Wednesday, 22 July 2020

Durian belanda di halaman rindu.

Antara buah eksotik kegemaran saya ialah buah durian belanda. Masa kecik dulu saya selalu makan hasil pemberian arwah Mak Chu jiran sebelah rumah. Satu hal yang saya ingat, arwah ini sangat baik orangnya. Bukan setakat buah durian belanda semua jenis buah yang ada kat dusun arwah akan berkongsi dengan jiran-jiran. Macam-macam buah ada, durian, manggis, rambutan, langsat, jambu, rambai, limau, ciku dan lain-lain yang saya pun dah tak ingat.

Sesekali terjumpa buah ini akan mengembalikan nostalgia kenangan lama. Kalau tengok harga sekarang ini boleh mencapai RM20 sebiji untuk buah sederhana besar. Harga kayangan sangat. 

Beli kat Village Grocer RM18 sebiji.

Dah lama saya mengidam nak tanam sendiri. Walaupun katanya pokok durian belanda susah hak hidup tapi kita tetap mencuba. Saya pernah tanam pokok durian belanda pada tahun 2011 dari anak pokok. Setelah bertahan selama tiga tahun sempatlah ianya berbunga dan gugur, berbunga dan gugur lagi sehingga akhirnya dengan pokoknya sekali gugur menyembah bumi. Tidaklah saya hendak mengkaji dan menyiasat sebab musabab kejadian yang tidak diingini itu.

Setelah beberapa lama melalui fasa bertenang saya mencuba lagi menanam pokok durian belanda sebelum musim PKP baru-baru ini. Saya tanam pada 18hb Mac 2020 bagi menandakan hari bersejarah bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1, sempena merebaknya virus Covid 19 yang melanda negara kita yang tercinta. Alhamdulillah nampak promising. Selepas dua bulan pokoknya nampak segar dan mula mengeluarkan pucuk baru. 

Tumbuh segar selepas dua bulan

Saya tak pasti berapa lama ia akan bertahan. Mudah-mudahan kali ini ianya berhasil dengan baik.

PS: Baca pertama kali tanam pokok durian belanda di sini. 

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...