)

Sunday, 13 September 2015

Abu Abuni

Dah lama saya tak bercerita tentang kucing. Take for granted depa sentiasa ada dok teman saya bila kesunyian. Daripada arwah Minah dan Lili kemudian Abu dan Ali, kini berteman baru bernama Abuni setelah Abu tak balik-balik hingga kini. Saya pun dah tak ingat bilamasa exactly si Abu tu hilang atau menghilangkan diri. Dah puas dah kami pusing satu taman Ukay Perdana ni. Merata ceruk longkang kami jengok kot-kot dia terjatuh dalam longkang. Hingga ke Bukit Mulia dan Bukit Antarabangsa. Kot-kot la dia sesat tak reti nak balik. Akhirnya kami pasrah je lah. Abu sudah tidak bersama kami lagi. Sama je macam kisah Lili. Terkubur tanpa pusara...:(
Pelayan setia Abuni. 
Sebenarnya Abuni ni datang tak diundang. Lepas Abu hilang saya dah agak serik nak bela kucing. Dah penat rasa kehilangan. Tapi fikirkan si Ali tinggal sendirian bagus juga Abuni jadi teman. Ein la yang jadi mangsa tukang buang najis dan temankan Abuni bila kami semua pegi sekolah. Nasib baik juga masa tu dia baru habis matrik. So berbaloi lah juga cuti 5 bulan tu. Tapi sejak Ein masuk masuk UM, Abuni seperti kehilangan. Macam murung je. Dah tak aktif lagi. Termenung sana termenung sini. Sian Abuni. 
Nampak sangat tak ceria..
Masa kecik dulu Abuni memang sebijik replika Abu versi betina. 
Teman setia saya sepanjang masa. Terutama waktu menanda kertas peperiksaan semester 1 baru ni.
Masa awal-awal dulu macam bapak ngan anak. Ali pun macam malas nak layan budak kecik. 
Setelah 6 bulan badan Abuni dah semakin bulat.
Macam kucing bunting pun iya juga.

Silap pulak si Abuni ni betina. Memang cari pasal lah duduk dengan Ali. Risau pulak takut rumah saya nanti jadi pusat ternak kucing.  Sabo je lah.

PS : abu dalam kenangan

Wednesday, 10 December 2014

Ali dan Abu pulak..

Baru ni nak pi cuba Wadihana Islamic Steakhouse. Khabarnya dah buka kat Melawati. Rupanya belum beroperasi lagi. So pusing-pusing pi makan kat Ayam Penyet Ria. Pertama kali makan ayam penyet. Tu dia...pedas sungguh sambal dia. Mujur pecal dia menepati selera. Alhamdulillah, harga pun berpatutan. Sebenarnya sampai sekarang saya tak faham maksud penyet-penyet ni. Menu dia pulak translate penyet tu jadi 'smashed'. Seram pulak. Lepas tu ada pulak ikan penyet. Terung penyet. Hmm...pelik-pelik nama menu depa.

Yang nak cerita tu tengah-tengah makan datang sekor kucing comel. Sopan je nampak. 
Kucing sapa tah. Comel je...menunggu belas ihsan manusia...

Sejak akhir-akhir ni saya memang selalu tersentuh bila nampak kucing terbiar. Teringat kat Abu ngan Ali kat rumah. Hmm....Abu dan Ali kucing jantan yang kami kutip kat Marhalah Zubir, UIA. Sebenarnya dah masuk 8 bulan depa ni kami bela. Menggantikan arwah Minah yang berpusara dibawah pohon mangga saya. Juga Lili yang saya tak pasti hidup atau matinya. Walau hingga kini saya masih mengharapkan kepulangannya. 
Abu yang sangat cuddly..
Ali agak independent.
Ali dan Abu
Rasanya depa ni memang dua beradik sebab nampak sebaya je. Sebenarnya ada beberapa ekor yang dok berkeliaran masa tu. Tapi kami decide untuk ambik mana-mana 2 ekor je. Cukup setakat depa ada kawan. Serabut pulak kalau banyak-banyak nanti.
Balik rumah baru perasan yang dua-dua tu jantan. Menurut orang tua-tua kalau ada 2 kucing jantan, salah satunya akan maut. Mati bergaduh berebut kawasan bila depa dewasa nanti.  Salah satu akan jadi abang kawasan. Suka hati depa lah nak bergaduh ke apa nanti, Yang penting depa selamat sekarang. At least kami menyediakan peluang untuk mereka hidup selesa setakat umur yang ada.
Abu..snuggling...
Abu lagi..Kekadang nampak macam girl pulak.. Manja dan suka posing macam model...
Kena pulak dengan model sorang lagi nih... 
Perasan je orang nak ambik gambar dia..
Si Abu memang suka menyibuk. Peneman setia saya di dapur

Alhamdulillah setakat ni depa belum menunjukkan tanda-tanda tamak haloba lagi. Gaduh-gaduh manja tu biasa lah. Yang penting bila nak tidur, mereka sentiasa bersama....
Ukhuwah mantap dua beradik...

