Showing posts with label kebun bunga. Show all posts
Showing posts with label kebun bunga. Show all posts

Tuesday, 21 November 2017

Alahai bunga ros.....

Semalam secara rasminya cuti sekolah akhir tahun bermula. Walaupun secara rasminya saya masih seorang staf sehingga pertengahan bulan Disember tapi sebab dah mohon berhenti semua tugasan telah disusun tanpa melibatkan saya. Alhamdulillah, jutaan terimakasih kepada Puan Pengetua. Maka bermula lah kehidupan saya sebagai cikgu pencen walaupun belum sampai umur pencen lagi.🙂🙂

Semalam lepas subuh ikut hubby pi USIM. Lepas drop hubby kat fakulti saya dan Nina meneruskan agenda kami berdua. (perincian: to be updated later). Mula-mula sekali kena upgrade rumah Nilai, lepas tu uruskan perihal pertukaran sekolah Nina kat PPD Seremban. Lepas tu jalan-jalan survey sekolah kat Nilai. Sementara tunggu hubby habis kelas petang saya setelkan urusan repair bilik air kat rumah Nilai. By pukul 5.15 petang gi jemput hubby sebelum meneruskan perjalanan balik Ampang. Sepatutnya singgah TBS otw balik sebab nak jemput Amin balik dari Matrik sempena cuti semester 1. Sepatutnya Amin tiba TBS kol 8 malam tapi delay pulak sebab bas persiaran tu terpaksa mengharungi jalan jam. So kami terus balik rumah dulu. Tiba di rumah by maghrib. Sempat dinner dan rehat sekejap. Pukul 9.15 malam keluar semula ambik Amin kat LRT Sri Rampai. Hmm.... such a long day. 

So hari ni tak payah ikut hubby pi USIM sebab saya nak setelkan hal-hal rumah sini pulak. Apa lagi.... first thing first mestilah membelai pokok-pokok bunga ros dulu. Lepas babai hubby pagi tadi terus melawat kawasan. Saya hanya ada 6 pasu pokok bunga ros pelbagai warna. Tapi macam tak berdaya je nak menjaganya. Kebanyakannya dah nazak seakan ingin meninggalkan saya. Daun-daun banyak yang dah kuning dan bertompok hitam. Kudup bunga pun macam dah merajuk tak nak kembang lagi. Kesian depa.

Ros kuning
Ros purple 
Ros merah 
Ros purple 
Ros oren

Hanya ini yang masih bertahan.

Walaupun daun dah bertompok-tompok hitam 3 ketul ni tapi masih bertahan menceriakan hari saya.




Sungguh bagai dikata, bunga ros sangat manja. 
  • Daunnya tidak boleh terlalu basah dan terlalu kering. Masa paling sesuai untuk siraman ialah di waktu pagi dalam pukul 7-8 pagi supaya matahari yang keluar nanti akan mengeringkan daun pokok ros tu. Jadi takde lah daun-daun tu lembab dan berkulat. 
  • Kalau nak siram waktu petang pastikan tidak terkena daunnya. Siram pada sekeliling tanah sahaja. Malangnya saya pakai bantai je sembur guna paip air bila-bila masa nampak tanahnya kering. Kesian daun-daun tu sesak nafas menahan basah di malam hari.
  • Pada musim hujan kena letak pokok tu kat tempat teduh supaya daun tidak sentiasa basah dek  air hujan. Saya tidak serajin itu. Lagipun tak cukup kudrat untuk mengangkat pasu-pasu bunga yang berat tu...huhu. Makanya semusim hujan ini berkulat dan bertompoklah dedaunan pokok rosku menghadapi dugaan hidup. 
  • Letak baja setiap minggu.
  • Gembur tanah selalu dan salin pasu pabila akar dah memenuhi dasar pasu. 
*Kejap lagi nak keluar gi cari racun untuk basmi fungal/kulat kat daun-daun tu. Lepas tu nak cari pasu plastik untuk salin semula pokok-pokok tu supaya ringan dan mudah nak angkat ke tempat teduh waktu musim hujan nanti. Lepas tu nak tambah pokok-pokok lagi.... Lepas tu nak setelkan taman herba kat belakang rumah. Lepas tu nak tanam pokok cili, pudina dan lain-lain. Lepas tu.....hmm .....entah jadi entah tidak. Berangan je lebih.*

PS: Mudah-mudahan selepas ini pokok-pokok ros itu akan mendapat sentuhan istimewa saya. Mudah-mudahan juga depa panjang umur. Mudah-mudahan saya juga panjang umur untuk melihat warna hijau hasil jari-jari ini. Walaupun saya bukanlah seorang green finger.

Wednesday, 11 October 2017

Bunga Ros dan Anai-anai

Sejak laman saya diserang anai-anai hari tu minat nak berkebun mula pudar. Mulanya dah minta pakar 'pestcontrol' untuk hapuskan anai-anai tu tapi tengokkan sebut harga yang depa bagi macam tak mampu pulak. Depa guna kaedah bait. Depa kata laman saya luas so kena letak  tujuh bait untuk perangkap anai-anai. Kos RM3500 untuk 7 bait. Fuh.... rasa nak demam sekejap. Saya cuba cari sebut harga yang lain tapi harganya lebih kurang sama je. So untuk sementara ni saya letak racun je dulu. Memandai DIY sebab nak jimat kos. Saya beli beberapa botol racun anai-anai dan tuang terus kat tempat-tempat yang nampak macam ada sarang anai-anai. * Jangan lupa pakai sarung tangan dan elakkan dari terkena mata dan kulit. Lepas tu saya siram dengan air yang banyak. Kebetulan musim hujan ni lagi senang. Bila nampak je macam nak hujan saya tuang je racun anai-anai tu kat tempat-tempat yang sepatutnya. Lepas tu tunggu je air hujan meneruskan kerja-kerja selanjutnya. 

Semalam tetiba rajin pulak merumput di halaman rindu. Dah berzaman tak gunakan mesin rumput. Alhamdulillah masih berfungsi. Tapi disebabkan tanah tak rata menyebabkan agak sukar nak operate mesin rumput tu, asyik tersangkut-sangkut je. Gamaknya sebab masa tanam rumput hari tu saya main letak je. Takde nak kisah tentang teknik penanaman rumput berkesan. Main tibai suka hati. Akhirnya rumput tu pun suka hati juga la nak tumbuh macam mana.

Balik sekolah semalam saya singgah beli 10 kampit tanah untuk ratakan laman yang berbonggol-bonggol tu.

10 kampit tanah ready to go.

Runtuhan kolam hari tu masih bersisa. 

Saya tambun sahaja dua tiga kampit tanah ke kawasan yang berlopak-lopak tu. Alhamdulillah usai kerja-kerja menambun tanah tu hujan pun turun. Secara tak langsung air hujan tu nanti akan memadatkan tanah yang baru di tambun tadi tu. Tak perlu nak siram lagi.


Minggu ni peperiksaan PT3 sedang berlangsung. Kebetulan pulak Nina dok buat ulangkaji subjek KHB pilihan ERT.  Maka dia sibuk bercerita tentang pemasuan semula.

"Campur tanah lom, tanah biasa dan tanah hitam. Kacau rata sebelum masukkan dalam pasu. Korek dan keluarkan pokok dari pasu lama dan potong akar-akar yang panjang. Masukan dalam pasu beserta campuran tanah tadi. Tambah tanah sehingga 2.5cm penuh. Lepas tu siram....."

Maka tetiba sahaja perasaan bersalah muncul dibenakku. Terus bersemangat untuk menjiwai semula pokok-pokok bunga ros di halaman rinduku itu.  Saya tanam 4 pasu je pun. Warna oren, kuning, putih dan ungu cair. Tapi disebabkan jarang dijaga dan dibelai maka depa hidup segan mati tak mahu. Sungguh kata orang, hanya orang rajin dan berdisiplin sahaja yang boleh tanam bunga ros. Sebab pokok bunga ros ni manja dan perlukan banyak perhatian. Nasib tak baik nanti semuanya terkulai layu.

Mangsa  tuan tanah yang kengkonon sibuk.

Maka bertungkus lumus lah saya menjalankan aktiviti pemasuan semula untuk keempat-empat pasu itu. Setiap hari selepas balik dari sekolah saya akan beraksi dengan kudrat empat kerat ini. Alhamdulillah keempat-empat pasu bunga ros itu selamat menjalani make over. Saya campurkan dua kampit tanah merah dan sekampit tanah hitam. Gaul rata lepas tu saya masukkan dalam pasu hingga separuh penuh. Sebelum tu keluarkan semua tanah asal beserta pokok bunga ros tu. Hati-hati agar tidak tercabut akarnya. Letakkan semula pokok di tengah-tengah pasu yang sudah berisi separuh tanah tadi. Kemudian masukkan semula tanah yang asal yang telah digembur-gembur. Jika perlu tambah tanah campuran tadi hingga penuh pasu. Kemudian siram dengan air supaya tanahnya mampat. Letak di tempat teduh hingga esoknya. Lepas tu baru boleh pindahkan ke tempat yang mendapat cahaya matahari penuh. Siram dua kali sehari, pagi dan petang. Alhamdulillah hari ini semua pokok kelihatan masih segar.


Mudah-mudahan selepas ini bunga-bungaan segar akan kembali menyerikan halaman rindu ini.

Rakan baru.....

Alhamdulillah hari ni petik bunga kunyit untuk buat ulam. Kebetulan hari ni saya masak lemak cili ikan jenahak (tak habis habis lagi stok ikan Pantai Sepat hari tu) so hal kunyit mengunyit ni sangat penting. Tumbuk ubi kunyit dan hiris daunnya. Masukkan ke dalam periuk beserta ikan dan santan sekotak. Tambah segelas air, sekeping asam keping dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih dan ikan empuk. 

Bunga kunyit.

Perah buat air, minuman sejuk selepas penat berkebun. Limau kasturi + air batu, asam boi dan gula. Yummy...

PS: Berkongsi hasil bumi adalah terapi minda yang sangat melunakkan.

Tuesday, 2 February 2016

Bila hati berbunga.....

Masuk je bilik guru pagi tadi terus ternampak beg hadiah atas meja. Tak sangka masih ada sahabat lama yang mengingati diri ini. Alhamdulillah ikatan ukhuwah atas jalinan dakwah suatu masa dulu masih utuh hingga kini. Walau jarang bersua muka, tautan kasih doa rabitah menjadi saksi ukhwah yang terjalin ini. Terimakasih Ra....

Simpan dulu dalam keadaan asal sebab sayang nak buka :) 
Sementara menunggu hubby balik petang tadi, sempat menikmati keindahan bunga-bunga yang mula mekar di halaman rumah. Alhamdulillah sejak anak bujangku cuti semester rajin dia menyiram pokok-pokok tu. Hasilnya pokok-pokok bunga tu dah mula segar dan galak berbunga. 
Kemuning yang rimbun berbunga,
Kuntum bunga yang bakal mekar esok lusa.... 

Bunga cempaka.. 
Bunga mahkota berduri. 
Bunga cina. 
Mawar 

Bila tah nak membaja pokok-pokok ni. Harapannya tiba cuti Tahun Baru Cina nanti sempat lah membelek-belek apa yang patut.....

Tuesday, 15 September 2015

Kemboja Putih

Setiap kali balik Kelantan kami pasti pergi ziarah kubur.  Kat Kota Bharu ada satu kawasan tanah perkuburan yang sangat luas. Depa panggil kubur Banggol. Famous kot. Di situ lah bersemadi pusara arwah ayah dan mak mertua saya. 

Setiap kali juga saya akan menikmati keindahan suasana kubur. Macam-macam rupa keadaan tanah kubur di situ. Ada yang terjaga rapi tanpa sebarang rumput di sekelilingnya. Ada yang siap berpagar macam tanah lot untuk saudara mara dia sahaja. Ada yang letak batu marmar, marble, granite siap dengan jubin. Ada yang terbiar tanpa batu nisan. Cuma bertandakan batu sungai sahaja. Agaknya semua tu boleh menjadi kayu ukur kasih sayang waris terhadap si mati. Kalau kubur pun tidak terjaga agaknya ada ke tidak amalan soleh daripada anak-anak untuk dialirkan kepada arwah ibu dan ayah. Hmm...:(

Dan setiap kali juga saya akan menikmati keindahan pohon kemboja yang ditanam di sekitar kawasan kubur tu. Semacam ada satu tarikan terhadap pohon ini. Terutama yang berbunga putih. Memang banyak pohon kemboja kat kawasan kubur tu. Macam-macam warna bunganya. Pelik juga kenapa orang selalu kaitkan pokok ni dengan tanah kubur. Dah macam sinonim pulak pokok kemboja ni dengan pusara. Sampai ada yang kata pokok ni tak leh tanam kat kawasan rumah. Layaknya hanya di tanah kubur sahaja. Sebab hantu langsuir suka duduk kat pokok ni. Gamaknya depa percaya semua orang mati tu nanti jadi langsuir kot. Kepercayaan apa tah,
Pohon kemboja di salah satu kubur di situ.

Sebenarnya dah lama saya minat nak tanam pokok kemboja ni kat rumah. Tapi asyik tak ada peluang. Alhamdulillah baru-baru ni ada terjumpa pokok ni dekat nursery berhampiran sekolah saya.  So apa lagi. Semangat berkebun datang semula. Walau dah agak lama terlupakan hobi tu. Asyik alasan tak ada masa nak berhobi. Saya beli sepohon. Murah je. RM8 sepohon. Tinggi tak sampai 2 kaki. Rasanya Pak Cik nursery tu baru je semai pokok tu. Rasanya dia cucuk dari batang je sebab dia tumbuh kurus tinggi  melidi. Katanya berbunga putih. Saya bukannya kenal pun rupa anak pokok ni. Tunggu je lah dia berbunga nanti. Mudah-mudahan betul lah tu.
Anak pokok kemboja. 

Biasa lah kalu pi nursery pokok. Pantang nampak pokok yang berkenan. Laju je nak memborong. Bukan setakat pokok kemboja saya angkut pulak pokok bunga cempaka. Sebab katanya bunga tu berbau harum. Saya suka tanam pokok bunga yang bukan sekadar hiasan tapi yang boleh membangkitkan ketenangan dan aura aroma terapi...(padahal bunga china, kemuning, melur dan melati yang dah ada pun tak sempat nak jaga) Harap-harap betul lah bunga cempaka tu. Susah juga orang buta pokok ni. Tahu nama bunga je. Bunga pulak bunga yang old fashion. Macam nama-nama gadis ayu zaman dulu.
Pokok cempaka, katanya kacukan bunga putih ngan kuning. 

Seronok pergi nursery pokok sebab boleh bersembang pasal pokok. Sungguh, saya ni buta nama pokok. Tengok berkenan tapi nama tak tahu. Pakcik nursery tu dok cerita khasiat daun belalai gajah. Katanya daun pokok belalai gajah ni bagus untuk pesakit darah tinggi. Ambik je daun dia pastu blend buat juice. Blend ngan epal hijau pun boleh. Nak sedap letak gula sikit dan tambah air batu. Amalkan selalu Insya Allah berkesan  mengurangkan darah tinggi. Pak cik nursery tu patahkan batang dan bagi percuma.
Daun belalai gajah. 
Saya cucuk je dalam pasu yang ada. Mudah-mudahan hidup lah ye.....


PS : Dah siap pesan kat Ein tolong pindahkan pohon kemboja tu tanam kat pusara umi nanti. Jangan lupa alirkan juga amalan soleh untuk umi dalam kubur nanti.....




Friday, 4 October 2013

Mewangikan taman....naturally.

Lately angin berkebun saya datang balik. Semalam pi nursery pokok kat tepi Kemensah Height. Cari pokok lidah jin, ros kuning dan pokok daun apa tah.Pokok lidah jin ni dulu dah hidup subur sepanjang pagar depan rumah saya. Lepas tu kena cangkul dengan orang yang tanam rumput hari tu. Habis semua. Sedih betul. So semalam pi beli yang baru. Nak tanam semula dalam pasu pulak.

Tak tau pokok apa. Katanya boleh hidup dalam rumah. Saya suka daun dia...nak suruh produce oksigen banyak-banyak..

Tadi on the way balik dari kelas tambahan (pecutan terakhir Matematik PMR) singgah kat Aji Nursery pulak. Saya suka pi kedai dia sebab layanan mesra dan harga pun berpatutan. Makin banyak pokok baru. Terbekenan pulak dengan pokok bunga melati yang wangi. Saya memang suka pokok-pokok bunga yang ada bau wangi. Saya dah ada pokok bunga melur tanam dalam pasu. Tapi kurang belaian. So berbunga pun macam nak tak nak je. Nak tambah pokok melati pulak. Biar wangi satu rumah.
Pokok bunga melati. Dah siap ngan pasu-pasu. Bila la nak mula projek ni...

Pokok bunga cina dan bunga kemuning saya dah lama tanam. Beli dari Aji Nursery juga. Mula-mula beli dalam pasu. Lepas tu masa dok sibuk-sibuk nak tanam rumput hari tu saya letak atas tanah.

"Kenapa tanam atas tanah? Pokok bunga wangi elok letak dalam pasu. Kita boleh alih-alihkan dia untuk wangikan kawasan mana yang kita nak."

"Ye ke Pak Cik? Habis tu camana?"

"Awak korek balik. Akar putus sikit-sikit tak apa. Letak tanah dalam pasu.Sikit je tanah tu dalam 2 jari. Tabur baja organik lepas tu masukkan pokok tu. Tambah tanah sikit lagi. Siram hari-hari sampai dia subur. Nanti kalau ada kucing berak kat rumah awak angkat pasu tu letak la dekat tempat tu supaya bau taik kucing tu tenggelam. Bunga ni wangi..." 
Panjang lebar pak cik tu ceramah.

Haha...Pak cik tu nak mengata saya malas :( Kat atas tanah tak perlu siram sebab akar dia boleh cari air kat bawah tanah. Tapi pokok tak cantik. Kalau dalam pasu kita boleh trim selalu supaya pokok tu galak berbunga.
Pokok bunga kemuning saya dihiasi dengan rumput. Batu bata hiasan tu pun dah nak tenggelam.
Patut la pokok kemuning saya ni dah jarang berbunga. Subur sangat. Mabuk daun. Kesian. Lepas ni nak kena korek dan tanam balik dalam pasu. Bila la tu...

Singgah Nilai visit Cucu

Hari Khamis minggu lepas hubby ada kerja di Nilai. So sementara menunggu, kita curi masa jalan-jalan di AEON Mall Nilai sambil layan cucu.  ...