Friday 16 June 2023

Hadiah hari guru

“Ummi, dah ada tanda, keluar air…tapi tak sakit. Nak kena gi emergency ke?” Sebelum subuh lagi anakanda dah mesej. Saya tak pernah ada pengalaman keluar air ketuban. Kata doktor, kantung baby saya tebal dan degil hingga memaksa mereka pecahkan kantung bila dah tiba masa untuk baby keluar. Namun mendengar dari pengalaman orang lain, kalau dah keluar air begitu haruslah segera ke hospital, takut baby lemas.

By pukul 6.00 pagi anakanda berdua selamat tiba di hospital Ampang Puteri dan terus kena masuk labour room. Kalau ikut jadual, doktor dah schedule untuk induce hari esoknya sebab baby dah matang untuk dilahirkan. Doktor dah siap buat surat untuk admission tepat pukul 12 malam nanti. Tapi tetiba pulak baby macam nak keluar awal sehari. So kita terima sahaja dengan redha. 

“Dah 4 cm.” Laju je saya terima mesej bila anakanda dah setel masuk labour room. Kalut pulak saya dibuatnya. Lepas saya dah setelkan kerja rumah dan hubby pun dah keluar gi kerja, saya terus pecut ke hospital. Alhamdulillah jalan clear dan saya tiba di sana dalam masa 10 minit sahaja. Parking pun mudah sebab masih di awal pagi. Malangnya saya hanya boleh menunggu di luar labour room sahaja sebab hanya suami (anakanda) sahaja dibenarkan masuk.

Dari luar labour room.

Anakanda muka nervous nak sambut anak sulong.

Kebetulan pulak tempat menunggu tu di laluan doktor keluar masuk jadi sempat la bersembang dengan doktor pakar O&G  sebelum depa masuk klinik. Tak pasti samada depa akan caj setiap soalan yang saya kemukakan itu. Menurut doktor, menantu saya mungkin boleh bersalin by pukul 3 petang nanti. Memandangkan masa masih awal lagi dan tak ada apa yang boleh dibuat di tempat menunggu itu, so saya  ambik keputusan untuk balik menunggu di rumah sahaja. Sebelum balik saya sarapan di kantin hospital dahulu. Tak banyak sangat pilihan saya go for nasi dagang Terengganu dengan teh tarik. Bila dah habis makan baru perasan semuanya menu berlemak. Apa nak dikata… benda dah masuk masuk dalam perut. Terpaksalah kita lebih berhati-hati selepas ini.

Nasi dagang Terengganu.

By pukul 12 tengahari saya datang semula ke hospital sebab dah janji dengan hubby untuk lunch bersama di kantin hospital. Kot-kot baby keluar awal, bolehlah kami ziarah the newborn lepas lunch. Tapi memandangkan belum nampak tanda-tanda baby akan keluar maka kita lepak minum di Starbuck dulu. Lepas tu saya sambung menunggu di surau hospital selepas hantar hubby masuk ofis semula.

Terpaksa parking di wing baru dek kerana parking lot di luar semuanya penuh.

Cafe latte tambah whip cream.


Masih boleh senyum lagi

By pukul 3.30 petang doktor bagitahu bukaan dah penuh tapi baby masih belum ‘turun’ so depa kena buat emergency cesarean. Maka kelam kabutlah kami sekeluarga kerana ini merupakan pengalaman pertama. Sementara mereka dalam dewan bedah saya balik ke rumah dulu untuk bersihkan diri dan datang semula usai solat Asar. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar berkat doa semua pihak.

Ready untuk masuk bilik bedah.

Anakanda muka cuak menunggu isteri dibedah.

Semua yang datang dah sedia menunggu di ward. Depa dah sediakan katil dan set lunch. Tapi nasi pun dah sejuk sebab lunch hour pun dah lama berlalu.

Nampak sangat menarik. Nasi putih siap dengan ikan tenggiri. 


Dari luar dewan bedah.

The proud daddy.

Welcome to the world dear baby.👶

The proud neneks.

The three generations.

Terima kasih kepada menantu saya yang bertarung nyawa melahirkan zuriat The Abdul.

Dari luar jendela, langit dan awan yang cantik menyambut kelahiran cucunda tercinta.

Malam itu juga kami memulakan operasi menanam uri. Seperti biasa laman nenek menjadi tempat pengumpulan uri cucu-cucu. Dan seperti biasa juga bapa saudara nan seorang ini yang jadi tukang korek lubang. Kalau sebelum ini saya tanam uri tepi pokok ciku, kali ini kita letak tepi pokok belimbing pulak. 

Gigih korek lubang malam-malam.

Uri siap bungkus dari hospital.

😍

Alhamdulillah… The best hadiah hari guru pada 16hb Mei 2023. Happy born day baby, semoga terus membesar menjadi insan solehah penyejuk mata ayah bonda.

Sekian.😊

Tuesday 13 June 2023

Lunchdate @ Restoran Mak Engku

Untuk kesekian kalinya kami ke Restoran Mak Engku lagi. Restoran ni antara yang menarik untuk dikunjungi. Pertamanya sebab dekat dengan tempat kerja hubby, drive dalam lima minit dah sampai. Keduanya sebab menu yang disajikan agak menepati selera humble saya. Kali ini kami gerak asing-asing dan berjanji-temu di parking lot tepi restoran dalam pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah cuaca agak baik dan parking pun banyak walau masa nak ke Ampang tu jalan agak sesak. 

Agak sesak selepas pusingan U di MRR2.

Makcik's favourite ever.

Masak lemak labu,  ikan kering goreng plus kerang bakar.

Alhamdulillah kenyang untuk hari ini, 1hb Jun 2023.

Sekian.😊

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...