Dah lama saya dok perati kawasan seciput di halaman rindu ini. Gambaran idea dah penuh dalam kepala namun entah bila dapat direalisasikan. Dulu saya tanam pokok kemuning sebanyak 3 batang tapi selepas 5 tahun batangnya mula kering di makan anai-anai. Sempat membesar setinggi 7 kaki saya terpaksa tebang takut menjadi sarang anai-anai. Kemudian saya ganti dengan pokok bunga kerak nasi. Selepas berbunga dua musim dengan bau yang harum semerbak akhirnya mati juga. Saya ganti pulak dengan pokok kemboja putih. Juga mengalami nasib yang sama. Last sekali saya tanam pokok bunga raya dan bunga kenanga. Nampaknya mereka juga bakal mengalami nasib yang sama selepas tiga tahun. Mungkin tanah dibawahnya tidak sesuai untuk bercucuk tanam. So saya bercadang untuk letak pokok dalam pasu besar dan susun atas batu-bata di situ. Setakat ini kita berangan dulu. Nanti suatu masa dan ketika bila ada kelapangan masa dan tenaga barulah kita realisasikan impian.
 |
Kawasan yang dimaksudkan. Kita cuba letak sepasu pokok dahulu. |
 |
Pokok bunga kenanga... mungkin nak kena ubah masuk pasu besar. |
 |
Pokok bunga raya putih yang dah nazak... so saya decide untuk tebang dan buang. |
 |
Kita clearkan rumput dan tebang pokok bunga raya dahulu sebelum proceed dengan plan seterusnya. |
 |
Sementara itu kita nikmati ruang laman yang ada pada setiap pagi. |
Semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan dan kesempatan menikmati keindahan laman di rumah sendiri. Aamiin. 🌹
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment