Awal tahun baru-baru ini saya decide untuk tukar Astro box baru. Sebenarnya dah lama orang astro tu asyik call suruh saya tukar dekoder astro yang saya pakai sejak sekian lama. Hinggalah sampai suatu masa dekoder tu dah tak boleh nak support beberapa chanel seperti RTM1, RTM2, Awani dan beberapa chanel lagi. Walaupun tak dapat tengok semua chanel tu, bayaran astro setiap bulan tetap sama.
“Ummi tak payahlah pakai astro tu, semua boleh stream online je…” beberapa kali juga anak-anak bagi cadangan. Tapi ummi ayah depa ni old school… manalah nak layan stream-stream ni. Mudah bukak TV pakai remote control macam biasa je. Tapi bila dah lama tak dapat tengok TV1 dan TV2 serta Awani maka terpaksalah saya akur dengan teknologi yang sedang pesat berkembang ini.
“Upgrade je Ummi… free je pun..” Pulak dah. Tadi cakap lain, ni lain pulak padahal sebenarnya depa yang selalu tengok astro on the go.
Kebetulan masa jalan-jalan kat Lotus Ampang hari tu, Astro buka booth untuk upgrade Astro box maka saya pun terus buat booking. Mudah sahaja urusannya sebab semua detail ada di hujung jari. Kita cuma perlu pilih pakej baru yang lebih kurang sama dengan pakej sedia ada dengan syarat tak boleh downgrade serta wajib ada internet. Sebelum ni kami pakai piring astro sahaja. Oleh kerana saya memang dah ambik pakej news+movie+sports+kids, saya teruskan sahaja dengan pakej tersebut.
Done register. |
Depa juga offer untuk tukar/transfer kepada astro wifikencang untuk lebih jimat. Sekarang saya guna TM Unify. So kena berurusan dengan Telekom Malaysia pulak. Semua urusan pertukaran depa boleh buat secara online. Saya cuma perlu hadir ke kedai Telekom untuk pengesahan cap jari bila dapat notification.
Notification untuk pergi TM Point. |
Saya ke Kedai Telecom, TM Point Pandan Indah, Ampang pada hari Jumaat selepas drop hubby untuk solat Jumaat di Masjid Pandan Indah. Sementara hubby solat saya ke Kedai Telekom berdekatan. Malangnya parking semua penuh dek pengunjung yang datang solat Jumaat, so tepaksalah saya mencari parking alternatif. Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila saya terpaksa drive berpusing-pusing (spiral) seorang diri mendaki naik hingga ke tingkat 7 bangunan sebelah TM Point tu. Gayatnya SubhanAllah, rasa macam nak patah balik. Tapi terpaksa teruskan driving sebab once dah masuk, dah tak boleh keluar balik (reverse). Kita kena teruskan memusing spiral tu hingga ke atas. Jenuh la makcik mengucap panjang sambil berzikir apa sahaja ayat/zikir yang terlintas dalam ingatan. (Tobat lahum… itulah kali pertama dan terakhir saya cari parking kat sana). Alhamdulillah servis di Kedai Telekom ni sangat laju dan customer friendly, so hilanglah segala rasa gayat tadi… cuma nak kena tarik nafas semula bila nak keluar dari tempat parking nanti.
“Unify puan ni sangat laju dan stabil. Takut nanti kalau tukar ke astro wifi tu jadi tak stabil pulak…” begitulah. Akhirnya saya kekal dengan Unify sahaja dengan sokongan hubby. Lagipun masa tu hubby masih ada kerja-kerja wfh, takut tergendala pulak segala kerja bila internet tak stabil.
Saya call adik ejen tu semula untuk cancel wifikencang dan kekal dengan Unify. Saya juga mengekalkan penggunaan piring astro untuk kegunaan hari biasa (masa tiada hujan). Lepas tu tunggu je pemakluman dari pihak Astro untuk pemasangan Ultra Box.
Beriya hantar reminder bagai... kita ni tercongok tunggu sampai sudah tak datang datang. |
Depa janji akan call sehari sebelum depa datang buat pemasangan. Tapi tiada apa-apa berita hinggalah pada hari kejadian, tetiba pulak tanpa apa-apa warning depa call kata nak datang dalam masa 30 minit. Saya pulak ada kat luar ketika itu, kalut la bergegas balik rumah. Jam 12 tengahari saya tiba di rumah dan terus call depa untuk update. Sambil tu saya clearkan kawasan tempat pemasangan agar mudah depa nak buat kerja nanti.
Dekoder lama, yang dah berzaman saya guna. Saya suka digital clock itu. |
"Okay kak... lagi 10-15 minit saya sampai." Gitulah janjinya. Namun dah lebih sejam menunggu bayang pun tak ada. Bukan nak mengata, gitulah gamaknya timbul kata-kata janji Melayu.
“Minta maaf kak… lama pulak kat tempat customer tadi, ingatkan boleh pasang terus, rupa-rupanya kena buat wiring…..” Panjang pulak alasannya. Apa-apalah dik. Saya cuma nak depa siapkan kerja secepat mungkin sahaja.
Done. Tapi takde digital clock pulak. Terpaksalah cari jam baru. |
Kini dah masuk lapan bulan sejak kami tukar ke astro box baru. Okay la, daripada bayar sia-sia tak dapat siaran, kini dah ada siaran yang boleh digunakan. Apa nak dikata, terpaksalah komit dengan kontrak baru untuk dua tahun lagi.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment