Saturday, 11 October 2025

UK Trip 2025: Lake District- London

Selasa, 23hb September 2025

Hari ini hari ke-10 kami di UK. Saya masih lagi jet lag dan bangun awal pagi. Kami menginap di homestay yang cukup peralatan memasak so dapatlah saya buat sarapan ala kadar. Saya bancuh hot chocolate, reheat rendang KA dan buat roti toast untuk sarapan. Walaupun rendangnya pedas ya amat kita gagahi jua untuk bekalan tenaga.

Rendang KA, roti toast dan hot chocolate.

Perancangan hari ini ada untuk balik ke London semula selepas dua malam di Lake District. Pepagi lagi saya dah siap packing barang-barang dalam beg. Sebenarnya rasa tak sabar nak balik Malaysia selepas dah masuk minggu kedua kami di UK ini. Kalau ikutkan hubby, hari ini jugak kami nak terus ke Heathrow Airport ambik flight balik Malaysia. Tapi leceh pulak nak tukar-tukar tarikh… so kita teruskan sahaja dengan segala perancangan. Anak no-2 dah booking tiket train pukul 10.42 pagi dari stesen Oxenholme, Lake District terus ke London via Coventry. Pukul 9:00 pagi hubby dah mula cari Uber Car untuk ke stesen. Malangnya tiada Uber yang respon. Akhirnya saya google untuk mencari Taxi Services Near Me. Alhamdulillah terjumpa service yang sesuai dan hubby dapat call dengan mudah dengan respon yang sangat laju. Rupa-rupanya driver taxi tersebut yang bawa kami ke homestay dua hari lepas. So setel satu masalah. Dia datang tepat pada masanya dan kami terus bergerak ke destinasi dengan mudah.

Hasil carian Google.

Loading beg ke dalam bonet kereta.

Perjalanan dari homestay ke train station mengambil masa hampir setengah jam. Semangat pulak driver taxi tu bersembang dengan hubby sepanjang perjalanan konon sebab dah kenal sebab ambik teksi dia haritu. Dah macam ala-ala tour guide pulak, bawa kereta sambil bercerita tentang sejarah Lake District. Macam-macam cerita yang keluar. Tapi saya cuma dapat simpulkan bahawa tanah di Lake District ini hanya sesuai sebagai padang rumput/ragut dek tanahnya berbatu dilapisan bawah. So the only usaha yang boleh dibuat oleh penduduk tempatan adalah memelihara kambing biri-biri. Akhirnya Lake District menjadi pengeluar utama daging kambing biri-biri untuk UK.

Kalau guna Uber Car masa perjalanan sepatutnya cuma 22 minit dengan caj maximum £35. Tapi taxi ambik masa hampir 30 minit dengan caj (meter taxi) menunjukkan £43. Apa-apa pun kita redha sahaja untuk rezekinya. Saya hanya menikmati keindahan alam di sebalik cermin tingkap kereta sepanjang perjalanan. 

Langit dihiasi awan yang bergumpal-gumpal macam bulu kambing biri-biri.


Kami tiba di stesen dalam pukul 10:15 pagi. Masih banyak masa sebelum train tiba. Sempat lah singgah beli makanan untuk bekal dalam train yang akan mengambil masa selama 4 jam untuk tiba di London.

Kedai runcit Food Hall di sebelah train station.

Oxenholme train station, hanya ada dua platform. Satu untuk ke utara dan satu lagi untuk ke selatan.

Perjalanan train dari Oxenholme ke Coventry berhenti di beberapa stesen yang mengambil masa hingga 3 jam manakala dari Coventry terus ke London selama satu jam. Total perjalanan selama 4 jam.

Tiket dari Oxenholme ke Coventry.

Tiket dari Coventry ke London.

Kami tiba di London Euston train station dalam pukul 3:00 petang dan stop over untuk makan sebentar di Leon Cafe sebelum meneruskan perjalanan ke hotel Premier Inn Heathrow untuk dua malam. Semoga masih lagi diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

UK Trip 2025: Lake District- London

Selasa, 23hb September 2025 Hari ini hari ke-10 kami di UK. Saya masih lagi jet lag dan bangun awal pagi. Kami menginap di homestay yang cuk...