Saturday, 11 October 2025

UK Trip 2025: Lake District (Grasmere-Ambleside-Windermere)

Isnin, 22hb September 2025

Hari ini hari ke-9 kami di UK dan hari kedua kami di Lake District. Cuaca pagi ini agak sejuk dengan suhu 6°C. Di cermin tingkap homestay ada kesan air terpeluwap menampakkan keadaan pagi yang agak sejuk.

Masa 6.45 pagi.

Perancangan hari ini adalah saya dan hubby akan berjalan-jalan sekitar Lake District style orang pencen sementara anak no-2 dan menantu meronda sendiri. Awal pagi lagi kami dah keluar menunggu bas berpandukam Google Map. Kami beli tiket Day Bus Pass dengan harga £10 seorang dan naik bas Stagecoach berwarna hijau. Dengan menggunakan pas tiket ini kita boleh ke mana-mana sahaja naik-turun bas Stagecoach dalam masa sehari. 

Depan pintu utama homestay.

Destinasi pertama ialah ke Grasmere. Malangnya kami ‘terturun’ bas sebelum hentian sepatutnya. Menariknya di sini, bangunan rumah dan deretan kedai sangat cantik, cottage style. Depa guna batu bata berwarna putih stone.

Laluan bas yang kami ambil.

Deretan rumah dan kedai.

So kami naik the next bas dan turun di hentian sebenar. Barulah nampak kawasan yang sangat cantik dengan padang rumput yang menghijau. Kami cuma melihat-lihat dari jauh sebelum singgah mengopi di kafe berdekatan.

Bas agak lengang, kalau ada pun hanya makcik pakcik pencen.

Salah satu cottage dengan ladang biri-biri.


One for the memory.

Sunkiss... konon, dari dalam kafe.

Hot chocolate for makcik dan Americano for hubby.

Scones with butter and jam.

Posing dengan satu bukit gondol.

Sedang berjalan tiba-tiba pulak terjumpa kedai buku terselit di celah deretan kedai. Dan seperti biasa haruslah hubby akan melangkah masuk seakan ada tarikan ghaib. Walaupun kedainya sangat sempit namun penuh dengan buku. Lupa pulak apa nama kedainya.


Usai mengopi dan bersiar-siar di Grasmere kami naik bas dan turun di Ambleside pulak. Awalnya nak mencari fish & chips tapi kedainya tutup for renovation. Kebetulan terasa hendak ke toilet so kami singgah di tandas awam berdekatan. Rupa-rupanya depa caj 60 pence untuk masuk tapi cashless. Terpaksalah saya menunggu hubby untuk swipe kad kredit. Usai qadha hajat kami meneruskan perjalanan ke tepi tasik di Ambleside.

Barrier cashless machine untuk masuk toilet.


Suasana alam di Ambleside lebih kurang sama seperti di Bowness semalam. So kami tidak berlama-lama sebelum menunggu bas untuk ke destinasi seterusnya. Kami ambik next bus untuk ke Windermere semula dan turun di bus stop Windermere Train Station. Di sebelahnya ada Shopping Mall Lakeland. Dah puas bermesra dengan alam kita masuk shopping mall pulak. Mall sederhana besar tapi macam-macam ada. First thing first haruslah kita ke kafe untuk makan tengahari. Rata-rata pengunjung adalah pakcik-makcik pencen. Ayuhlah kita blend in mengisi ruang tempat duduk. 
 
Depan Lake Land.

One for the memory.

Cheese toast.

Minestrone soup.

Usai melepak di mall kami sambung naik bas balik ke homestay semula untuk berehat. Sebelah petang kami tidak bercadang untuk ke mana-mana. Saya cuma ingin sambung berehat untuk kesegaran hari esok. Untuk dinner saya cuma buat roti toast dengan butter yang saya bawak dari lebihan dalam flight sebelum ini. Semoga lebih segar untuk hari esok pula. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

No comments:

UK Trip 2025: Lake District- London

Selasa, 23hb September 2025 Hari ini hari ke-10 kami di UK. Saya masih lagi jet lag dan bangun awal pagi. Kami menginap di homestay yang cuk...