Thursday, 3 December 2009

Muslimah dan rumahtangga.

Ooo! takutnya tengok tajuk. Gempak jer tu. Sebenarnya itu tajuk penyampaian untuk usrah saya hari tu. Lama dah tak ingat bila. Kebetulan dah kena prepare utk usrah best jugak kalau boleh letak dalam blog, boleh kongsi pendapat dengan orang lain juga. Dah lama sebenarnya tak buat penyampaian mcm tu. Tu yang kena prepare beriya pastu gabra semacam je masa present tu. Tak patut betul..
Bila bercakap tentang rumahtangga, automatic org akan ingat tugas muslimah adalah sebagai isteri yg mesti taat pada suami. Betul ler tuh. Dan org akan quote Hadis Nabi SAW,
"Perempuan yang terbaik itu ialah apabila kau lihat menyenangkan, bila kau perintah dia mematuhi dan bila kau pergi, dirinya dan hartamu dijaga dengan baik"
(Riwayat Nasa'i dll)
Nampak simple tapi berat sebenarnya sbb penilaiannya more on suami. Suami yang nak tengok, suami yang nak perintah, dan nak kena jaga harta suami. Kalaupun kita dah rasa dah buat yang terbaik tapi suami masih tak puas hati... nasib badan ler. Sapa suruh gatal nak kahwin.
Tapi saya lebih tertarik dengan hadis dibawah ni.
"Semua kamu adalah pengembala(pemimpin) dan semua kamu dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalakan(dipimpin).......Wanita adalah pengembala(pemimpin) rumahtangga suaminya dan bertanggungjawab atas pengurusannya."
(Riwayat Bukhari)
Ni baru bagus. Wanita adalah pengurus rumahtangga suaminya. Kan glamour bunyinya tuh. Memang Nabi SAW dah bersabda lama dulu, wanita ni atau lebih tepat muslimah ni adalah pengurus rumahtangga. So kalau nak jadi pengurus mestilah ada kelulusan yang bersesuaian. Mesti educated tak kisahlah secara formal atau tidak. So pandangan org tua yg wanita ni tak perlu belajar tinggi, nanti masuk ceruk dapur juga tu salah, salah, salah! Wanita mesti educated, lepas tu dia nak masuk dapur ke tak nak masuk ke, itu masalah lain.
Pengurus mesti tahu macamana nak memastikan rumahtangganya bahagia. Kalau dia nak duduk rumah sepenuh masa, itu adalah hak dia. Tapi suami mesti mencukupkan segala keperluannya. Kalau nak berkarier diluar rumah pun tak jadi masalah asalkan dlm batasan syari'at. Apa yang penting dia mesti selesaikan urusan rumahtangga dulu.
Urusan rumahtangga ni bukanlah bermaksud dia kena buat semuanya dari bangun tidur kemas katil, buat breakfast, kemas dapur, kemas hall, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, basuh pinggan mangkuk, mandikan anak, suap anak makan, mop lantai dapur, basuh toilet, pi pasar, masak lunch, bagi family makan, kemas dapur lg, masak dinner, bagi family makan pastu kemas dapur lg, tengok homework anak2, etc. etc.etc a never ending chores........zzzzzz.
Itulah perlunya pengurus yg cekap. Kalau dia yg kena buat semua, seperti yg dihajati oleh kebanyakan lelaki melayu terakhir tu, dah masuk taraf hamba abdi ler pulak. Tu yang ramai lelaki dan segelintir muslimah tak faham. Muslimah kena bijak membahagi tugas. Suami mesti membantu atau sediakan pembantu. Pembantu ni tidak semestinya bibik. Beli jer barangan automatik. Atau cipta mesin yg bila masuk je kain baju busuk, bila keluar terus siap berlipat. Melampau la pulak. Ataupun dapur yg boleh masuk jer ikan/ayam terus siap jadi nasi biryani. Tapi kalau isteri sanggup buat sume tu walaupun sesama bekerja, suami sepatutnya berterima kasih dan bersyukur pada Allah yg telah mengurniakan isteri sebaik itu.... Tapi jgn harap ler nak nampak menyenangkan bila melihat si isteri tuh nanti. Mesti serabut serabai tak sempat nak menghias diri. Oh lupa pulak..beauty is on the eyes of the beholder...kalau dah sayang tu tak mandi seminggu pun bau wangi jer....pakai t-shirt buruk ngan kain batik pun nampak cam tuan puteri....
Hihi....apa-apa pun selamat mengkoreksi rumahtangga yg telah dibina. Kepada yg baru nak menggatal tu, bawa-bawa ler bersabar. Belajar dulu ilmu rumahtangga macamana nak jadi isteri solehah. Tapi yg lebih penting cik-cik abang tu mesti belajar jadi suami mithali. Tak boleh sebelah pihak jer...barulah rumahtangga aman bahagia...
For hubby..... terimakasih kerana telah menjadi suami yang baik pada saya. Jgn putus asa membimbing saya utk jadi isteri yang lebih baik. Bukan cari yg lebih baik pulak.....huhu!
PS: Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga akhirnya.....amin.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...