Showing posts with label Petua orang lama. Show all posts
Showing posts with label Petua orang lama. Show all posts

Sunday, 24 June 2018

Merendang sambil berdendang

Sejak raya ni dah masuk dua kali saya merendang. Sehari sebelum balik kampung hari tu saya dah merendang dua ekor ayam dan 2 kilo daging untuk bawa bekal balik raya. Kami duduk homestay jadi nak la juga merasa suasana pagi raya sebelum berkunjung ke rumah saudara mara. So pagi raya tu saya hidang rendang daging dan ayam, potong lemang dan nasi impit sebelum ke solat  hari raya. 

Kebetulan pulak minggu ni Nina nak balik asrama maka merendang lah saya sekali lagi. Saja nak suruh dia bawa bekal makan ngan kawan-kawan. Takde special mana pun rendangku ini. Tapi sebab dah namanya balik raya haruslah berketupat dan berendang.
Rendang ayam

Kalau dah merendang of course lah kena ada pulutnya. Saya lebih suka makan lemang sebab dah biasa makan masa kecik-kecik kat kampung dulu. Kami satu kampung pakat berkongsi bahan untuk masak lemang. Ada yang bagi pulut, ada yang bagi kelapa, ada yang tukang cari buluh, ada yang sediakan kayu untuk unggun api, dan macam-macam lagi. Seingat saya, saya hanya tukang kukur kelapa. Zaman tu kan takde mesin parut kelapa maka anak-anak dara akan berbaris duduk atas pengukur sambil dengar mak-mak berborak dan bergelak ketawa. Zaman tu takde isu bawang-membawang. Rasanya semua mak-mak bercakap hal masing-masing sahaja. (Ke saya yang tak berapa faham.... maklum la otak masih suci .....)

Saya dah kurang makan pulut sejak usia menghampiri senja ini. Takut masuk angin. Kang sakit urat pulak. Sekarang ni biasanya saya beli je bila-bila anak-anak terasa nak makan lemang atau ketupat. Walaubagaimanapun rendang wajib homemade. Resepi saya, cara saya. Main campak-campak je pun. Oleh kerana tak pandai buat ketupat dan lemang maka kita cuba masak pulut dengan dengan cara paling simple. Saya jarang masak pulut walaupun selalu juga tengok nenek saya buat masa dulu-dulu. Tengok je lah. So sekarang nak kena buat imbasan kenangan untuk ingat balik macamana nak buat pulut versi paling simple. 

Nenek saya kata, kita kena rendam dulu pulut semalaman untuk buang kesan-kesan toksid. (Sebenarnya nenek saya tak kata toksid pun. Saya saja nak bagi kesan saintifik. Nenek sebut buang bisa je.... ) Simple je tu. Ambik 2 kilo beras pulut, basuh bersih-bersih lepas tu bilas. Lepas tu biar je dalam besen semalaman. Nenek akan letak kunyit tumbuk tapi saya letak pewarna kuning je. (Kata versi simple....) Daun pandan ready siap-siap sebab esok subuh-subuh hari dah nak kukus lapik daun pandan. Malas pulak nak keluar pi petik kat belakang rumah subuh-subuh hari.

Kita hanya merancang tapi Allah menentukan. Elok pulak tengah siap-siap nak mengukus gas pulak habis. Alhamdulillah saya memang ada spare gas. Terpaksa juga keluar ambik gas kat belakang rumah. Lupa pulak saya baru tukar kepala gas baharu. Lama juga dok termangu tak reti nak bukak kepala gas tu. Rupa-rupanya depa ada letak click button untuk extra safety. Aduhai.... sabo jelah.

Pulut yang dah direndam tu disejat sebelum masuk dalam pengukus. Kukus separuh masak dulu lepas tu gaul dengan santan kelapa. Nenek saya kata sebiji kelapa untuk sekilo beras pulut. Saya guna santan kotak dengan dua sudu besar minyak masak. Jangan lupa garam secukup rasa. Masa nak kukus tu tinggalkan satu lubang kukus tu supaya wap air panas nanti dapat naik sekata. 

