Wednesday, 17 June 2020

Cuti cuti Covid 19: Terapi alam @ Sepang Gold Coast.

"Jom gi pantai..." Random sangat bila tiba-tiba hubby ajak pi pantai dimusim orang sibuk nak balik sambung beraya di kampung. Tapi bagus jugak, alang-alang tak balik kampung dan takde apa nak buat, kita turutkan sahaja. Ajak Nina buat teman dan seorang lagi anak bujang sebagai driver. Mulanya nak pick up cucu bawak pi sekali tapi dia balik ke rumah atok sebelah sana, maka kita pergi dengan anak-beranak sahaja. 

Kami gerak usai solat Zohor, enroute to Bangi untuk makan tengahari di Restoran Nasi Belauk. Dah lama hubby mengidam nasi berlauk ori Kelantan sejak PKP berkuat kuasa. Alhamdulillah depa dah beroperasi seperti biasa tapi mengamalkan norma baharu, perlu tulis nama dan nombor talipon serta ambik suhu badan sebelum masuk kedai.

Done hajat #1.

Lepas makan kami pusing-pusing tengok bangunan UniKL MFI, Bangi sebelum ke destinasi seterusnya. Kami ikut waze sahaja. Dia bawak ikut jalan dalam. Alhamdulillah dapatlah melihat suasana kampung sepanjang perjalanan. Bolehlah berangan  feeling-feeling redah jam balik kampung. Dah agak lama kami tak menempuh jalan jam balik kampung. 

Join sekali jalan jam orang balik beraya.

Kami pilih Pantai Bagan Lalang, Sepang Gold Coast sebab paling dekat dengan rumah. Tak dekat mana pun, lebih kurang 90 km jarak perjalanan yang mengambil masa satu jam setengah dari rumah. Tapi disebabkan kami singgah Bangi dahulu, jadi perjalanannya terasa agak jauh dan lama. Kami tiba di sana dalam pukul 4.30 petang. 

Panjang pulak signboardnya.


Cuaca agak redup dan teduh. Pengunjung pun agak ramai dan nampak meriah dengan anak-anak bermain pasir dan layang-layang. Pantai Bagan Lalang ini mengadap Selat Melaka maka anginnya sepoi-sepoi bahasa sahaja, tidak kuat seperti di pantai timur yang mengadap Laut China Selatan.


Kami hanya duduk-duduk sambil menikmati ketenangan pantai dan laut sahaja. Malas nak bergerak sampai ke gigi air sebab pantainya agak berlumpur dan jaraknya agak jauh. Jadi kami ambik masa untuk melihat-lihat kejadian pasir dan pantai dengan lebih dekat. Salah satu benda yang menarik minat saya ialah pokok bunga menjalar yang banyak tumbuh disepanjang pantai itu. Bunganya berwarna purple.


Lagi satu ialah kejadian pasir yang berbentuk bulat-bulat seakan bebola halus sebesar telur katak. Banyak berterabur di sepanjang pantai. Pabila diteliti ianya seakan butiran pasir yang terkumpul membentuk bebola halus dan sekata. Bila saya kutip ia berkecai menjadi pasir-pasir halus semula.

Yang agak gelap itu ialah butiran pasir yang berkumpul membentuk bola-bola halus sebesar telur katak.

Bebola pasir makin banyak di sekeliling/sekitar lubang-lubang kecil tu.

Bebola baharu yang terbentuk, seolah-olah keluar dari lubang kecil.

Selepas ni nak kena buat carian google tentang fenomena menarik ini. Sementara itu kita biarkan dulu anak dara dan anak bujangku mencari kedamaian sendiri. Sejak dah besar panjang ni masing-masing dah pandai buat hal sendiri, tak payah nak kacau daun umi dan ayah nak bercanda di pantai. Yang penting depa sentiasa ada bila diperlukan.

Sian. takde kawan...

Abang sibuk hp je.

One with umi gumukz.

Done hajat #2

Kami menghabiskan masa selama lebih kurang sejam di sana. By Maghrib kami dah beransur balik diiringi senja merah sepanjang perjalanan pulang.



PS: Sesekali bermesra dengan alam adalah terapi yang indah. Moga boleh bermesra lagi dan lagi...

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...