Kata orang, privacy is a kind of peace of mind. Dan dalam banyak perkara, it is better to keep things private sebab people tend to ruin beautiful things. They only see the results, not the process yang biasanya panjang, which include self discipline, consistency, strength, perserverance and inner peace. Gituh… beriya pulak makcik nak speaking London. Dan hari ini kita sibukkan diri memangkas pokok bunga ros sambil menginsafi diri.
Sebelum ini saya ada lebih 10 pasu pokok bunga ros menghiasi halaman rindu rumah ini. Kini hanya tinggal sepasu yang masih setia. Yang lain semuanya telah pergi meninggalkan saya. Apa nak dikata, bila kita tiada masa untuk memberi sepenuh perhatian terpaksalah kita merelakan mereka pergi.
Dua minggu lepas saya pangkas dahan yang tinggal, gembur tanah dan letak baja. Selepas 10 hari mula kelihatan pucuk-pucuk muda yang baru keluar. Kemudian saya letak kayu pancang dalam pasu dan lilit dahan dan cabang yang panjang. Harus berhati-hati takut cabang rantingnya patah.
![]() |
| Tunas dan pucuk baru mula keluar. |
![]() |
| Letak kayu pancang. |
![]() |
| Lilitkan ranting pokok keliling kayu pancang. |
Saya keep on siram pokok ros ini setiap pagi. Jika hari panas saya akan siram pada petang hari juga. Nak kena teruskan self discipline, consistency, strength dan perserverance bagi mendapatkan inner peace. Mudah-mudahan bunga ros ini terus menghiasi laman saya sampai bila-bila. Aamiin.🌹
Sekian.😊



No comments:
Post a Comment