Wednesday, 22 October 2025

Pangkin Nenek

Sejak pondok gazebo diberi nafas baru, saya seronok menikmati waktu pagi di atas pangkin. Kebetulan hari ini langit mendung memberi cuaca pagi yang sangat nyaman. Saya keluar ke laman rumah lepas subuh. Selepas menyapu sampah di halaman rindu dan meyusun pasu-pasu lama, saya duduk berehat santai atas pangkin hingga terbit mentari. Sambil itu bolehlah kita nikmati keindahan laman yang mula segar selepas hujan.

Mulberi yang mula galak berbuah.


Ciku yang menjadi rebutan situpai.

Bunga jenjarum semakin galak berbunga.

Bunga ytt turut memeriahkan suasana.

Sepit udang.

Bila melihat kehijauan laman tiba-tiba teringat kepada beberapa pusara kucing yang disemadi di sekitar laman yang mula menghijau ini. Paling menyedihkan ialah kenangan Tetamu di pagi Raya, hampir sepuluh tahun lepas. (Boleh baca ceritanya di sini). 

Pangkin Nenek.

Semoga hari-hari mendatang sentiasa dipenuhi dengan ketenangan. Amiin 🌹

Sekian.😊

No comments:

Diari Sabah: Teman Hubby Keluar Kawasan

Isnin, 20hb Julai 2026 Bila hubby ajak teman keluar kawasan, kita turutkan sahaja tanpa bantahan. Nak suruh saya berehat me-time di hotel ka...