Tuesday, 16 June 2020

Pokok durian nan sebatang.

Dah lebih tiga tahun usianya, namun pokok durian di rumah ni masih belum menunjukkan tanda-tanda hendak berbuah. Katanya, durian ni jenis pokok ringan, renek dan rendang. Usia tiga tahun dah boleh berbuah. Walaupun sepatutnya pokok durian tempatnya di dusun tapi memikirkan tiada apa-apa bahaya dengan pokok saiz begitu, maka saya tanam sahaja di tepi halaman rumah. Saya bajet by Nina habis SPM dah boleh merasa buahnya. Namun kini Nina dah dekat nak register masuk U, masih belum ada apa-apa tanda nak berbuah.

"Lama tunggu, nanti sepuloh taun nanti itu buah ada." Beriya-iya Pakcik Bangla potong rumput memberitahu saya hari tu.

Berkali-kali juga hubby komen suruh pangkas dahan dan bahagian atas pokok supaya pokoknya tidak terlalu tinggi. Setelah difikir-fikir akhirnya saya ambik keputusan untuk tebang sahaja pokok durian tu sebelum batangnya makin besar dan meninggi. 

Maka pada suatu pagi yang indah, berbekalkan kudrat yang ada saya memulakan proses penebangan  menggunakan parang dan gergaji dengan cerianya. Lone ranger as always. Alhamdulillah, tak sampai 10 minit pokok durian tu selamat menyembah bumi.

Tumbang jua akhirnya.

Tinggal batang buat sangga pokok delima.

Asalnya segak meninggi.

Tinggi menghampiri bumbung rumah.

Selama ini pun, kalau nak makan durian kami beli sahaja. Saja nak penuhkan halaman dengan tanaman. Kebetulan waktu itu ada kawan hubby offer anak pokok durian dengan pelbagai harapan maka kita cuba jaya sahaja. Dan kini ternyata harapan palsu semata, makanya kita tidak perlu mencuba lagi. 

PS: Kita simpan sahaja gambar pokok asal sebagai kenangan. 

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...