Lepas dah gaul dengan santan dan garam, biarkan sebentar lebih kurang 15 minit. Sempat la nak layan FB atau WA sementara pulut tu mesra. Lepas tu kukus lagi sekali hingga masak.....Kacau sekali-sekali supaya pulut masak sekata.


Alhamdulillah berkat kesabaran, sekuali rendang dan sepengukus pulut kuning siap untuk seisi keluarga. Rasa? Yet to be determined. Makan je lah apa yang ada....
Rendang dan pulut kuning buat bekalan cik baby.....

Saya suka masak benda yang simple sahaja. Sesusah manapun resepinya akan sentiasa diubah  suai menjadi sesimple yang boleh.

PS: Tetiba rindu nenek......



Sunday, 8 September 2013

Petua halau semut pulak...

Semalam buat operasi dalam stor. Habis semua barang dalam stor tu saya punggah dan susun semula. Ala-ala 5S gitu. Pagi tadi buat operasi lagi. Kali ni mengemas kabinet dapur pulak. Saja tengok kot-kot ada tinggalan Cik Ti kat dalam kabinet-kabinet tu pulak. Memang betul pun. Penuh dengan tinja dia. Terutama kat kabinet bawah sink. Haisy....sabar je lah. Tak cukup dengan itu jumpa pulak sarang semut. Satu batalion semut. Gemuk montel siap dengan queen dia sekali dan telur-telur yang 'masak ranum' nanti menetas je..

Apa lagi... memang cari pasal lah. Terus saya sembur dengan ridset. Habis berkepul-kepul asap. Dah macam kena gas beracun....ala-ala chemical gas gitu. Teringat pulak kat rakyat Syria....

Rasa bersalah pulak pi sembur semut-semut tu dengan ridset. Habis mampoih!. Lepas tu susah pulak nak kena sapu, cuci dan mop bangkai depa. So saya pun google lah cara-cara menghapus semut tanpa perlu membunuh. Ada banyak petua yang dia bagi tapi saya berkenan kat 3 petua ni saja...

1. Bacakan ayat suci Al Quran ini dan tiupkan ke arah kumpulan semut tersebut,

يَأَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانَ وَجُنُوْدِهِ وَهُمْ لَا يَشْعُرُوْن
“Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarang kamu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tentera-tenteranya, sedangkan mereka tidak sedar (tidak mengetahui adanya kamu).” [ Surah An Naml: 18 ]

2. Letak kulit kayu manis 7 keping  pada tempat simpanan gula. Kalau perlu, letak atas meja di mana makanan dihidangkan. Saya belum buat lagi sebab semut tu tak kacau gula saya dan makanan saya. Depa cuma buat sarang kat dalam kabinet dapur saya je.

3. Letakkan bunga cengkih pada laluan semut. Alhamdulillah stok bunga cengkih ni banyak kat rumah saya. So lepas basuh dan lap kering semua kabinet tu saya pun tabur bunga cengkih banyak-banyak dalam semua kabinet dan laci dapur tu. Harap-harap lepas ni depa tak mai lagi. Lagi pun saya selalu letak bunga cengkih kalau saya masak air gula. Memang semut tak masuk dalam air gula saya tu.


"Lepas ni kalau jadi apa-apa kat umi, hangpa ingat lah ye. Semalam kena kencing tikus. Hari ni pulak umi sedut gas beracun. Kot-kot ada sympton yang pelik-pelik terus bawa pi hospital..."

"Nak kena ready pokok kemboja ke umi?"
Haha...anak bujang saya suka buat lawak. Saya selalu pesan kat dia untuk tanam pokok kemboja kat pusara saya nanti. Bunga putih kuning......


Wednesday, 4 September 2013

Syuh....tikus pi main jauh-jauh.


"Umi......tikus!"

Ala... ni yang tak gemar ni. Tah dari mana datang makhluk Allah tu. Tetiba je menyusup masuk dalam stor rumah saya.
Susah payah hubby pi sumbat pintu stor tu dengan kain buruk supaya tikus tu tak bermaharajalela kat rumah kami. Maka bermula lah era serabut nak halau tikus tu.

Banyak la spekulasi. Hubby kata tu anak tikus je. Tersesat jalan termasuk kat rumah kami. Saya pulak berpendapat kalau ada anak tikus mesti ada maknya. Entah-entah dengan bapak dia sekali. Maka operasi penghapusan pun bermula! Mula-mula kami guna cara lembut, halau je dulu. Bila nampak dia lalu, kami buka pintu luas-luas suruh dia keluar. Tapi dia pi menyorok kat bawah peti sejuk. Saya sembur ridset bawah peti tu,lepas tu kami kepong ramai-ramai nak suruh dia keluar. Tak jalan daaaa... Macam bodoh pulak pi sembur tikus ngan ridset. Haha...

Masa kat rumah Selayang dulu saya pernah guna kertas gam. Memang berkesan. Pi cari kat kedai hardware tapi tak ada stok pulak. So hubby beli je racun tikus cap King Kong. Saya letak kat beberapa tempat laluan dia. Tapi dia tak sentuh pun. Kenapa tah. Sepatutnya sangat bagus dan senang. Bila tikus makan dia akan pi mati kat tempat lain. Tak ada la bau busuk bangkai tikus. Teori....
Racun dia sangat comel. Warna pink memang menarik. 
Tapi tikus tu buat dek je. Tak usik pun.

Semalam kami pi cari juga kertas gam tu. Alhamdulillah ada kat kedai India UP 1. Murah je. RM2 sekeping. Balik terus hubby buka dan letak kat bawah meja TV. Tak sampai 2 jam tikus tu keluar. Terus terlekat kat kertas gam tu. Kelam kabut juga. Semua budak-budak pakat lari. Geli geleman. Kesian pulak tengok anak tikus tu. Akhirnya hubby uruskan sorang-sorang. Ambik. Kepok. Bungkus ngan surat khabar. Balut ngan plastik hitam pastu buang kat tong sampah.


"Alhamdulillah...terlepas satu beban." 
Haha.. hubby memang panas hati tengok tikus tu suka hati dia je buat macam rumah sendiri. Suka hati je lalu-lalang masa kita orang dok tengok TV.

Sebenarnya ada petua orang tua-tua untuk halang tikus daripada masuk rumah.

1. Cuba gunakan kapur barus.  Hancurkan kapur barus secara kasar dan taburkan di laluan yang biasa tikus tu lalu. Tikus tidak gemarkan bau kapur barus. Saya pun tak gemar. Macam bau rumah orang mati. Jadi saya tak pernah guna.
2. Gunakan minyak pudina.Tuangkan minyak pudina pada kertas tisu atau kain. Kemudian letakkan di tempat laluan tikus. Tikus juga tidak sukakan bau pudina. Kalau tak ada minyak pudina,daun pudina pun boleh-Saya nak guna daun pudina dari taman herba saya tu.
3.  Letak beberapa helai daun durian belanda di tempat yang tersembunyi misalnya di bawah almari. Bau daun dia agak busuk. Mungkin sebab tu tikus tak suka.

Tapi kalau tikus dah termasuk ke dalam rumah terpaksa lah buat operasi penghapusan.....

Friday, 17 May 2013

Petua akuarium kekal jernih.

Hari Jumaat minggu lepas berpeluang balik awal. Pukul 3 pm tu kira awal lah. So first thing first pi singgah kedai beli barang basah. Saya selalu beli barang basah hari Jumaat. Beli banyak terus untuk kegunaan hari Sabtu dan Ahad. Senang. Tak payah kalut2 nak berebut2 di pasar tani. Pada hari lain saya biasanya singgah kedai on the way balik kerja. Beli terus masak. Haha...nak cerita rajin masak ke apa.

Sampai je rumah terus cuci akuarium. Kesian 2 ekor ikan saya jadi arwah lagi. Pokok-pokok air pun dah nampak tak subur. Macam berlumut je.... Alhamdulillah hasil keringat anak bujang hansem saya tu, habis semua isi akuarium tu kami keluarkan. Mula-mula keluarkan ikan-ikan beserta sedikit airnya pindah dalam baldi. Lepas tu kutip batu-batu kecik tu masuk dalam besen besar. Lepas tu angkat akuarium tu cuci kat luar rumah. Lepas tu letak air baru. Guna air paip je. Lepas tu letak anti-klorin dalam 2 sudu besar. Biar sekejap dalam 5 minit. Lepas tu baru masukkan ikan semula. (Macam buat resepi pulak.)
Ni je ikan yang tinggal.

Anak bujang tu pulak asyik mengomen je yang akuarium tu masih nampak dull. So petang tu terus pi beli kolong dan kayu buruk buat hiasan. Sedihnya pulak, baru je cuci akuarium tu dan salin air waktu petang, malamnya terus nampak macam dah keruh. Ada petua suruh letak seketul arang dalam air supaya kekal jernih. Alhamdulillah ada arang lebihan pokok orkid saya hari tu. Saya basuh dan letak je kat dalam akuarium tu. 

Alhamdulillah sehingga hari ni (dah seminggu) air masih jernih. Petua guna arang tu barangkali. Ikan-ikan tu pun nampak makin  ceria. Mudah-mudahan depa tu kekal segar dan lebih panjang jangka hayatnya. 




Sunday, 12 May 2013

Petua halau nyamuk??

Semenjak dua menjak ni rasa macam banyak nyamuk pulak kat rumah ni. Agaknya sebab musim hujan jadi nyamuk seronok nak membiak. Saya pulak jenis tak suka sembur2 ubat naymuk ni.
Dah lama dah tak hadapi masalah nyamuk ni. Kalau dulu2 saya biasanya pakai kelambu je. Tapi sekarang kelambu tu jadi khazanah..kat mana tah.
Rupa2nya ada petua halau nyamuk yang saya tak pernah dengar.

Caranya:
Belah buah lemon (yang kuning besar2 tu). Lepas tu  ambik beberapa kuntum bunga cengkih dan cucuk kat lemon tu. Alas dengan piring dan letak lah kat mana2 tempat yang banyak nyamuk. Selain berbau sedap, Insya Allah nyamuk akan berkurangan.

Lemon yang dah dicucuk dengan bunga cengkih..

Saya baru je cuba buat 2 hari. Tak tahu lah berkesan ke tidak. Letak waktu malam je. Siang2 simpan balik lemon tu dalam peti sejuk. Boleh guna untuk beberapa hari selagi lemon tu tak busuk.

P/s...Kredit pada cikgu Fatimah sebab share petua ni... Petua bonda dia sebenarnya....Heheh.

Thursday, 3 December 2009

Muslimah dan rumahtangga.

Ooo! takutnya tengok tajuk. Gempak jer tu. Sebenarnya itu tajuk penyampaian untuk usrah saya hari tu. Lama dah tak ingat bila. Kebetulan dah kena prepare utk usrah best jugak kalau boleh letak dalam blog, boleh kongsi pendapat dengan orang lain juga. Dah lama sebenarnya tak buat penyampaian mcm tu. Tu yang kena prepare beriya pastu gabra semacam je masa present tu. Tak patut betul..
Bila bercakap tentang rumahtangga, automatic org akan ingat tugas muslimah adalah sebagai isteri yg mesti taat pada suami. Betul ler tuh. Dan org akan quote Hadis Nabi SAW,
"Perempuan yang terbaik itu ialah apabila kau lihat menyenangkan, bila kau perintah dia mematuhi dan bila kau pergi, dirinya dan hartamu dijaga dengan baik"
(Riwayat Nasa'i dll)
Nampak simple tapi berat sebenarnya sbb penilaiannya more on suami. Suami yang nak tengok, suami yang nak perintah, dan nak kena jaga harta suami. Kalaupun kita dah rasa dah buat yang terbaik tapi suami masih tak puas hati... nasib badan ler. Sapa suruh gatal nak kahwin.
Tapi saya lebih tertarik dengan hadis dibawah ni.
"Semua kamu adalah pengembala(pemimpin) dan semua kamu dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalakan(dipimpin).......Wanita adalah pengembala(pemimpin) rumahtangga suaminya dan bertanggungjawab atas pengurusannya."
(Riwayat Bukhari)
Ni baru bagus. Wanita adalah pengurus rumahtangga suaminya. Kan glamour bunyinya tuh. Memang Nabi SAW dah bersabda lama dulu, wanita ni atau lebih tepat muslimah ni adalah pengurus rumahtangga. So kalau nak jadi pengurus mestilah ada kelulusan yang bersesuaian. Mesti educated tak kisahlah secara formal atau tidak. So pandangan org tua yg wanita ni tak perlu belajar tinggi, nanti masuk ceruk dapur juga tu salah, salah, salah! Wanita mesti educated, lepas tu dia nak masuk dapur ke tak nak masuk ke, itu masalah lain.
Pengurus mesti tahu macamana nak memastikan rumahtangganya bahagia. Kalau dia nak duduk rumah sepenuh masa, itu adalah hak dia. Tapi suami mesti mencukupkan segala keperluannya. Kalau nak berkarier diluar rumah pun tak jadi masalah asalkan dlm batasan syari'at. Apa yang penting dia mesti selesaikan urusan rumahtangga dulu.
Urusan rumahtangga ni bukanlah bermaksud dia kena buat semuanya dari bangun tidur kemas katil, buat breakfast, kemas dapur, kemas hall, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, basuh pinggan mangkuk, mandikan anak, suap anak makan, mop lantai dapur, basuh toilet, pi pasar, masak lunch, bagi family makan, kemas dapur lg, masak dinner, bagi family makan pastu kemas dapur lg, tengok homework anak2, etc. etc.etc a never ending chores........zzzzzz.
Itulah perlunya pengurus yg cekap. Kalau dia yg kena buat semua, seperti yg dihajati oleh kebanyakan lelaki melayu terakhir tu, dah masuk taraf hamba abdi ler pulak. Tu yang ramai lelaki dan segelintir muslimah tak faham. Muslimah kena bijak membahagi tugas. Suami mesti membantu atau sediakan pembantu. Pembantu ni tidak semestinya bibik. Beli jer barangan automatik. Atau cipta mesin yg bila masuk je kain baju busuk, bila keluar terus siap berlipat. Melampau la pulak. Ataupun dapur yg boleh masuk jer ikan/ayam terus siap jadi nasi biryani. Tapi kalau isteri sanggup buat sume tu walaupun sesama bekerja, suami sepatutnya berterima kasih dan bersyukur pada Allah yg telah mengurniakan isteri sebaik itu.... Tapi jgn harap ler nak nampak menyenangkan bila melihat si isteri tuh nanti. Mesti serabut serabai tak sempat nak menghias diri. Oh lupa pulak..beauty is on the eyes of the beholder...kalau dah sayang tu tak mandi seminggu pun bau wangi jer....pakai t-shirt buruk ngan kain batik pun nampak cam tuan puteri....
Hihi....apa-apa pun selamat mengkoreksi rumahtangga yg telah dibina. Kepada yg baru nak menggatal tu, bawa-bawa ler bersabar. Belajar dulu ilmu rumahtangga macamana nak jadi isteri solehah. Tapi yg lebih penting cik-cik abang tu mesti belajar jadi suami mithali. Tak boleh sebelah pihak jer...barulah rumahtangga aman bahagia...
For hubby..... terimakasih kerana telah menjadi suami yang baik pada saya. Jgn putus asa membimbing saya utk jadi isteri yang lebih baik. Bukan cari yg lebih baik pulak.....huhu!
PS: Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga akhirnya.....amin.

Singgah Nilai visit Cucu

Hari Khamis minggu lepas hubby ada kerja di Nilai. So sementara menunggu, kita curi masa jalan-jalan di AEON Mall Nilai sambil layan cucu.  ...