Hari ini semua rakyat Malaysia bercuti sempena perayaan Hari Deepavali. Anak-anak pun semua sibuk dengan hal masing-masing maka kita penuhi hari ‘cuti’ ini seperti hari-hari biasa. Kebetulan hari ini hubby tiada kelas (sebab semua students pun bercuti) ayuhlah kita keluar sarapan nasi lemak di Restoran Mak O Mak, Taman Melawati. Walaupun makcik kengkonon nak mula buat calorie watch dek badan yang semakin bulat bagai dipam-pam ini, kita layan dulu keinginan tekak nak makan nasi lemak ayam goreng rempah.
 |
| Nasi lemak ayam goreng rempah & teh-o-ais for makcik. |
 |
| Teh-O-Ais. |
Usai sarapan kami ke Melawati Mall. Hubby mengopi sambil buat kerja di Baker’s Village Grocers. Selepas lebih satu jam teman hubby buat kerja kami beli groceries buat stok untuk seminggu sebelum balik rumah sebelum waktu Zohor.
 |
| Sibuk sokmo. |
 |
| Apa la yang serabut sangat. |
 |
| Shopping apa yang patut. |
Begitulah cerita percutian dua orang makcik-pakcik pencen. Masa anak-anak kecik dulu kami akan isi masa percutian begini dengan keluarga, bercuti ke mana-mana atau balik kampung. Tapi sekarang, sejak tinggal berdua kita nikmati masa senggang begini dengan urusan sendiri. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment