Thursday, 12 November 2026

Berangan & Mengawal Gula Dalam Darah

Dulu saya selalu berangan bangun pagi je dah ada makanan atas meja. Paling tidak pun saya dikejutkan dengan bau semerbak dari dapur. Namun kini saya sudah berhenti berangan bila hubby selalu bermurah hati bawa isteri terchentanya ini sarapan di luar. Paling tidak pun kita order via Grab Food sahaja. 

Dan hari ini seperti biasa saya teman hubby buat kerja di kedai kopi di Datum Jelatek. Sebelum itu kita singgah sarapan di Mak O Mak Taman Melawati dulu.

Lontong Mak’s for makcik dan nasi lemak biasa for hubby.

Dua hari lepas kita pekena nan garlic dengan tandoori di Q-Bistro Taman Melawati for minum petang. Kemain minum petang pun dah kategori makanan berat padahal makcik tengoh control gula. 

“Apa salahnya sekali sekala…” Begitulah alasan untuk sedapkan hati. Cheat day kata golongan on diet.

Tandoori & Nan garlic.

Hubby tambah murtabak ayam.

Bila masuk kedai mamak haruslah nampak sedapnya menu orang keliling. Sejak lama, setiap kali ke kedai mamak saya akan order teh tarik. Namun setelah berjinak-jinak dengan makanan sihat saya dah boleh buang terus rasa teh tarik itu. Kini kita hanya berpada dengan teh-O ais kosong tau ais kosong sahaja.

Suatu masa dahulu…masih terasa nikmatnya.

Favourite saya suatu ketika dahulu.

“Asyik cerita pasal makan je, apa lagi yang Ummi buat untuk control gula dalam darah..?” Of course la nak kena exercise. Banyak kerja-kerja di laman boleh dibuat untuk mengeluarkan peluh. Mesin rumput (manual), cabut rumput keliling pasu & dalam pasu bunga, pangkas dahan pokok, sapu sampah & daun kering dan macam-macam lagi. Kalau dalam rumah, saya habiskan masa dengan mengemas, sapu sawang, basuh toilets dan lain-lain. Nampak macam sangat aktif tapi banyak je alasan untuk mengelat… sakit badanlah, penatlah, tak sempat dan sebagainya. Apa-apa pun, yang penting know your limit. Exercise itu perlu tapi berehat jugak penting. Gitulah… masih lagi beralasan.

Semoga Allah mudahkan urusan dan kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Wednesday, 11 November 2026

Packing Kerepek & Kenduri @ Ampang

Setiap kali sahabat Gojezes KB84 buat kenduri kawen, akan ada program ‘membalang’ oleh para ‘hulubalang’ kerepek sebagai penambah seri di meja makan tetamu. Kali ini kita membalang untuk sahabat di Ampang. Biasanya kehadiran acara membalang ni bergantung kepada siapa yang free sahaja. Kebetulan saya free kali ini so kita hadirkan diri memeriahkan majlis. 

Setiap kali acara membalang akan ada kiriman oleh-oleh (makanan) daripada sahabat yang tak dapat hadir. Sebelum membalang kita jamu selera (sarapan) dengan kiriman nasi lemak dan kuih-muih dahulu sebagai bekalan tenaga katanya. Padahal lebih banyak tenaga digunakan untuk bergelak ketawa daripada buat kerja.

Apa-apa pun kita makan dulu.


Alhamdulillah, siap kerja-kerja membalang kami punggah semua ke dalam bonet kereta untuk urusan selanjutnya. Biasanya kami hanya menunggu tuan rumah untuk pick-up sebelum hari kenduri. Tapi kali ini sahabat hulubalang bermurah hati untuk menghantar balang kerepek terus ke rumah pengantin. So kita sambung borak dalam kereta pulak.

Siap packed and ready to go.


Dengan tuan rumah… bergambar siap-siap takut kalut dihari kejadian nanti.

Dari balkoni tuan rumah.

Depa buat kenduri pada hari Ahad, so sekali lagi kita berjumpa-jumpaan dengan sahabat Gojezes KB84. Seperti biasa, majlis kenduri akan menjadi majlis (mini) reunion. Tak kisah berapa orang yang dapat hadir, kemesraan dan gelak ketawa tetap nombor satu. Kadang-kadang hingga terlupa tuan rumah.

The Gojezes.

Sungguh bagai dikata, Gojezes akan banyak berborak di meja makan sahaja hingga tak sempat (terlupa) nak bergambar dengan mak pengantin. Lagipun tetamu lain sangat ramai jadi kita tidak hendak menggangu tuan rumah yang sibuk melayan tetamu. Terimakasih kepada tuan rumah atas jemputan. Semoga pengantin berbahagia hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Persembahan Tadika Cucu @Arena TARUMT

Sabtu, 7hb November 2026

Bila cucu ada persembahan, nenek dan Tok Ayah pun kalut nak ikut sekali. Macam tak pernah puas melihat dan mengikuti perkembangan zuriat yang ada. Padahal masa anak-anak kecik dulu pun kami tak pernah miss menghadirkan diri di semua acara anak-anak. So dengan cucu-cucu pun seboleh mungkin kita cuba usahakan kehadiran disemua fasa perkembangan mereka.

Kali ini giliran cucu no-4 (tadika 3 tahun) membuat persembahan. Depa buat di dewan Arena TARUMT bermula pukul 9:30 pagi. So pepagi lagi nenek dan Tok Ayah dah turun dari rumah dan singgah sarapan di warung tepi jalan menghala ke Setapak. Sepatutnya hari ini (Sabtu) ada Kursus Asas Haji di Masjid Muaz Bin Jabal tapi demi cucu kami tukar/join pada hari (Ahad) esoknya di Masjid Kem Wardieburn. 

Kawasan Arena TARUMT yang cantik.

Pekena roti canai dan teh-O kosong dulu.

Hanya ibu-bapa dapat free seats. Anything extra kena bayar RM20 seorang. So anak-menantu belanja dua tiket untuk nenek dan Tok Ayah. 

Nenek Tok Ayah with the proud parents.

Pentas yang simple.

The whole lot dari umur 2-6 tahun.

One for the memory.

Kawasan Arena ni agak unik tapi saya tak sempat nak explore banyak dek kekangan masa. Cukuplah buat cuci mata melihat pemandangan dari aras tinggi.

Ruang legar yang lapang.

Saujana mata memandang.

Semoga cucunda membesar menjadi anak solehah penyejuk mata ibu dan papa. Mudah-mudahan Allah kurniakan nenek dan Tok Ayah kesihatan yang baik untuk bersama cucu-cucu hingga akhir hayat. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Wednesday, 4 November 2026

Monitor Bacaan Kolestrol & Gula Dalam Darah

Sejak memasuki usia 40an lagi saya telah monitor kesihatan diri dengan membuat ujian darah (full blood count) dan ujian air kencing secara berkala. Sejak lama juga bacaan kolestrol saya agak tinggi melebihi skala 6 dan doktor keep on nasihat supaya saya menjaga pemakanan dan gaya hidup. Despite dah cuba macam-macam, bacaan kolestrol saya tetaplah melepasi julat maksimum. Akhirnya saya decide untuk ambik ubat statin (Lipitor 20mg) bila mencapai umur menopos. Kini dah dua tahun saya consistent mengambil ubat statin dan bacaan kolestrol saya sentiasa cantik.

Untuk gula pula, setiap kali buat ujian saya hanya saring bacaan gula untuk fasting blood sugar sahaja. Dan bacaannya sentiasa cantik. So saya anggap tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Cuma baru-baru ini saya decide untuk buat ujian HbA1c. Tu dia… barulah makcik kalut bila bacaan gula HbA1c sudah memasuki tahap bahaya. Tak tahulah bila masa gula spike naik sebab saya memang suka makan manis setiap hari. Barulah nak kalut cari jalan penyelesaian untuk turunkan bacaan gula selain dari makan ubat. Makcik memang tak suka makan ubat, so untuk sementara waktu ini saya cuba ubah gaya hidup dan jaga pemakanan dahulu. Dan sejak bacaan gula yang agak tinggi ini terpaksalah kita banyakkan kajian untuk kebaikan diri sendiri. Bermula awal bulan lepas saya telah tanamkan azam untuk tingkatkan glucose watch dalam pengambilan makanan. 

Hari ini saya sambung pembacaan dari carian google tentang penyakit yang merbahaya ini. Kita tepek hasil carian untuk rujukan dimasa hadapan. 

Berikut adalah hasil carian google:

Gula berlebihan sebenarnya lebih berbahaya untuk jantung berbanding kolesterol, menurut kajian. Individu yang mengambil >25% kalori harian daripada gula tambahan mempunyai risiko 2x ganda mati akibat penyakit jantung, walaupun kolesterol normal. Gula meningkatkan tekanan darah dan menghasilkan lemak berbahaya dalam darah, selain menurunkan kolesterol 'baik' (HDL). 

• Bahaya Gula: Pengambilan gula tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung, kardiovaskular, dan meningkatkan lemak berbahaya dalam badan.
• Bahaya Kolesterol: Kolesterol tinggi (terutamanya LDL) menyumbang kepada pembentukan plak dalam salur darah.
• Kaitan: Gula berlebihan menurunkan kolesterol 'baik' (HDL) yang sepatutnya bertugas menyingkirkan kolesterol 'jahat' (LDL). 

Mengurangkan pengambilan gula tambahan (minuman manis, pencuci mulut) adalah langkah krusial, walaupun paras kolesterol kelihatan normal, untuk mengelakkan risiko kardiovaskular. 

Penurunan bacaan gula dalam darah bergantung kepada kaedah yang digunakan; penurunan segera (selepas makan) berlaku dalam 2 jam melalui tindakan insulin badan atau ubat, manakala peningkatan kawalan gula secara keseluruhan (HbA1c) mengambil masa 2 hingga 3 bulan melalui perubahan gaya hidup, pemakanan, dan ubat-ubatan. 

Berikut adalah butiran lanjut mengenai tempoh dan kaedah penurunan: 
• Selepas Makan (Segera): Gula darah biasanya kembali normal dalam tempoh 1 hingga 2 jam selepas makan, dengan bacaan sasaran adalah di bawah 7.8 mmol/L bagi individu sihat.
• Kawalan Jangka Panjang (HbA1c): Untuk menurunkan purata bacaan gula (HbA1c) ke tahap lebih sihat (<5.7%), ia memerlukan komitmen konsisten selama sekurang-kurangnya 3 bulan, kerana ujian ini mengukur purata gula darah sepanjang tempoh tersebut.
• Faktor Pengaruh: Penurunan gula boleh terhalang jika terdapat jangkitan, tahap stres tinggi, atau penggunaan ubat/insulin yang tidak sesuai.

Begitulah...

Saya dah buat jadual harian untuk semak bacaan gula dalam darah untuk tiga bulan mendatang. Sambil itu kita cuba menjaga pemakanan dengan istiqamah. Mudah-mudahan ada kebaikan di hujung jalan. Aamiin. 🌹 

Sekian.😊

Beli Barang Keperluan Haji (walaupun belum mendapat tawaran)

Rabu, 7hb Oktober 2026

Cuaca hari ini masih kelam dengan jerebu. Walaupun sepatutnya mentari cerah tapi tersembunyi di sebalik asap jerebu yang tebal. Dan aktiviti outdoor saya kekal tergendala.

Matahari @8:00 am di halaman rinduku.

"Jom shopping barang haji kat Sunway Putra". Pelawaan hubby haruslah saya sambut dengan senang hati. Dah alang-alang tak ada apa boleh dibuat di luar rumah, kita jalan-jalan dalam mall sahaja. Kami mengetahui tentang kewujudan kedai barangan haji ini melalui Channel Youtuber seorang Mutawif Umrah & Haji. 

Pepagi hari lagi kami dah keluar rumah dan singgah sarapan di Craven Cafe, Bukit Antarabangsa sebelum terus ke Shopping Mall Sunway Putra. Suasana kawasan perumahan saya memang agak kelam dan perjalanan kami macam meredah jalan musim dingin di UK… maka marilah kita berangan duduk kat obersi bagi mengurangkan rasa sakit hati akibat jerebu yang melanda.

Keadaan jerebu di jalan berdekatan taman perumahan saya. Macam suasana di tahun 1998, kata anak no-3 saya.

KL semakin kelam dek jerebu.

Kami dapat parking dengan mudah sebab tiba sebelum pukul 10 pagi. Pengunjung masih belum ramai. Sementara menunggu kedai dibuka, kita mengopi di Coffee Bean (CBTL) dahulu. Kami tidak berlama-lama. Buka sahaja kedai, kami terus masuk dan pilih barang yang memang dah tersenarai untuk dibeli. Semua urusan siap tak sampai 30 minit.

Done shopping.

Kenangan depan kedai Fitrah al Hajj.

Jerebu masih tebal… on the way balik rumah.

Alhamdulillah siap sebahagian keperluan haji nanti. Walaupun panggilan haji kami masih dalam peringkat rayuan tidak salah untuk kita bersedia lebih awal. Semoga Allah mudahkan urusan rayuan bakal haji dan hajah semua. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Berangan & Mengawal Gula Dalam Darah

Dulu saya selalu berangan bangun pagi je dah ada makanan atas meja. Paling tidak pun saya dikejutkan dengan bau semerbak dari dapur. Namun k...