Ahad, 21hb September 2025
Hari ini hari ke-8 kami di UK. Dari Sheffield kami ke Manchester dan menginap di hotel Holiday Inn Express untuk satu malam. Dan hari ini saya masih bangun awal pagi dan bersarapan apa yang ada dari left over malam tadi sambil menunggu hari siang untuk sambung sarapan di kafe hotel pulak.
 |
Suasana di luar pada pukul 4:30 pagi dari tingkap bilik hotel. |
 |
Sarapan dulu dengan teh panas dan sandwic tuna. |
 |
Suasana pukul 7:00 pagi. |
Perancangan hari ini adalah untuk meneruskan perjalanan ke Lake District. By pukul 7:30 pagi saya dan hubby turun ke kafe hotel. Pengunjung agak ramai, mungkin mereka yang menginap selepas menyaksikan perlawanan bola sepak Manchester United VS Chelsea malam tadi. Walaupun kafe agak penuh kami dapat tempat duduk yang agak selesa. Seperti biasa, makanan halal agak terhad so kita kena pandai-pandai pilih asal jangan ada yang was-was. Saya ambik roti toast sapu dengan butter dan tambah hashbrown, scramble egg dan pisang. Cukup buat isi perut sebelum meneruskan perjalanan hari ini.
 |
Roti+hashbrown+scramble egg dan pisang. |
Selepas sarapan di kafe hotel kami keluar bersiar-siar sekitar hotel sebelum check-out. Cuaca sangat cerah dengan suhu 16°C berbanding semalam yang hujan hingga kemalam. Hajat hati nak ronda-ronda keliling bandar Manchester tapi masa tidak mengizinkan. So dengan masa yang ada selama satu jam kami hanya berjalan-jalan di sekitar hotel sahaja.
 |
One for the memory. |
 |
Bangunan moden sebelah hotel. |
 |
Langit sangat terang hari ini. |
 |
Suka tengok bangunan bata merah di bandar Manchester ini. |
Kami check-out pada pukul 10 pagi dan ambik Uber Car (kos £9) terus ke Manchester Oxford Road Train Station. Jalan agak lengang sebab hari Ahad. Awalnya di stesen macam lengang tapi tiba-tiba jadi penuh bila ada sebuah train berhenti di platform dan semua penumpang bersesak turun untuk menyambung perjalanan ke utara.
 |
Barrier untuk masuk ke Train Station. |
 |
Menunggu sebelum masuk ke dalam stesen. |
.jpg) |
Platform 2. |
Orang sangat ramai. Tapi anak no-2 dah buat strategi untuk cari tempat duduk. Alhamdulillah kami berada di barisan hadapan. Semua penumpang pun berbudi bahasa, tidak berebut, so semua orang dapat masuk dalam train dengan tenang walaupun penuh sesak. Kami letak dua luggage yang besar tepi pintu dan yang sederhana besar di bawah meja tempat duduk. Alhamdulillah kami dapat tempat duduk berempat dengan meja. Pemandangan di luar jendela sepanjang perjalanan sangat cantik dengan suasana hijau dan langit yang terang.
Kami tiba di Windermere Train Station, Lake District by tengahari dan ambik teksi ke homestay dengan tambang £7. Alhamdulillah kami dapat masuk homestay awal. Homestay agak selesa dengan dua bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu dan dapur yang lengkap.
 |
Bilik tidur utama untuk Ummi dan ayah. |
 |
Ruang tamu yang selesa. |
 |
Pemandangan dari jendela ruang tamu. |
 |
Dapur lengkap dengan peralatan. |
Kami berehat sebentar sebelum keluar semula menikmati cuaca yang cerah sekitar tasik disebelah petangnya. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Aamiin. 🌹
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment