Friday 24 July 2020

Tanam pokok lagi... fiddle fig dan ixora pulak.

Bangun pagi tadi tetiba tengok pokok bunga jasmine habis togel. Semua daun dimakan ulat. Sihat-sihat gemuk-gemuk dan ada yang dah suka hati berlengkar nak buat kepompong. 

"Nanti banyak la rama-rama menghias taman Umi..."

Hmm...iyalah tu. Buat sakit hati ada la. Kebetulan pagi ni nak keluar untuk setelkan bakul hantaran maka saya terus buat planning untuk singgah nursery bunga. Tepat pukul 10 pagi saya dah bersiap-siap untuk keluar. Singgah nursery bunga tepi highway MRR2 tapi tak ada yang berkenan di hati. Hajat hati nak cari pokok berdaun yang tak manja, heavy-duty, tahan panas dan hujan. Tiba-tiba terberkenan pulak tengok pokok fiddle fig. Depa tanam dua pohon dalam satu pasu. Tinggi lebih kurang 50cm. Saya beli sepasu harga RM35 dan tambah dua plastik tanah hitam dan empat plastik tanah merah bakar. Total RM45. Okay lah jugak memandangkan pokok fiddle fig tu biasanya mahal. 

Masih ingin mencari pokok-pokok berdaun yang tak manja, heavy-duty, tahan panas dan hujan, saya singgah di nursery pokok berhampiran dengan UIA pulak. Dua tempat yang saya selalu kunjungi. Walau masih tiada yang sesuai tapi terberkenan pulak dengan pokok ixora. So saya beli dua pohon dan tambah satu pokok puding. (Main capai je apa yang berkenan dihati walau dah siap buat planning dari rumah. Reason... benda yang dicari tidak berjumpa)

Pokok puding, fiddle fig, ixora dan tanah tanih... total semua RM95.


Sementara semangat masih berkobar-kobar, sampai je di rumah saya terus bersilat di laman. Padahal waktu dah menunjukkan pukul 12 tengahari. Tak kisahlah labu, janji makcik puas hati, tengah panas rembang mentari pun kita redah saja.

Done tanam pokok fiddle fig. 

Pokok jasmine yang togel dimakan ulat. Saya cabut dan simpan dulu sementara berfikir samada nak tanam semula atau nak terus buang.

Pasu yang sama, saya ganti dengan pokok ixora. Tak pasti apa warna bunganya. Kita tunggu je. Mudah-mudahan hidup subur.

Pokok puding... nanti nantilah baru tanam. Pasu pun belum ada lagi.

PS: Tiada yang lebih membahagiakan pabila tercapai hajat dalam sekelip mata. Alhamdulillah.

Thursday 23 July 2020

Potong (gunting) rumput di halaman rindu...

Sejak PKP bermula pertengahan bulan Mac hari tu semua aktiviti di halaman rindu saya buat sendiri. Seronok pulak terbongkok-bongkok mencabut dan menggunting rumput pada setiap pagi dan petang sepanjang perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa. Last upah orang potong rumput pada 1hb Mac 2020. Lepas tu saya cuma trim, gunting dan pangkas pokok-pokok besar sahaja. Oleh kerana cuaca asyik hujan sepanjang PKP semua tanaman termasuk rumput-rampai tumbuh subur memenuhi halaman rinduku. Jadi terpaksalah saya menambah aktiviti memotong rumput pulak. Alhamdulillah berkat kesabaran menjalankan aktiviti pemotongan rumput ni badan terasa makin ringan dan sihat. Berpeluh mengalahkan aktiviti berjogging. Bukan setakat potong, siap pakej sapu, kumpul dan buang sekali.

Hingga ke hari ini sudah tiga kali saya menjalankan aktiviti mengemas halaman rindu ini iaitu pada setiap hujung bulan. Saya dah buat pemotongan pada hujung bulan April, Mei dan Jun. Tapi untuk bulan Julai ini masih pending sebab tetiba banyak pulak kerja-kerja lain yang mendatang. (Persiapan anak nak sambung belajar, anak nak bertunang, hubby nak masuk spital dan lain-lain benda remeh sejak PKP dah dilonggarkan ini).

Saya membahagikan halaman rindu ini kepada tiga bahagian iaitu laman depan, laman tepi dan laman dapur. Biasanya saya mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan proses memotong/menggunting rumput bergantung kepada masa dan kudrat yang ada. Lepas tu saya biarkan masa bertenang selama dua hari supaya rumput tu kering sebelum memasukkan ke dalam plastik hitam untuk dibuang. 

Siap sapu dan kumpul.

Kalau di kampung biasanya saya akan tunggu rumput tu betul-betul kering. Bila dah cukup kering rumput tu akan dibakar. Biasanya kami akan bakar rumput menjelang senja. Tujuannya untuk menghalau nyamuk yang mula keluar sarang mencari mangsa. Kiranya macam aktiviti menyerbur asap untuk membunuh nyamuk aedes yang dilakukan oleh pihak berwajib sekarang ini. 

Longgokan rumput yang dah mula kering.

Sedia untuk dimasukkan ke dalam plastik untuk dibuang.

Semua kerja-kerja pemotongan dan menggunting rumput saya lakukan sambil duduk atas stool plastik sahaja demi kesejahteraan pinggang dan tulang belakang. Alhamdulillah setakat ini kedua-dua tulang tunjang itu memberi kerjasama yang sangat baik. 

Mudah-mudahan kurniaan kesihatan yang baik ini akan berkekalan hingga akhir hayat. Moga Allah bantu.

Wednesday 22 July 2020

Lepas SPM nak pi mana pulak...

"Umi nak Nina buat apa ni?" Soalan yang sama dan berulang-ulang sejak keputusan SPM diumumkan hari tu. Saya tidak pernah memaksa anak-anak dalam membuat keputusan. Asalkan mereka bahagia, saya akan sentiasa menyokong. Maka banyaklah application yang diisi sesuai dengan pencapaian SPMnya baru-baru ini..

Alhamdulillah Cik Mek Molek tu menerima dua tawaran melanjutkan pelajaran bagi lepasan SPM. Yang pertama, Asasi Sains (PASUM) di UM. Yang kedua, Diploma in Mechanical Engineering di UniKL selama 3 tahun, kemudian berpeluang melanjutkan pengajian di Jepun selama 2 tahun dibawah tajaan MARA. 

"Nina nak gi Jepunlah. Saja nak try cabaran baru..." Setelah beberapa lama berfikir-fikir akhirnya tercapailah keputusan yang jitu. Maka Umi yang pengasih dan penyayang pun mula membuat persiapan apa yang patut.

Pertama sekali haruslah download semua borang yang perlu dan buat check-list perkara-perkara yang harus di ambil perhatian sebelum tarikh mendaftar. Semua tu di buat sendiri oleh Cik Mek Molek berdasarkan pengalamannya semasa memasuki asrama di MRSM dahulu. Alhamdulillah all checked.

Next, adalah buat medical check-up. Berdasarkan pengalaman yang lepas, awal pagi lagi kami ke klinik di Prima Gombak. Senang sebab depa ada semua kemudahan untuk ujian dan x-ray. Jumlah harga pun berpatutan, cuma RM168 sahaja.

"Semua result boleh siap hari ni... tapi untuk ujian morphine ni akak kena tunggu 3 hari bekerja. Test ni special sikit. Kami kena hantar kat lab..." Hmm... baru perasan ada small print untuk buat ujian saringan morphine. Kenapa entah, malas pulak saya nak ambik tahu. Mestilah ada reason tertentu UniKL nak suruh buat ujian macam tu. 

Setelah dicongak-congak terpaksalah kami cancel semua dan decide untuk buat medical check-up di hospital Ampang Puteri pulak. Jadi, kami berpatah balik ke Ampang. Memandangkan hari dah hampir tengahari agak susah nak dapat parkir di sana. Alhamdulillah masih ada parkir di bangunan baru. Semua pelawat kena check temperature dan register di pintu masuk utama untuk rekod Covid 19. Lepas tu baru boleh teruskan dengan urusan masing-masing. 

Punya susah nak suruh isi borang sendiri.

Kami terus ke tingkat 1, bangunan lama bahagian health clinics. Lepas isi borang semua kena pi buat x-ray di x-ray department. Sebelum tu kena buat bayaran penuh di kaunter dulu. Depa caj RM175 in total. Lepas tu pergi ambik darah serta urine di lab pulak. Kena banyak berjalan sebab department dia lain-lain tempat. 

Isi masa membaca semua benda kat dinding lab.

Oleh kerana dah menghampiri waktu lunch hour maka terpaksalah kami tunggu lepas lunch hour baru boleh dapatkan tanda tangan doktor. So pepandailah isi masa sementara nak tunggu untuk jumpa doktor tu.

Cantik bilik Health Clinics ni.


Semua urusan check-up selesai dalam masa yang singkat. Tak perlu tunggu 3 hari bekerja. Kemudian bolehlah teruskan dengan urusan fotostat borang dan sijil yang berkaitan dan certified true copy. Yang tu hubby boleh buat kat opis dia je. Seterusnya ambik gambar pasport dan urusan membeli barang-barang keperluan asrama pulak, sebelum nak excited plus nervous menunggu tibanya hari pendaftaran.

Memandangkan masih lagi dalam suasana musim Covid 19 ni, hanya dua orang waris sahaja dibenarkan menghantar pelajar. Walaupun sebelum ini setiap kali nak hantar anak sambung belajar saya akan angkut satu rumah untuk turut serta tapi kali ini terpaksalah kami akur dengan keputusan pihak UniKL. Depa bagi tarikh pendaftaran pada hari Isnin. Boleh datang bila-bila masa antara pukul 12-5 petang tapi waris hanya boleh stay selama satu jam sahaja.

Semua dia nak sumbat penuh bonet kereta.

Asrama perempuan.



Sementara hari belum malam kami pi ronda-ronda cari makan kat Teras Jernang. Dah lama dok usha Restoran Bawal Power kat sini. Pernah singgah pada suatu masa dahulu tapi penuh sangat. So kali ini rezeki memihak kepada kami. Dapat lah merasa ikan bawal power yang viral tu. Ikut tekak dan selera masing-masing, malas nak komen. Yang penting perut kenyang, Alhamdulillah.

Licin, baq hang.

Selesai makan, kami patah balik ke UniKL untuk menikmati suasana kampus. Pada masa pendaftaran lah kita ambik peluang untuk ronda-ronda sekitar kampus. Tempatnya kecik je so boleh cover dalam masa yang singkat.



Posing la... apa lagi.




Selpi wepi berpisah tiada.

The proud Mummy and Daddy.

Take care baby... may success be with you always. Moga Allah bantu.

Durian belanda di halaman rindu.

Antara buah eksotik kegemaran saya ialah buah durian belanda. Masa kecik dulu saya selalu makan hasil pemberian arwah Mak Chu jiran sebelah rumah. Satu hal yang saya ingat, arwah ini sangat baik orangnya. Bukan setakat buah durian belanda semua jenis buah yang ada kat dusun arwah akan berkongsi dengan jiran-jiran. Macam-macam buah ada, durian, manggis, rambutan, langsat, jambu, rambai, limau, ciku dan lain-lain yang saya pun dah tak ingat.

Sesekali terjumpa buah ini akan mengembalikan nostalgia kenangan lama. Kalau tengok harga sekarang ini boleh mencapai RM20 sebiji untuk buah sederhana besar. Harga kayangan sangat. 

Beli kat Village Grocer RM18 sebiji.

Dah lama saya mengidam nak tanam sendiri. Walaupun katanya pokok durian belanda susah hak hidup tapi kita tetap mencuba. Saya pernah tanam pokok durian belanda pada tahun 2011 dari anak pokok. Setelah bertahan selama tiga tahun sempatlah ianya berbunga dan gugur, berbunga dan gugur lagi sehingga akhirnya dengan pokoknya sekali gugur menyembah bumi. Tidaklah saya hendak mengkaji dan menyiasat sebab musabab kejadian yang tidak diingini itu.

Setelah beberapa lama melalui fasa bertenang saya mencuba lagi menanam pokok durian belanda sebelum musim PKP baru-baru ini. Saya tanam pada 18hb Mac 2020 bagi menandakan hari bersejarah bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1, sempena merebaknya virus Covid 19 yang melanda negara kita yang tercinta. Alhamdulillah nampak promising. Selepas dua bulan pokoknya nampak segar dan mula mengeluarkan pucuk baru. 

Tumbuh segar selepas dua bulan

Saya tak pasti berapa lama ia akan bertahan. Mudah-mudahan kali ini ianya berhasil dengan baik.

PS: Baca pertama kali tanam pokok durian belanda di sini. 

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...