Thursday, 23 October 2025

Jogging @Taman Tasik Titiwangsa

Pagi tadi bukan main bersemangat nak pergi jogging kat Taman Tasik Titiwangsa. Rupa-rupanya depa tutup untuk Festival Taman Kuala Lumpur 2025. Pintu masuk hanya dibuka pada pukul 9 pagi untuk pengunjung.

Maka kami hanya briskwalk keliling pagar luar sahaja. By the time pintu pagar dibuka cuaca pun dah panas. Tapi sebab dah alang-alang sampai kita jenguk-jenguk sahaja apa yang ada. Kami hanya berjalan dari pintu utama hingga ke pintu-2 dan bergambar sekeping dua buat kenangan.




Berkenan dengan susun atur lanskap di sini. Saya simpan buat rujukan untuk laman sendiri.

Sangat menarik.

By pukul 9:30 pagi kami dah gerak balik dan singgah sarapan di Restoran Suberi di Keramat sebelum balik rumah.

Roti canai telur for makcik.

Done berjalan laju-laju walau tak cukup jarak. Yang penting badan tetap bergerak dan mengeluarkan peluh, lepas tu kita boleh makan tanpa rasa bersalah. Semoga sentiasa dikurniakan tubuh badan yang sihat. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

No comments:

Tonsil Bengkak & Demam

Pada hari Jumaat yang lepas, tiba-tiba saya rasa tidak sihat. Pukul 2:30 pagi saya terjaga dari tidur. Perut rasa tidak selesa dan kepala ra...