Nak jugak bersempit-sempit dalam bakul kecik tu.

Setelah 8 bulan disediakan makan minum dan tempat tidur, mereka membesar sihat. Walau Ali dah nampak machonya, Abu  masih comel macam girl. Hmm... Mudah-mudahan kami sekeluarga diberi peluang menimba pahala menjaga makhluk Allah yang kerdil ini. Terimakasih kepada Minah dan Lili yang pernah hadir dalam hidup saya walau hanya sebentar..:(


P.S “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” ( HR Muslim)

Wednesday, 2 October 2013

Minah dan Lili...

"Umi!!! Kucing berak atas carpet...!!"

Adoyai.. Saya baru sudah hidang nasi lunch. Hubby yang dah redi dok kat meja makan terus mati selera. 
Bertuah betul anak kucing tu. Nasib la...dah mengada nak bela kucing pandai la tanggung akibat.

Entah dari mana datang hajat  nak bela kucing ni pun saya tak pasti. Yang pasti anak bujang saya tu beriya-iya nak jaga kucing sejak dua menjak ni. Asalnya ada kucing menumpang tidur dengan dia masa balik kampung baru ni. Kucing kampung tu dah besar, comel dan manja. Asyik nak duduk atas riba orang je. Tu la gamaknya teringin nak bela-membela pulak ni.

Sibuk la mengajak ayahanda pi pet centre nak beli kucing. Saya tak minat nak beli kucing. Kalau memang nak bela kucing untuk dapat pahala lebih baik ambik kucing yang terbiar. Kebetulan pulak hari Sabtu baru ni lepas jogging pi singgah makan capati kat kedai mamak. Nampak la dua ekor anak kucing ni dok main manja-manja kat kaki orang. Kesian pulak. Sebelum ni tak pernah pulak terdetik hati nak pelihara makhluk Allah ni. So kami pun kutip la bawa balik. Mula hubby izin ambik sekor je. Tak sampai hati pulak nak pisahkan mereka. 

Punya la belemuih, comot, busuk...almaklum la kucing jalanan. Balik tu terus saya mandikan. Budak-budak pakat lap guna hair dryer. Lepas tu biar depa berehat atas carpet. Tu yang suka hati depa buat projek atas carpet tu. Susah payah la kami nak kena basuh carpet-carpet tu. Haha....dua bidang carpet dan empat orang jadi mangsa. Hubby siap pi beli sangkar untuk depa tidur malam tu. 
Minah. Sama kaler ngan carpet. Kalau tak hati-hati boleh mati terpijak.

Lili. Lebih kehitaman. Tetiba perut buncit makan banyak tak sedar diri...
 .
Saya nak ajar depa makan bersama. Akrab adik beradik. Memula tu bergaduh sakan...

Selalu Minah yang kontrol. Lili yang banyak mengalah.

Minah..

Lili...

Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 depa dok ngan kami. Dah nampak berisi sebab asyik bagi makan je. Saya bagi makan 3 kali sehari. Pagi sebelum saya pi sekolah, petang lepas balik sekolah dan lagi sekali sebelum kurung depa tidur.Setiap kali saya bagi nasi gaul dengan ikan goreng. Minum air kosong je. Tak payah la nak bagi produk makanan kucing yang kat pasaran tu. Bagi nasi ngan ikan sudah. Selamat dan suci. Murah. Setakat ni depa nampak sihat. Anak bujang saya tu dah beberapa kali ajak pi vet. Saya tak minat sangat dengan vet-vet ni. Jaga je sendiri. Insya Allah selamat.

Saya tak reti nak teka berapa usia depa ni. Agak-agak dalam 2 bulan kot sebab gigi pun tak penuh lagi. Hari pertama tu saya tersilap. Pi bagi depa minum susu pekat cap teko bancuh ngan air suam. Konon kesian takut depa nak susu. Lepas tu depa cirit-birit. Jenuh la nak kena setel bekas taik depa pulak. Punya la busuk. Baru ni terlekat tulang kat gusi kecik tu. Gelojoh sangat. Jenuh juga saya cuba keluarkan. 

Saya memang tak ada pengalaman bela kucing. Masa kecik dulu saya ada kucing nama Tompok. Tapi nenek yang jaga. Sakit demam semua nenek yang setelkan. Saya cuma bermain-main ngan dia. Sangat manja sampai tidur pun dengan saya. Sekarang baru saya tahu susah sebenarnya nak bela kucing ni. Kalau nak bela kucing ni perlu sanggup berkorban masa dan tenaga. Perlu ikhlas dan sabar. Nak sediakan makan, buang taik depa yang busuk tu. Kena sentiasa belai depa macam jaga anak yatim. Lepas ni meghenyut la nak bela cucu-cucu pulak. Depa dua ekor ni anak-anak dara belaka. Insya Allah banyak pahala menanti...

Dinner @Pastribella

“Jom dinner Western…” Jarang hubby ajak makan pelik-pelik ni. Biasanya kalau ke mana-mana mesti cari makanan Melayu, Kelantan. Dan sebagai i...